Sumber foto alysamaisarah.blogspot.com |
Daripada Ibnu Omar r.a
berkata: Bersabda Rasulullah SAW ‘Seorang Muslim sebagai saudara kepada sesama Muslim,
tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan siapa yang sedang
menyampaikan hajat saudaranya maka Allah akan melaksanakan hajatnya. Dan siapa
yang membebaskan kesukaran seorang Muslim, Allah akan membebaskan kesusahannya
di hari Kiamat. Dan siapa yg menutupi keaiban seorang Muslim Allah akan
menutupi keaibannya di hari Kiamat' (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jelas bahawa kita amat di saran menjaga hak mereka sebagai saudara sesama
Muslim walaupun dalam melakukan jualan menjaga perhubungan antara kita dengan
pelanggan. Tidak menyukarkan tapi memudahkan. Rasulullah telah perkatakan
kepada kita untuk menjaga ukhuwah dan silaturahim yang sewajar dan sepatutnya.
Tindakan tersebut adalah
i.
Jangan menganiaya dan menganiaya seseorang
ii.
Tolong bantu mereka dalam apa juga
keadaannya
iii.
Selesaikan masalah mereka melalui produk
yang kita tawarkan
iv.
Segala yang membolehkan menimbulkan
kekurangan dan yang memalukan mereka kita jaga jangan sama sekali terdedah
keaiban tersebut sehingga boleh ke pengetahuan orang lain
Inilah 4 tindakan yang perlu kita jaga dan awasi sentiasa. Baik pada siapa pun
juga apatah lagi dalam melakukan jualan. Jalinan persahabatan dan silaturahim
amat digalakkan. Tanpa ukhuwah, silaturahim dan jalinan persahabatan yang akrab
dan baik tentu amat sukar pula nanti dalam kita melakukan jualan. Dah tak baik
dengan orang sudah pasti nak menjual pun cukup sukar dan memayahkan. Semuanya
berpunca tidak percaya dan yakin pada kita disebabkan tidak mengenali diri kita
yang menjualnya. Ambillah tindakan yang positif agar menjalinkan perhubungan
dengan siapa pun juga. Buka kena duit pun bila nak berkawan. Lakukanlah sebaik mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan