Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 9 November 2014

500 KALI



Sumber foto : www.theherald.com.au

Di Alor Setar, terdapat sebuah restoran yang menarik perhatian penyusun kerana sambutan orang ramai terhadapnya.

Setelah kemesraan terjalin dengan pemilik restoran itu, penyusun cuba mencungkil rahsia kejayaan perniagaannya itu.

Secara terbuka beliau menyatakan bahawa sememangnya beliau ada mengamalkan amalan-amalan tertentu yang didengarnya daripada kuliah ilmu dan khutbah Jumaat yang disampaikan  oleh Al-Fadhil Prof Dr Abd Aziz bin Haji Hanafi (Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah/Pensyarah Kanan Koleh Universiti Insaniah, Alor Setar).

Ringkasnya amalan yang diamalkannya ialah

i.             Selalu membaca surah al-Waqiah

ii.           Berselawat ke atas Nabi sebanyak 500 kali sehari

iii.          Solat sunat Dhuha

iv.          Infaq (derma) walaupun sedikit

Bilangan selawat sebanyak 500 kali itu dinukilkan daripada hadis Nabi ‘Sesiapa yang berselawat ke atas ku setiap hari sebanyak 500 kali, maka ia tidak akan fakir selamanya’.

Penyusun juga menggalakkan pembaca mengamalkan selawat ini sebanyak 500 kali di waktu pagi dan 500 kali di waktu malam seperti yang di ijazah oleh Tuan Guru Haji Abdul Karim Banjar (Tuan Guru yang mengajar di dalam Masjidil Haram ketika dulu). 

(Sumber : Petikan dari Buku 100 Amalan Terpilih oleh penulis Hanif Haji Ghazali ms 90 – 92).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan