Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 13 November 2014

MENJUAL PRODUK ATAU SELESAIKAN MASALAHNYA



Persoalan yang sering difikirkan oleh si penjual sama ada penawaran yang dilakukan adalah semata-mata pada produk atau untuk membantu bakal pembeli yang dihadapinya. Semuanya berkisar dengan kemampuan kita berhadapan dengan apa yang sebenarnya kita mahukan. Kalau tidak menjual produk sudah pasti tak akan mampu untuk peroleh keuntungan dan pendapatan buat kita. Macam mana nak menolong andai kata produk yang hendak di jual tak boleh nak laku atau mudah diterima orang.

Kreativiti amat diperlukan. Fahami apa masalahnya dengan mengajukan pelbagai persoalan yang mampu untuk kita kaitkan produk yang ditawarkan dengan masalah yang dihadapinya. Kenal pasti apa masalahnya, apa yang ditanggungnya dan apa yang membebankan diri beliau selama ini. Bila mana kita sudah mampu untuk mengesannya inilah peluang kita mengaitkan produk yang ditawarkan akan mampu selesaikan segala bebanan dan masalah yang ditanggungnya selama ini.

Bakal pembeli memerlukan ada nilai-nilai tertentu yang nampak begitu eksklusif buat dirinya untuk meredakan dan menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi. Kepentingan pada diri mereka itulah yang diperlukan dan seolah-olah diri kita berada di dalam diri mereka memahami dan mengetahui apa juga bebanan dan masalah yang ditanggungnya. Kalau kita merasakan jurujual bermakna kita hanya menjual sahaja tetapi kalau ita merasakan seorang konsultan jualan sudah pasti bedah siasat terlebih dahulu akan kita lakukan sebelum boleh untuk kita menjual.

Berubah niat kita terlebih dahulu dari mengaut untung yang maksimum kepada membantu orang seramai yang termampu. Semakin ramai yang kita tolong dan bantu semakin banyak ganjarannya yang Allah akan berikan semula kepada kita tanpa kita duga dan sedari. Bukankah tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah?  Berilah bantuan hulurkan pertolongan agar segala apa yang kita bantu dan tolong benar-benar bermanfaat pada mereka yang menerima bantuan.

Sumber foto sloanreview.mit.edu
 
Harus diingat, menghulurkan bantuan dan pertolongan ini bukan bermakna nak bagi percuma dan begitu sahaja produk yang ditawarkan. Cari jalan tunjukkan kepada mereka produk yang bersesuaian yang ditawarkan kepada mereka akan mampu selesaikan masalah mereka. Fahamkan mereka berikan penjelasan yang telus dan ikhlas agar mereka benar-benar fahami. Bukan berseloka atau untuk menyeronokkan nak dapatkan untung sahaja. Berhemah dan bersopan dalam melakukannya sudah pasti apa juga halangan, bangkangan dan bantahan akan dapat kita atasi dengan baik dan berkesan sama sekali pasti pada akhirnya apa juga untung yang kita mahukan akan dapat juga kita genggam jua pada akhirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan