Sumber foto kumpulandpbbm.com |
Pergunakan sebaik mungkin anugerah Allah pada anggota yang dikurniakan oleh
Allah dalam kita menjual. Bukan untuk melakukan sebarang kemungkaran apatah
lagi dalam maksiat. Jauhkan segala jalan yang tidak diredai Allah tapi ambil
kesempatan dengan sebaik yang mungkin menggunakan apa yang telah dianugerahkan ke
jalan yang sepatutnya. Dua anggota yang perlu di jaga dan digunakan dengan
sebaik mungkin adalah anggota telinga dan mata.
Dengan anugerah mata, lihatlah dan pandanglah segala peluang yang ada baik
jauh ataupun dekat, jelas ataupun kabur mahupun cerah ataupun suram. Mengenal
pasti sasaran pelanggan hanya dengan penglihatan yang ada memudahkan lagi
melakukan tugasan. Bila berhadapan dengan bakal pembeli mainan mata amat
diperlukan seolah-olah dengan mata kita tunjukkan betapa bersungguhnya kita
melakukan jualan. Melalui mata orang yang berada di hadapan kita akan mudah
mengerti dan memahami apa yang kita mahukan. Bak kata orang tua-tua dari mata
turun ke hati. Itulah hakikatnya untuk kita pergunakan dengan sebaik yang
mungkin.
Melalui anggota telinga pula, pendengaran yang baik akan memudahkan kita
menjadi pendengar yang hendak dan sanggup mendengar apa juga celoteh,
gurauan,luahan dan detik rasa bakal pembeli mahupun pelanggan untuk kita
dengari. Hanya dengan mendengar kita boleh dapatkan apa juga masalah dan
kesusahan mereka untuk kita selesaikan masalah mereka menerusi produk yang mahu
kita tawarkan. Dengan pendengaran kita akan menjadi pendengar yang setia kepada
mereka tunjukkan betapa kita amat prihatin dan sensitif apa juga dilema dan
masalah yang dihadapinya. Itulah kehebatan telinga kalau dapat kita pergunakan di
jalan yang sebaik-baiknya dalam kita menjual.
Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang berdoa ke hadrat Allah SWT agar apa
yang Allah kurniakan ini tetap menjadi milik sehingga akhir hayat kita
sebagaimana doa Rasulullah SAW ‘Ya Allah! Aku mohon kenikmatan menggunakan pendengaran dan penglihatan ku
sehingga mati dan jadikanlah kedua tetap milik ku (sihat dan sejahtera)
sehingga akhir hayat ku’ (Hadis Riwayat Ibnu Atar).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan