Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 27 November 2014

JANGAN DI LIHAT PADA KEJAYAANNYA SAHAJA


Sumber foto www.study-habits.com

Orang berjaya mampu melakukannya, menjadi satu dorongan dan inspirasi buat kita mahu seperti mereka. Bagaimana begitu mudah mereka melakukannya sudah pasti kita merasakan boleh melakukan seperti mereka yang berjaya. Inilah lumrahnya manusia, nampak senang di pandangan mata namun apa yang dilaluinya selama ini segala pahit, kesukaran dan kesusahan langsung tidak kita nampak dan butakan sebelah mata kita begitu sahaja. Hanya hendak melihat yang seronok dan hebat sahaja pada seseorang  yang telah berjaya melakukannya.

Inilah yang hakikat perlu di pelajari dari seseorang yang mencapai kejayaan dalam melakukan jualan. Bukan setakat mahu tahu apa kejayaan manisnya melakukan jualan tetapi juga perlu untuk kita mempelajarinya tentang

i.             Apa kesukaran dan kesusahan yang beliau telah alami dan hadapi

ii.           Apa rintangan, halangan, cabaran dan dugaan yang perlu di tempuh sebelum mencapai kejayaannya

iii.          Siapa rakan atau sahabat handai beliau yang sentiasa mendorong dan mencetuskan semangat untuk melakukannya

iv.          Siapa guru sebenar beliau yang mengajar, menegur dan memberikan inspirasi beliau untuk melakukan jualan

v.            Dalam keadaan yang bagaimana cukup bersesuaian pada dirinya dalam melakukan jualan?

vi.          Bagaimana beliau berjaya membahagikan masanya antara kerjaya, pelanggan dan keluarga begitu efektif sekali

Bertanya dan bersahabat dengan orang yang berjaya. Mereka yang positif dalam dirinya sudah pasti memberikan impak yang positif balik kepada diri kita. Nak jadi positif kena bersangka baik dengan siapa pun juga sebelum boleh kita menilai seseorang dari luaran dahulu. Nak menuntut kena cari tok guru dan bukannya tok guru datang menyembah sebarkan ilmu dan pengalaman kepada diri kita. Kena jaga adab dan susila dalam menuntut ilmu agar keberkatan dalam menuntut ilmu kena ada. Carilah sebanyak yang termampu kerana Imam Shafie pun menuntut dengan begitu ramai sama sekali tok gurunya. Asalkan niat betul tiada siapa boleh menghalangnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan