Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 14 Februari 2015

PERLUKAH MENCARI ALASAN?




Bila mana berlaku

1.    Sasaran jualan tidak tercapai

2.   Mencari prospek tidak ditemui lagi

3.   Tak tahu nak menjawab apa bila bangkangan dan bantahan berlaku

4.   Temu janji yang ditetapkan langsung tidak ditepati

5.   Merasa bosan dan malas nak lakukan jualan

6.   Terlalu percaya pada nasib malang yang menimpa

Maka bermulalah episod mencari alasan dan ulasan. Lari dari tanggungjawab dan niat asal untuk melakukan jualan. Inilah yang berlaku dan terjadi bila kegagalan telah tidak dapat dibendung lagi. Sampai bila perlu dibiarkan dan berlarutan? Fikirlah sampai mana perjuangan kita melakukan jualan kalau tak habis-habis sampai ke sudah memberikan pelbagai alasan dan ulasan merungut menunjukkan kesedihan.

Beringatlah jangan terlalu teruja melihat hasilnya semata-mata sedangkan usaha tidak ke mana dan seberapa. Terkadang usaha menemui kegagalan tapi kita keras hati dan kepala menyatakan bukan salah kita. Mereka-mereka di sekeliling habis dipersalahkan tanpa perlu menyentuh kesilapan dan kesalahan diri sendiri. Mengapa perlu menuding jari? Bagus dan hebat sangat kah kita selama ini? Bukankah melakukan jualan merupakan satu perjuangan yang perlu diselesaikan. Semuanya bermula dari kita macam mana boleh melibatkan orang lain pula?

Elakkan terjadi dan berlaku. Tidak ke mana kalau sebegini kita kekalkan sampai bila-bila. Jangan mencari pelepas diri tapi carilah jalan penyelesaiannya. Selagi tidak dicari selagi itulah tidak diketahui di mana punca sebenarnya. Perubahan perlu ada dan jangan sama sekali seperti katak yang berada di bawah tempurung sahaja. Tidak ke mana tetapi asyik berbunyi mengharapkan bantuan dan pertolongan dari orang lain. Adakah ini matlamat kita dalam menjual? Tepuk dada tanyalah selera. Kita sendiri penentu segala-galanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan