Lakukan yang terbaik bila berhadapan atau
bersua muka dengan bakal pembeli atau pelanggan. Nak memikat dan menarik
hatinya untuk berminat dan mengetahui lebih lanjut akan apa yang ingin kita
sampaikan perlu kepada tindakan yang berhemah dan bersopan. Segalanya berpunca
dari diri kita sendiri terlebih dahulu. Bermula dengan baik sudah pasti
keyakinan mereka akan timbul.
Jangan main cincai sahaja. Adab kesopanan
perlu di jaga bila bersua muka dan berinteraksi dengan mereka. Lakukan 5M
apabila kita mula bersua dan bertemu dengan mereka iaitu
1.
Menyampaikan
Intonasi dan gaya bahasa
yang lembut, bersahaja dan berhemah amat diperlukan bila bercakap terutama
sekali pembuka bicara. Gaya percakapan yang mempesonakan pasti orang akan lebih
terpikat dan mahu berinteraksi dengan kita. Bercakap dengan sopan tidak meninggi
diri maklumlah orang menjual semuanya kena bermula secara berhemah dan mudah memikat
hati mereka.
2.
Mendengar
Dengar dengan teliti dan
bersungguh. Sebaik tindakan mendengar ambil catatan nota. Fahami apa yang di
perkatakan agar mereka tahu kita benar-benar mendengar. Bila mereka bercakap
pastikan jangan mencelah pula. Bagi peluang untuk mereka berkata dan bercakap
sampai lenguh mulut mereka. Dengar betul-betul.
3.
Menyatakan semula
Sebaik-baiknya ulang sekali
lagi secara apa yang kita faham bukan ulang apa yang mereka perkatakan satu
persatu. Buktikan yang kita faham dan tahu apa yang mereka maksudkan. Jangan
pula kita lakukan sehingga tujuh lapan kali pula sehingga boleh menimbulkan
betul kah tindakan kita pada pandangan mereka pula.
4.
Memahami
Fahami dan di mengertikan.
Jangan salah faham takut nanti kita disangka mengada-ada pula. Apa yang
diperlukan dan dimahukan jelas sudah kita faham dan tahu. Elakkan pula
mengambil masa yang lama untuk fahami sehingga berjam-jam baru kita tahu dan
faham.
5.
Menghormati
Apa yang mereka perkatakan
kena hormat. Hak mereka jangan kita abaikan. Jangan asyik nak main betul pada
hak kita sahaja. Hormati dan terima apa juga yang mendatang. Nak orang hormat
kepada kita kena pastikan yang kita terlebih dahulu menghormati orang.
Kita beradab mereka juga akan beradab
dengan kita. Berkata yang baik-baik jangan sama sekali menyakitkan hati mereka.
Tarik minat dan kepercayaan mereka terhadap diri kita terlebih dahulu dan
bukannya produk. Semuanya berpunca dari kita kerana apa yang kita lakukan
adalah menjual diri kita terlebih dahulu dari produk. Bila mereka dan selesa
dan percayai akan kita sudah pasti apa yang kita sampaikan dan maklumkan
tentang produk sudah pasti mereka akan berlapang dada dan sudi untuk
mendengarnya. Ingat! Semuanya bermula dari kita juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan