Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 20 November 2014

PELUANG HADIR JANGAN DIPERSIAKAN


Sumber foto www.adpost.com


Peluang yang datang mungkin sekali sahaja. Pergunakan sebaik mungkin agar penyesalan tidak berlaku dan terjadi. Inilah yang mungkin tidak kita sedari dan ketahui. Peluang yang datang bukannya menjelma bergolek-golek di depan mata hadir begitu sahaja sesuka hati. Kalau hadir menyatakan kehendaknya cukuplah senang dan memudahkan tugasan kita tapi kehadirannya langsung tidak kita ketahui sama ada peluang yang hadir tersebut boleh atau tidak kita rebut dan ambil.

Inilah yang perlu kita fahami dan ketahui bahawa peluang yang hadir tidak dilepaskan begitu sahaja. Tanpa ada kesungguhan sudah pasti akan hilang begitu sahaja. Ambil tindakan sewajarnya rebut peluang yang mendatang kesemuanya boleh dan mampu menjadi milik kita. Antara tindakan yang perlu dilakukan adalah

i.             Ketahui sasaran pelanggan yang diperlukan sama ada layak ataupun tidak. Selagi tidak kita ketahui sasaran yang betul sudah pasti peluang yang bergolek akan terlepas begitu sahaja. Umpama kita memanah, sasaran yang betul pasti akan mengena tepat pada mangsa yang disasarkan.

ii.           Jangan mudah anggap setiap orang adalah pelanggan kita. Selagi ada tanggapan tersebut sudah pasti sampai bila-bila akan sukar melakukan jualan. Umpama orang yang menjual di pasar malam kebiasaannya mereka pasti tidak menyasarkan semua orang yang hadir di pasar malam tersebut untuk membeli produk yang ditawarkan. Cukuplah sekadar 5% orang yang hadir untuk membelinya dan menerima tawaran yang dikemukakan.

iii.          Layan dengan baik tidak kira apa status orang yang berada di hadapan kita. Layanan mesra dan ramah serta berhemah dan bersopan amat dialu-alukan. Bukankah senyuman itu satu sedekah? Pergunakan sebaik mungkin agar peluang yang mungkin 50-50 boleh bertukar menjadi 100% milik kita.

iv.          Jangan mudah memberi anggapan dan tanggapan berdasarkan pemerhatian dan penglihatan kasar kita. Beri mereka peluang berkata dan bercakap dahulu kepada kita apa hajat dan tujuannya. Selagi kita kuat beranggapan dan bertanggapan selagi itulah kegagalan pasti akan menjelma untuk menghidu peluang yang ada.

v.            Beri penerangan dan kefahaman secara jelas, ringkas dan mudah difahami agar peluang yang hadir menjadi peluang mutlak buat kita. Jangan ambil mudah dan cincai sahaja. Berikan yang terbaik.

Menghidu peluang adalah lebih baik dari menanti peluang yang mendatang. Jangan mudah merasakan produk kita terus-terusan diterima buta oleh mereka di luar sana. Teruskan berkempen lakukan promosi tanpa mengenal penat lelah agar apa juga yang kita lakukan cukup berbaloi menghasilkan pendapatan. Selagi kita berputus asa dan kecewa selagi itulah kejayaan tidak ke mana. Berikan perhatian dan fokus akan apa yang kita lakukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan