Sumber foto www.zdnet.com |
Manusia memang suka kepada kuasa dan jawatan. Tidak dinafikan sama sekali.
Begitulah juga dalam tim jualan. Ada yang sanggup memijak dan menjatuhkan orang
lain asalkan dirinya boleh menjadi pemimpin dalam tim jualan tersebut.
Perebutan kuasa amat ketara hanya kerana kepentingan diri dan memuaskan hawa
nafsu. Sanggup memburukkan dan menjatuhkan orang lain hanya kerana mahu dan berkehendakkan
jawatan walaupun kadang kala kita sendiri cukup mengetahui masih banyak yang tidak
mampu untuk kita lakukan sama sekali.
Inilah yang dikhuatiri yang membolehkan seseorang itu semakin lupa dan alpa
kepada Allah SWT. Terlalu mengejar dunia sehingga sanggup mengabaikan dunia
yang lebih kekal abadi di kemudian hari nanti. Tanpa adanya iman dan ketakwaan sudah
pasti dunia sahaja yang diburu walaupun mengetahui sendiri jalan yang dipilih nanti
merupakan cara dan kaedah yang tidak betul sama sekali.
Bila dah jadi pemimpin elakkan diri kita dari menjadi seperti berikut
i.
Terlalu suka mengarah
ii.
Kurang rasa empati dan simpati
iii.
Tidak mahu pada perubahan kerana terlalu
selesa dengan apa yang ada
iv.
Terlalu banyak kompromi yang dilakukan walaupun
mengambil masa yang lama asalkan kepentingan diri sendiri terbela dan terpelihara
v.
Tidak yakin dalam mengeluarkan arahan atau
keputusan
vi.
Gagal memahami dan mengetahui kakitangan
bawahan
vii.
Terlalu mengamalkan pilih kasih
mengutamakan orang kegemarannya sahaja
viii. Rasa rendah
diri yang begitu menebal
ix.
Terlalu ‘moody’ sehingga mendatangkan rasa
meluat orang bawahan
x.
Terlalu gah dengan kehebatan yang ada tanpa
memikirkan semua itu anugerah dari Allah
xi.
Hilang rasa syukur dan nikmat yang telah
dianugerahkan oleh Allah SWT
Kalau ini yang kita amalkan sudah pasti satu hari nanti kita akan jatuh jua
tanpa kita sedari. Hidup ibarat roda, sekejap di atas sekejap lagi kita di bawah
pula. Jadilah seorang pemimpin yang disegani bukan ditakuti. Allah Maha Adil.
Allah yang menentukan segala-galanya walaupun pelbagai rancangan dan
perancangan telah pun dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Manusia hanya
merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Bila berada sebagai
seorang pemimpin lakukanlah sebaik mungkin menjaga amanah yang diberikan.
Pergunakan sebaik mungkin walau ada masanya kita tidak dapat memenuhi apa yang
dimahukan oleh orang lain. Akhlak yang baik melambangkan keperibadian kita
untuk memimpin. Jadilah seorang pemimpin yang baik dan beramanah dan bukannya
untuk mengejar glamor atau kemasyhuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan