Seronok bila dapat bertemu dan bersembang dengan kenalan kita.
Seboleh-bolehnya terlalu gairah untuk bersembang dan menceritakan kepada mereka
tentang apa yang kita jual sekarang ini. Kita juga telah fahami bahawa dengan
kenalan sahaja akan boleh dan pasti menolong dan membantu kita. Mereka dengan
mudah akan menerima apa yang kita tawarkan tanpa perlu berikan presentation
yang panjang melebar dan menyukarkan lagi keadaan. Pertemuan pun agak santai
dan tidak perlu formal seperti mana bertemu dengan bakal pembeli yang kurang
kita dan mereka mengenali antara satu sama yang lain.
Di sinilah kelemahan kita, terlalu mengambil kesempatan atas kenalan dan
kawan yang ada. Bila bertemu terus menjual. Bila bersua tiada perkara lain yang
diceritakan melainkan tentang produk kita sahaja. Kalau sekali sekala tidak
mengapa tapi kalau kerap sangat dilakukan sudah pasti satu hari nanti kita akan
hilang kenalan dan sahabat handai kita. Hilang begitu sahaja kerana mereka
pasti tension. Tension disebabkan kegopohan dan demi mementingkan
diri sendiri tanpa memikirkan keadaan mereka terlebih dahulu. Kerana kawan
pasti mereka tidak akan menegurnya tapi perlahan-lahan akan cuba menjauhkan
diri mereka pada kita.
Di pertemuan ini berilah ruang dan peluang kita juga santai terlebih
dahulu. Ambil mood yang ada segarkan dengan pertanyaan dan jenaka yang boleh
membawa ke arah kemesraan terlebih dahulu. Tinggalkan seketika jualan kita
menantikan saat dan ketikanya masa yang bersesuaian untuk lakukan jualan. Hanya
gopoh tapi sentiasa pandai menghidu peluang yang ada. Takkan lari gunung
dikejar asalkan jangan terleka sudahlah. Pandai ambil hati dan perasaan mereka
dahulu, tenangkan suasana pasti mereka yang seronok pula untuk mendengar
tentang jualan kita pula. Berlapang dada terlebih dahulu tidak salahkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan