Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 19 November 2014

KESERONOKKAN DALAM MELAKUKAN JUALAN



Sumber foto roryvaden.com

Merasa gembira dan seronok dalam melakukan tugasan jualan amat diperlukan. Bila kita seronok melakukannya sudah pasti kesungguhan dan tumpuan dalam melakukannya pasti akan memberikan satu pulangan yang tidak terhingga buat kita. Segala penat lelah dan letih melakukan jualan terasa amat berbaloi pulangannya walaupun mungkin gagal mendapatkan penutupan jualan hanya kerana keseronokan dalam melakukan tugasan menjual. Berlaku sebaliknya jika keseronokan dalam melakukan jualan tidak timbul. Terasa amat mudah kecewa, putus asa dan memenatkan boleh berlaku sewenang-wenangnya. Inilah perbezaannya jika dalam menjual kegembiraan dan keseronokan dapat diterapkan.

Tidak dinafikan setiap manusia pasti mempunyai masalah yang pelbagai. Namun kalau dapat dididik dan dihayati kepentingan bertugas dalam menjual segala masalah yang kita hadapi walau berat dan besar macam mana pun perlu untuk kita ketepikan terlebih dahulu. Dalam menjual raut wajah dan muka yang ceria dan bersahaja perlu diwujudkan dan bukan muka yang menyedihkan masam mencuka perlu ditonjolkan pula. Di sinilah kegembiraan dan keseronokan dalam menjual perlu diwujudkan terlebih dahulu.

Bagi mendapatkan kegembiraan dan keseronokan dalam menjual apa yang perlu dilakukan dari awal lagi adalah

1.    Jangan sama sekali kita abaikan amal ibadat kita terhadap Allah. Kena peruntukkan waktu dan ketikanya terhadap Allah dan bukan pada waktu susah dan sukar baru terhegeh-hegeh nak ingat pada Allah. Abadikan diri ke hadrat Allah secara total terutamanya ketika bersolat. Jangan ponteng dan tidak dilewatkan sama sekali tepat pada waktunya lima kali sehari semalam. Berdoalah sentiasa agar Allah permudahkan segala tindakan kita dalam melakukan jualan dan tidak sama sekali menyukarkan tindakan kita. 

2.   Gembira kita berada di rumah gembira jugalah kita dalam melakukan tugasan menjual apabila kita keluar bertugas dari rumah kita. Bukankah rumah ku syurga ku? Jagalah hubungan dengan ahli keluarga kita dengan sebaik yang mungkin agar esok hari apabila kita mula keluar dari rumah rasa keseronokan tersebut akan terbawa-bawa dalam melakukan tugasan jualan kita.

3.   Selagi niat kita bertekad untuk membantu dan menolong orang menerusi produk yang ditawarkan sudah pasti ia nya secara automatik memberikan kegembiraan dan keseronokan dalam melakukan jualan. Memang keuntungan yang kita cari dan mahukan tapi kalau niat kita betul ditetapkan sudah pasti hasilnya akan lebih dari apa yang kita sangka dan mahukan.

4.   Fokus dan beri tumpuan semasa melakukan jualan. Bila kita fokus dan beri tumpuan sewajarnya sudah pasti kesungguhan kita melakukan jualan akan lebih terserlah lagi. Segala tindakan kita akan kita lakukan sebaik mungkin mengelakkan sebarang kecacatan dan memberikan kesempurnaan dalam melakukannya. Tumpuan betul-betul tertumpu pada hadapan bakal pembeli kita ketika dan sedang menjual. 

Hormati kehidupan kita. Terlalu menumpu pada pekerjaan di dunia sehingga kita abaikan amal ibadat dan keluarga elakkan sama sekali. Pembahagian dan peruntukkan waktu yang khusus kena ada agar kehidupan kita lebih terpelihara dan terjaga. Mengabaikan salah satunya akan memberikan kesan yang tidak baik kepada kita juga bukannya orang lain. Macam mana nak rasa seronok dan gembira lakukan tugasan kalau perkara sebegini tidak kita lakukan. Buatlah yang terbaik bukan setakat kepentingan diri kita sahaja tetapi pada Allah, keluarga dan kepentingan orang lain tetap jua kita jaga sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan