Persoalan yang sering difikirkan oleh si penjual sama ada penawaran yang
dilakukan adalah semata-mata pada produk atau untuk membantu bakal pembeli yang
dihadapinya. Semuanya berkisar dengan kemampuan kita berhadapan dengan apa yang
sebenarnya kita mahukan. Kalau tidak menjual produk sudah pasti tak akan mampu
untuk peroleh keuntungan dan pendapatan buat kita. Macam mana nak menolong
andai kata produk yang hendak di jual tak boleh nak laku atau mudah diterima
orang.
Kreativiti amat diperlukan. Fahami apa masalahnya dengan mengajukan
pelbagai persoalan yang mampu untuk kita kaitkan produk yang ditawarkan dengan
masalah yang dihadapinya. Kenal pasti apa masalahnya, apa yang ditanggungnya
dan apa yang membebankan diri beliau selama ini. Bila mana kita sudah mampu
untuk mengesannya inilah peluang kita mengaitkan produk yang ditawarkan akan
mampu selesaikan segala bebanan dan masalah yang ditanggungnya selama ini.
Bakal pembeli memerlukan ada nilai-nilai tertentu yang nampak begitu
eksklusif buat dirinya untuk meredakan dan menyelesaikan apa jua masalah yang
dihadapi. Kepentingan pada diri mereka itulah yang diperlukan dan seolah-olah
diri kita berada di dalam diri mereka memahami dan mengetahui apa juga bebanan
dan masalah yang ditanggungnya. Kalau kita merasakan jurujual bermakna kita
hanya menjual sahaja tetapi kalau ita merasakan seorang konsultan jualan sudah
pasti bedah siasat terlebih dahulu akan kita lakukan sebelum boleh untuk kita
menjual.
Berubah niat kita terlebih dahulu dari mengaut untung yang maksimum kepada
membantu orang seramai yang termampu. Semakin ramai yang kita tolong dan bantu
semakin banyak ganjarannya yang Allah akan berikan semula kepada kita tanpa
kita duga dan sedari. Bukankah tangan di atas lebih baik dari tangan yang di
bawah? Berilah bantuan hulurkan pertolongan
agar segala apa yang kita bantu dan tolong benar-benar bermanfaat pada mereka
yang menerima bantuan.
Sumber foto sloanreview.mit.edu |
Harus diingat, menghulurkan bantuan dan pertolongan ini bukan bermakna nak
bagi percuma dan begitu sahaja produk yang ditawarkan. Cari jalan tunjukkan kepada
mereka produk yang bersesuaian yang ditawarkan kepada mereka akan mampu selesaikan
masalah mereka. Fahamkan mereka berikan penjelasan yang telus dan ikhlas agar mereka
benar-benar fahami. Bukan berseloka atau untuk menyeronokkan nak dapatkan untung
sahaja. Berhemah dan bersopan dalam melakukannya sudah pasti apa juga halangan,
bangkangan dan bantahan akan dapat kita atasi dengan baik dan berkesan sama sekali
pasti pada akhirnya apa juga untung yang kita mahukan akan dapat juga kita genggam
jua pada akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan