Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 15 Februari 2015

PEROSAK DIRI DALAM MENJUAL




Motivasi diri sendiri amat diperlukan sebagai satu pencetus semangat dan pendorong buat kita melakukan jualan. Tanpa semangat dan pendorong yang ada dalam diri kita sudah semesti ia nya pasti tidak ke mana. Ibarat ikan lumba-lumba yang membuat pertunjukan di hadapan orang ramai, semakin banyak ikan dilontarkan kepadanya semakin bersemangat ikan lumba-lumba tersebut menunjukkan kemahirannya. Begitulah kita perlukan kepada motivasi dalam memberikan semangat dan dorongan untuk melakukan jualan.

Elakkan sama sekali perosak-perosak yang membolehkan kita menjadi gagal pula dalam melakukan jualan. Perosak-perosak yang dimaksudkan ini adalah

1.    Terlalu yakin mendapat penerimaan pembeli. 

2.   Semudah A,B,C sahaja sehingga tiada langsung memikirkan tentang segala cabaran, halangan dan rintangan yang perlu dilalui

3.   Dah rasa terlalu pandai sehingga ilmu yang ada dirasakan sudah cukup dan memadai

4.   Tak perlu menerima teguran dari mereka yang pakar dan tahu dalam bidang menjual serta cuba menjauhkan diri dari mereka pula

5.   Mencari dan terus mencari sehingga pelanggan yang sedia ada diabaikan begitu sahaja

Berwaspada sentiasa. Jangan sampai nasi menjadi bubur sudahlah. Beri perhatian dan sewajarnya. Belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain agar apa yang kita lakukan sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri kita sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan