Sumber foto www.cutestpaw.com |
Bukan selalunya
kita akan bernasib baik bila jualan boleh diterima dengan mudah oleh prospek
yang berada di hadapan kita. Bergantung sepenuhnya pada situasi bernasib baik
pun tidak boleh juga kerana boleh mengakibatkan kita semakin malas dan berserah
pada takdir sahaja. Kita akan mudah merasakan usaha tidak perlu diberikan
sangat kerana nasib menentukan segala-galanya.
Berusaha dengan
bersungguh. Kita hanya mampu menawarkan dan menjual sahaja. Menerima atau tidak
itu semuanya hak mutlak mereka dan bukan sama sekali hak mutlak dari kita pula.
Berikan sahaja yang terbaik dalam menjual. Tawarkan secara ikhlas, jujur dan
berhemah dan bukannya menjual mencari keuntungan semata-mata. Bukan semuanya
yang kita lakukan yang terbaik sudah mampu menarik minat mereka untuk menerima
hanya disebabkan oleh keadaan seperti berikut
i.
Prospek belum lagi dalam keadaan mahu membeli
ii.
Masa yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka
iii.
Mereka mungkin berada dalam keadaan fikiran yang berserabut dan
mempunyai banyak perkara dan masalah berat yang perlu difikirkan
iv.
Kebetulan masa yang ditawarkan mereka sememangnya tidak
mempunyai wang yang mencukupi
v.
Keutamaan mereka untuk membeli bukan pada produk yang kita
tawarkan
vi.
Ada perbuatan kita yang tidak menyenangkan hati dan perasaan
mereka ketika menjual
Mungkin
banyak lagi sebabnya yang boleh menyebabkan kegagalan dalam menjual dan
mendapatkan penutupan jualan. Jangan mudah rasa rugi, kecewa dan putus asa. Sebagai
mana yang dimaklumkan tadi hak mutlak untuk menerimanya adalah mereka dan
bukannya kita boleh menentukannya sama sekali. Berusahalah sebaik mungkin dan
jangan sama sekali berharapkan untung nasib pula. Bak kata pepatah untung sabut
timbul untung batu tenggelam pula. Berusaha dan terus berusaha bagi tujuan
mencapai matlamat kita dalam melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan