Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 8 November 2014

DAH KENA MARAH



Sumber foto : earncent.com


Memeningkan apabila hendak menjual tapi terus dimarahi, ditegur dengan keras dan dimaki dengan tidak semena-menanya. Semuanya berpunca dari ketidakpuasan hati mereka atas perkhidmatan yang telah diterimanya terlebih dahulu yang bukan dari kita yang menjualnya. Hanya disebabkan jenama dan produk yang sama orang yang marah tidak mengira siapa juga di depannya asalkan dari pengeluar produk dan jenama yang sama sememangnya dirasakan betul sahaja tindakan mereka. 

Tenang dulu bersabar dalam menempuhnya. Jangan lari tapi hadapinya dengan sebaik mungkin dengan cara melakukan perkara seperti berikut

Tindakan pertama, dari kita banyakkan bersabar terlebih dahulu. Jangan menengking balik atau mencelah apa yang di perkatakan. Dengar sahaja leteran dan marahnya itu. Kalau sejam kena sejamlah tahan telinga kita mendengarnya. Kawal kemarahan dan kekecewaan kita. Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Sebaik-baik tindakan ambil catatan catat kan apa yang mereka tidak puas hati terhadap kita. Sekurang-kurangnya mereka tahu kita ambil berat apa yang mereka perkatakan.

Tindakan kedua, walaupun menyakitkan hati namun tanya semula dan sahkan apa yang telah mereka perkatakan agar mudah buat kita membuatkan kesimpulan dan solusi penyelesaiannya. Berhemah dan bersopan dalam apa juga keadaan dengan ketenangan yang ada. Pastikan jangan ada andaian dan main agak-agak sahaja. Kalau ini dilakukan maka pelanggan tersebut akan pasti semakin kecewa dan memberontak kemarahannya.

Tindakan ketiga, jangan sama sekali menjual kerana pelanggan telah mengetahuinya. Berikan masa sedikit buat kita berjanji padanya yang kita akan hadir semula padanya selesaikan apa juga kemarahan, bangkangan dan bantahan yang berlaku jika kita merasakan agar sukar untuk diselesaikan. Jika kita masih mampu untuk selesaikannya nyatakan secara berhemah dan bersopan dengan segala logik akal bagi memenuhi kehendaknya. Bertindak jujur dan ikhlas itu sebaik-baik peranan yang perlu kita berikan.

Jangan panik dan menggelabah. Terima dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka. Bukan semuanya kita lalui indah-indah sahaja. Sekali skala pasti keadaan sebegini akan kita tempuhi. Semakin banyak yang kita tempuh semakin mematangkan lagi tindakan kita. Redha apa sahaja yang dihadapi. Satu pelajaran baru telah kita pelajari agar di masa hadapan jika berlaku lagi sekurang-kurangnya kita tahu dan mampu untuk mengatasinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan