Menjadi
satu tradisi pula di Malaysia ini yang menyambut hari Kekasih sebagai satu
acara kemestian menyambut dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pada
seseorang yang dikenali. Seolah-olah bagi yang menyambutnya merupakan sesuatu
yang serba wajib untuk disambut dengan sepenuh hati menandakan betapa sayang
dan ambil beratnya dirinya kepada seseorang.
Gembiralah
mereka yang menjual sempena kehadiran Hari Kekasih ini sebagai merancakkan lagi
sambutan yang dinyatakan seperti penjual bunga, penjual kek, penjual kad-kad
ucapan, penjual coklat, kedai cenderamata dan lain-lain yang akan mengambil
kesempatan akan kehadiran Hari Kekasih ini. Mungkin bagi penganut agama lain ada
sesuatu yang boleh diraikan, dilakukan dan diberi perhatian sewajarnya tetapi
bagaimana dengan penganut agama Islam. Seorang yang mengaku Muslim dan
menjadikan Islam sebagai satu pegangan hidup adakah perlu meraikan sama pada Hari
Kekasih ini? Ini lah yang perlu kita sama-sama perbetulkan segera agar tidak
terlajak pula turut sama meraikan perkara dan peristiwa yang terjadi di sebalik
Hari Valentine ini.
Ketahuilah
Valentine Day yang diraikan ini adalah satu hari yang diraikan hanya disebabkan
mereka meraikan hari kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino.
14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Paderi ini
umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada
nya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai
Hari Valentine. Sejarah yang nyata diraikan setiap tahun sehinggalah hari ini.
Janganlah
mudah mengikut mereka yang meraikan kejayaan jatuhnya kerajaan berdasarkan Agama
pegangan kita. Setiap hari boleh diraikan Hari Kekasih bukannya setahun sekali.
Nak tunjuk kasih sayang pun dengan membeli pelbagai hadiah dan cenderamata
belilah bila ada kemampuan untuk membelinya tidak perlu menunggu kehadiran Hari
Valentine ini. Biarlah kekasih kita yang kita sayangi disambut setiap hari
dengannya bukan pula setahun sekali.
Semoga kita
semua mengambil pengajaran dan iktibar! Andainya kita mengaku sebagai seorang
Muslim mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah
hari jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol. Jangan kita sekutukan diri kita turut
sama meraikannya. Banyak hari lain boleh diraikan melainkan kita lahir pada
setiap tahun 14hb Februari untuk menyambut hari lahir kita sendiri. Semoga
dengan penerangan serba ringkas ini kita tidak sama mengikut mereka turut sama
mengucapkan Happy Valentine Day atau Selamat Hari Kekasih pula kepada bakal
pelanggan, pelanggan mahupun prospek yang kita sasarkan.
Semoga
bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan