Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 30 November 2014

SELEBRITI MASA KINI



Sumber foto www.hmetro.com.my

Semenjak kebelakangan ini terdapat terlalu ramai selebriti yang menjual pelbagai produk terutamanya yang berunsurkan kepada kecantikan, kesihatan dan kekuatan (3K). Sememangnya perniagaan 3K ini begitu dimanipulasikan oleh siapa pun juga yang menceburi bidang jualan ini. Mudah dijual mudah difahami dan mudah diterima oleh orang ramai. Kerana itulah selebriti-selebriti yang ada terlalu mudah berebut-rebut untuk menjual sama. 

Nama yang telah dikenali ramai menjadikan mereka bukan setakat idola kepada peminat-peminatnya sahaja tetapi juga mereka cuba sedaya upaya menjadikan nama mereka sebagai satu jenama dalam bidang perniagaan bagi menarik minat orang ramai untuk mempercayainya. Cukup pandai mengambil kesempatan dan peluang yang ada. Sebelum menjual produk menjual jenama diri sendiri dahulu menarik minat peminat dan orang ramai untuk terus menerima produk-produk yang ditawarkan.

Cukup cerdik dan bijak. Berbekalkan pendapatan mereka dalam bidang yang mereka ceburi lantas dengan segera melaburkan wang ringgit pendapatan mereka ke bidang perniagaan berasakan jualan produk. Lebih baik mereka lakukan sebegini dari melabur dalam skim cepat kaya atau yang sewaktu dengannya. Ada risikonya tapi dengan glamor punya fasal semua itu boleh diatasi dengan sebaik yang mungkin. Mungkin ada yang tidak pandai berniaga dan melakukan jualan tapi kalau sudah dilantik menjadi duta sesuatu produk pengalaman berkempen dan promosi boleh digunakan pula suatu hari nanti untuk menceburi bidang perniagaan pula secara bersendiri.

Contoh yang baik buat kita yang tidak menjadi selebriti. Bidang jualan memerlukan orang kenal pada diri dan produk kita. Tak perlu jadi selebriti cukuplah sekadar orang kenal betapa hebatnya kita menjual menjaga tahap perkhidmatan yang pelanggan mahukan. Bagi mereka kenal dan tahu produk dan diri kita sendiri agar apa juga yang kita tawarkan pasti boleh diterima dengan hati yang terbuka. 

Sanggup menyediakan kain rentang, pengedaran risalah, pembukaan kaunter dan menghubungi sasaran pelanggan adalah perkara asas yang perlu dilakukan. Nak menjual tak boleh merasa segan dan malu. Susahlah kalau ada perasaan dan perangai sebegini dalam menjual. Bersedialah mendedahkan diri sendiri dalam pasaran agar mereka lebih mengenali kita dan produk yang ditawarkan untuk memudahkan lagi kita melakukan jualan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan