Sumber foto www.3-foldcord.com |
Adapun merampas hak dan harta
benda kaum Muslimin dengan sumpah palsu, dan saksi palsu adalah di antara
dosa-dosa besar. Padanya terdapat ancaman-ancaman yang berat, yang sudah tidak
menjadi rahsia lagi.
Bersabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang merampas hak saudaranya seorang
Muslim dengan sumpah palsu, nescaya ia di tunjuk untuk memilih tempatnya di
dalam api neraka’
Sabda Rasulullah lagi ‘Barang siapa bersumpah atas harta seorang Muslim
tanpa hak (secara haram) nanti di Hari Kiamat, ia akan menemui Allah Ta’ala
sedang Dia murka terhadapnya’
Berkata Abdullah bin Mas’ud ra
maka Rasulullah SAW membacakan penerangannya dari kitab Allah (Al-Quran)
berbunyi Firman Allah bermaksud ‘Sesungguhnya orang-orang yang menukar perjanjian Allah dan sumpah mereka
dengan harga murah, orang –orang itu tiada tempat di akhirat. Tuhan tidak akan
berkata-kata dengan mereka, tidak akan memerhatikan mereka, dan tidak akan
menyucikan mereka di Hari Kiamat. Mereka mendapat seksa yang pedih’
(Surah Ali-Imran Ayat 77). Lalu baginda berkata seterusnya ‘Dosa-dosa besar itu ialah mensyirikkan
Allah, menderhakai kedua-dua ibu bapa dan sumpah yang melemaskan (palsu)’.
Al-Hafizh Al-Mundziri
rahimahullah berkata ‘Dinamakan sumpah itu ghamus
(melemaskan), kerana ia telah melemaskan tuannya di dalam lautan dosa di dunia,
dan akan ,melemaskannya pula di dalam lautan api neraka di akhirat’.
Yamin ghamus, yakni sumpah
palsu yang membuka jalan bagi seseorang untuk merampas suatu hak dari harta
saudaranya yang Muslim, sekalipun sedikit saja, sehingga Nabi SAW pernah
berkata ‘Meskipun
sepotong kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)’.
***Sumber rujukan : Kitab Nasib
Agama dan Wasiat karangan Imam Habib Abdullah Haddad ms 374 – 376.
Berhati hati dalam menjual. Jangan kerana nak lakukan produk yang
ditawarkan bagi orang lain menerima apa yang ditawarkan habis semua kita
perkatakan perkara-yang bukan-bukan sehingga sanggup kita lafazkan janji palsu
untuk menjual. Untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan seseorang lalu kita
per kuatkan dengan sumpah palsu walaupun kita sendiri mengetahuinya bahawa apa
yang kita ucapkan tidak benar sama sekali. Berubah segera kalau kita pernah
melakukannya kerana balasan dari Allah amat berat sama sekali untuk kita
menerimanya. Kalau ada orang lain hendak melakukannya pastikan kita tidak turut
sama. Tidak berkat kita berniaga dan menjual kalau perlakuan sebegini kita amalkan.
Jadikanlah diri kita yang menjual bukan sahaja untung di dunia tetapi juga masih
mampu untuk kita untung di akhirat sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan