Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 26 Februari 2015

IKUT ARAHAN




Adat makan gaji walaupun menjual tetapi terpaksa mengikut arahan dan prosedur yang diberikan. Bukan suka-suka hati boleh melakukan gerak kehendak dan gerak hati kita. Semuanya perlu dipatuhi dan berdisiplin mengikut tatakerja yang telah ditentukan terlebih dahulu. Kalau dah tak suka merasakan tindak tanduk kita sahaja yang betul eloklah beredar segera sertakan surat per letakan jawatan mencari peluang di tempat lain pula. Lain padang lain belalangnya lain organisasi sudah pasti lain arahan dan prosedurnya.

Kena akur dengan hati yang terbuka dan berlapang dada setiap masa. Patuhi dan ikuti segala arahan yang diberikan perlu dilakukan dengan sebaik yang termampu. Inilah yang perlu dilakukan jika ada ketua yang mengawasi diri kita melakukan jualan. Demi mencari sesuap nasi buat bekalan untuk keluarga tercinta dan memenuhi kehendak peribadi menjaga karier amatlah dituntut sama sekali. Apabila bersama ketua atau pengurus jualan bertindaklah dengan bijak dan saksama dengan melakukan perkara seperti berikut

i.             Sentiasa bersama dengannya. Ikuti dan patuhi setiap arahan dan kemahuan yang dimahukan. Selagi tidak bertentangan dengan syarak, kemungkaran dan kemaksiatan lakukan dengan sebaik mungkin. Bekerja biar bersama-sama dari bekerja ikut kehendak diri kita sendiri.

ii.           Ambil sikap bertanggungjawab sepenuhnya. Akui segala kesilapan, kesalahan dan kelemahan diri kita. Tak perlu nak mengamuk tak tentu hala. Dah kita yang melakukannya kenalah ada sikap tanggungjawab diri kita sendiri. Terima sebaik mungkin. Mungkin ada kritikan atau kena marah dan ditegur, terimalah dengan sebaik yang mungkin.

iii.          Belajar hargai dan menghormati ketua. Sebagai orang bawah patuh dan setia perlu ada. Beri keyakinan dan kepercayaan kepada mereka yang kita juga mampu untuk melakukannya. Laksana segala perintahnya akan membuatkan kerja mudah untuk dilakukan. 

iv.          Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Inilah adat dan adab apabila bekerja dalam satu pasukan jualan. Ikut arahan hormat-menghormati antara satu sama yang lain tanpa perlu adanya sikap mementingkan diri sendiri amat dituntut. Bergerak secara berpasukan sudah pasti hasil yang dimahukan cukup mudah untuk dilakukan.

Tak perlu nak bertegang leher atau menunjukkan ketidakpuasan hati. Mereka bos kita orang bawah ikut sahaja apa yang diarahkan. Melawan bererti derhaka kepada khalifah bukan pergi ke mana pun. Agak-agak tak puas hati, bawa berbincang secara berhemah dan bersopan mengeluarkan pendapat menegur apa yang tidak kena sebaik-baiknya secara personel dan peribadi. Jangan lakukan secara terbuka dan di hadapan rakan sekerja apatah lagi di hadapan orang ramai. Air muka ketua perlu dijaga kerana ego masing-masing merupakan maruah mereka. Kita lakukan yang terbaik sudah semestinya kerja akan berasa seronok dan harmoni dalam melakukan jualan untuk tim jualan yang disertai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan