Trend masa ini ramai sungguh yang menjual atas nama agama. Tidak kiralah
produk kesihatan, kecantikan, bahan pembacaan, makanan tambahan, keperluan
asas, kewangan, perkhidmatan atau apa sahaja yang boleh dijual semuanya
menggunakan unsur-unsur keagamaan dalam jualan mereka. Bagaikan satu tarikan
magnet yang kuat pergunakan produk yang ada status halal, suci dan diyakini
untuk melariskan jualan yang dilakukan. Seolah-olah dirasakan tanpa adanya
penggunaan atas nama agama ini sudah pasti jualan tidak ke mana dan merasakan
sukar pula untuk menembus pasaran sedia ada.
Bagi perniagaan yang benar-benar mempunyai panel syariahnya mungkin tiada
masalah besar. Bagaimana peniaga-peniaga yang menjual produk panel syariahnya
entah ke mana tiba-tiba berani mendakwa produk yang dijualnya adalah halal dan
tidak perlu dirisaukan sama sekali akan status halal yang didakwa. Tiada institusi
yang berani melakukan semakan halal haram atas produk-produk tersebut terutama
produk-produk yang baru berada di pasaran. Tumbuh bak cendawan sememangnya
sukar bagi pihak yang berwajib menentukan kesahihannya.
Inilah tugasan bagi mereka yang hendak menjual, memang nak mudah jual dan
mendapat untung yang besar dan banyak tapi tolong ambil berat sama adakah ia
nya halal dan menurut kehendak syariah ataupun tidak. Kerana tamak mengejar
keuntungan tidak memeriksa terlebih dahulu secara detail dan lengkap
terus-terusan menjual produk begitu sahaja. Tentang pengetahuan produk memang
cekap tetapi kecekapan tersebut tidak dimasukkan sekali dengan tuntutan
syariah. Terus-terusan pergunakan agama dalam melariskan produk yang
ditawarkan.
Bagi pembeli yang sentiasa mahukan produk berkualiti tetapi harga yang
mampu beli tolong pastikan produk yang dibeli dan menerima tawaran yang
dikemukakan adalah produk yang benar-benar halal dan memenuhi kehendak syariah.
Jangan main beli sahaja. Perhatikan sama kesahihannya. Set kan dalam minda
sebelum menerima tawaran produk halal kah ini? Tolong berwaspada sentiasa
melainkan produk yang telah biasa kita membelinya tidak mengapa.
Carilah keberkatan dalam kehidupan kita. Jangan sibuk nak murah dan mudah
dapat kita sendiri yang menghalalkan produk tersebut. Tidak kira yang menjual
atau yang membeli masing-masing kena main peranan sama. Kena sensitif dengan
isu ini. Jangan biarkan Agama Islam hanya tinggal pada nama sahaja tetapi tidak
dipraktikkan secara keseluruhannya. Sensitiviti kena ada, jaga nama, jaga Agama
dan diri kita dari orang lain cukup mudah permain kan agama kita walaupun dalam
bidang ekonomi dan jual beli berlaku dan terjadi.
Rasulullah SAW bersabda “Akan sampai kepada umat ku suatu zaman di mana Islam itu hanya tinggal pada
nama, Al-Quran itu hanya tulisan sahaja, masjid besar tetapi sunyi daripada
hidayah (tidak di amarah kan) dan ulama adalah sejahat-jahat makhluk yang ada
di antara langit dan bumi, daripada mereka datangnya fitnah dan kepada mereka
fitnah dikembalikan”. (Hadis
Riwayat Baihaqy).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan