Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 5 Februari 2015

EKONOMI NEGARA – CABARAN KITA


Kredit - www.townofcary.org

PM, Dato Seri Najib Razak dalam ucapannya pada 19hb Januari 2015, sempena tindakan kerajaan mengambil langkah lindungi dan kukuhkan ekonomi negara telah mengambil pendekatan ke arah lebih berjimat cermat dalam setiap perbelanjaan di samping pembekuan beberapa agensi tentang geran peruntukkan yang akan disalurkan. Semuanya bergantung kepada keadaan pengukuhan ekonomi negara semula hasil dari penyusutan nilai wang ringgit negara dan bencana banjir baru-baru ini.

Harga minyak sememangnya memainkan satu sentimen yang cukup besar kepada negara dan satu sensitiviti pula kepada rakyat. Selagi harga minyak dapat dikawal selagi itulah harga barangan dan produk pengguna turut sama dapat dikawal. Harga minyak cukup mempengaruhi harga barangan pengguna.

Antara ucapan Dato Seri adalah meyakinkan kita semua bahawa negara masih belum lagi berada dalam keadaan gawat atau krisis seperti mana pada 1997 dan 1998 bahkan tidak juga seperti tahun 2009 sehingga beberapa pakej-pakej stimulus dilaksanakan. Selagi keadaan belum menjadi dan terjadi beberapa tindakan mengukuhkan kewangan kerajaan perlu dilaksanakan segera.

Kesannya bukan sekadar pada negara sahaja tetapi semua rakyat akan ikut terjejas sama. Masing-masing perlu memainkan peranan yang sama bagi memastikan apa juga tindakan kerajaan perlu disokong sama. Perbelanjaan yang berhemah perlu ada. Jangkaan unjuran KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) berkembang adalah pada 4.5% - 5.5% masih lagi membuka harapan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

Lakukanlah seperti biasa, mungkin di jangka kenaikan kos sedikit perlu kita tanggung dalam melakukan jualan namun memastikan produk yang ditawarkan masih menerima sambutan yang dimahukan itu adalah lebih utama. Terus-terusan memastikan produk dapat di jual dan diterima oleh orang ramai dengan cara

1.      Memastikan sasaran pelanggan adalah betul dan tepat

2.     Produk yang dijual benar-benar relevan dengan kehendak dan kemahuan mereka

3.     Kumpulkan pelanggan perbanyakan taklimat dalam satu masa

4.     Beri tumpuan pada suatu tempat atau premis dan kurangkan perjalanan yang jauh

5.     Pergunakan e-mel dan media sosial lakukan promosi dan kempen setiap masa

Robbi Yassir Wala Tuasir. Minta pada Allah per mudahkan segala urusan kita. Per mudahkan jangan disukarkan. Setiap cabaran, dugaan dan rintangan perlu ditempuhi bukan untuk di keluh kesah. Biar masa yang menentukan asalkan usaha tetap dilakukan dengan bersungguh dan ikhlas dalam setiap apa juga yang kita lakukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan