Sumber foto chefindemand.com |
Sejauh mana keberkesanan kita dalam mencari
pelanggan? Satu persoalan yang mungkin kita sahaja yang mampu memberikan jawapannya. Semuanya
bergantung pada keputusan akhir berapa banyak pendapatan yang terhasil atau sasaran
yang telah diperoleh berbanding dengan sasaran yang ditetapkan. Memeningkan dan
memenatkan dalam usaha pencarian
pelanggan seperti mana yang dimahukan. Adat kita menjual sememangnya pelanggan
amat diperlukan.
Bermula dari prospek atau bakal pembeli
perlu untuk kita kenal pastikan terlebih dahulu. Sudah kah kita melakukannya?
Dari mana sumber untuk kita perolehnya? Inilah tugasan awal kita sebelum boleh
kita lakukan jualan. Perkara asas yang perlu untuk kita lakukan agar jualan
kita boleh dipermudahkan hanya kerana sasaran kita adalah betul dan tepat sama
sekali. Mencari prospek terlebih dahulu perlu dilakukan. Memang akan membantu
diri kita sebelum proses lain boleh dilakukan.
Antara kaedah atau cara untuk mendapatkan
prospek yang dimaksudkan ini adalah melalui
i.
Senarai
nama-nama yang diperoleh dari buku panduan telefon, dibeli dari agensi
pembekalan nama, kad-kad perniagaan yang disimpan, saudara mara, sahabat handai
dan sebagainya
ii.
Meminta
referral
iii.
Diperkenalkan
oleh orang lain
iv.
Direct
approach pada orang yang ditemui
v.
Dari
aktiviti sosial seperti berpersatuan, jemaah masjid, NGO dan sebagainya
vi.
Mengenali
jiran-jiran, adik-beradik, saudara mara atau sahabat handai
vii.
Menggunakan
media sosial mencari prospek secara menambah kenalan dalam Fb, WeChart,
Instagram, Google + dan sebagainya
viii. Senarai alamat-alamat e-mel dalam laman-laman sesawang jabatan
kerajaan, syarikat-syarikat perniagaan dan korporat
ix.
Senarai
nama-nama pelanggan sedia ada dari majikan atau tempat kita bekerja
x.
Pembukaan
kaunter dan taklimat untuk mendapatkan lebih ramai lagi sasaran pelanggan
Terlalu banyak sumbernya untuk kita peroleh.
Antara mahu ataupun tidak sahaja untuk kita melakukan pencariannya. Hendak seribu
daya yang tidak mahu itulah masalah terbesar buat kita untuk mencari penyelesaiannya.
Jangan mengeluh atau merasa susah hati untuk mencari pelanggan. Sebenarnya semuanya
berada di hadapan kita di sekeliling kita. Hanya mahu tindakan dari kita sahaja
mendapatkannya bagi tujuan melakukan saringan dan mengenal pasti sasaran yang sepatutnya.
Berjaya kita melakukannya sudah pasti pelanggan yang dimahukan pasti dalam genggaman
kita pada akhirnya. Jangan mudah berputus asa dan kecewa untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan