Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 17 Februari 2015

TINDAKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN TERBAIK




Siapa pun yang melakukan jualan pasti mengharapkan keputusan terbaik. Keputusan akhir pelanggan akan menguntungkan diri kita menghasilkan pendapatan lumayan yang kita mahukan. Tiada siapa mahukan kegagalan apatah lagi kekecewaan. Semuanya pasti mengharapkan kejayaan seperti mereka-mereka yang telah berjaya melakukan jualan. Satu realiti yang tidak mampu untuk dinafikan lagi.

Berfikir sejenak fikirkan selama ini adakah kita telah mampu menjana kejayaan seperti mana yang diidamkan selama ini. Adakah selama ini tindakan kita telah dan sedang berada dalam landasan yang betul dan benar? Fikir-fikirkan agar setiap apa juga yang kita lakukan bukan jalan salah dalam menemui kegagalan.

Antara tindakan bagi memastikan kita sentiasa mampu menghasilkan keputusan terbaik seperti mana yang kita mahukan adalah dengan

i.             Adanya ketetapan masa bagi memilih,menapis dan memastikan orang yang betul untuk membeli dan menerima tawaran yang dikemukakan.

ii.           Berpengetahuan secara mendalam segala yang berkenaan dan berkaitan dengan pengetahuan produk.

iii.          Ketahui apa perkara yang boleh menarik perhatian mereka untuk menerima kehadiran dan penerangan yang kita mahu tawarkan.

iv.          Menjalinkan ukhuwah dan silaturahim dengan lebih akrab pada siapa sahaja yang sanggup membantu kita meningkatkan lagi jualan.

v.            Perlu ada komitmen dalam melakukan jualan berapa banyak yang perlu disasarkan untuk mendapatkan hasil yang kita mahukan.

vi.          Mengharapkan dengan telus hati menanam kepercayaan berkeyakinan tinggi bahawa semua hasil yang diperoleh datangnya hanya dari Allah sahaja bersesuaian dengan usaha yang dilakukan.

Pentingnya usaha dalam melakukan jualan. Tiada usaha janganlah cakap banyak mendabik dada mengatakan kita telah melakukan yang terbaik. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan adakah selama ini kita telah melakukan dan memberikan suatu yang terbaik atau tidak sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri. Perancangan yang terbaik sudah pasti memberikan hasil yang terbaik bergantung pada usaha kita sama ada yang terbaik atau tidak telah kita berikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan