Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 16 Februari 2015

BALA – SATU PERINGATAN




Bala terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH iaitu apabila manusia melakukan maksiat. Maka dengan sebab itu akan turun bala daripada Nya. Bala turun tidak mengenal siapa pun juga baik orang yang baik, alim, jahat, penyangak siapa juga akan melaluinya jika Allah berkehendakkan. Berhati-hatilah agar tidak terjadi sama juga kepada kita.

Sesuai dengan apa yang diperkatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi ALLAH menurunkan bala. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka ALLAH akan memberi bala kepada umat tersebut iaitu apabila mereka melakukan

1.    Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2.   Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3.   Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.   Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5.   Apabila anak menderhaka ibu bapa.

6.   Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.   Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8.   Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9.   Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.

10.        Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12.        Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13.        Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14.        Apabila wanita bermain alat muzik.

15.        Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi." (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Ringkasnya apa yang boleh diperkatakan bahawa bala ini terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH dan yang lebih membimbangkan ialah apabila bala ini terjadi, ia tidaklah terjadi hanya kepada orang yang melakukan dosa tersebut, tetapi ia akan terkena kepada semua orang sama ada orang ini adalah dalam kalangan orang yang baik atau yang jahat.

Sebagai satu peringatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan