Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 5 Ogos 2015

ANTARA BIJAK DAN PANDAI DALAM BERKATA-KATA


Kerana desakan nak cepat, menurut hawa nafsu dan takut terlepas peluang terus menerus kita abaikan tindakan sewajarnya dalam melakukan jualan. Mulalah kita bertindak membuta tuli bercakap dan berkempen asalkan bakal pembeli kita tidak lari ke mana dan menerima tawaran yang dikemukakan oleh kita. Jangan pandai bercakap tapi kena bijak dalam bercakap. Pandai bercakap bermakna bercakap melulu-lulu tidak selari dengan apa yang difikirkan. Namun jadilah orang yang bijak bercakap kerana orang yang bijak adalah orang yang sebelum mengeluarkan kata-katanya berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.

Terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata terlalu nahas pula jadinya. Bukan boleh di undur semula tetapi apa yang silap dan salah dipertuturkan itu hanya memohon kemaafan sahaja yang mampu dan boleh untuk dilakukan. Kalau ini yang kita amalkan dan lakukan berbicara tanpa berfikir dahulu ini bermakna

1.    Kita adalah seorang yang gelojoh dan tidak tahu menahan kesabaran.

2.   Mudah menjadi lalai dan alpa kerana terlalu fokus mengharapkan orang menerima tawaran yang di kemukakan.

3.   Orang semakin mengenali kita bukan kerana hebat dalam menjual tetapi terlalu banyak janji yang tidak ditepati semasa proses menjual dilakukan.

4.   Mudah memohon kemaafan kepada orang tetapi parut yang berada di dalam hatinya tiada siapa boleh mengubatinya.

5.   Betapa tidak profesionalnya kita dalam melakukan jualan di mata orang lain yang mendengar dan melihatnya.

Sentiasa beringat melakukan jualan. Jangan sama sekali jadikan diri kita seorang yang mudah mengeluarkan kata-kata demi menarik perhatian dan minat bakal pembeli untuk terima tawaran yang dikemukakan. Tidak salah untuk berfikir sejenak berikan tutur kata yang sewajarnya dari merapu yang bukan-bukan. Pelanggan sekarang bukannya bodoh untuk menerima membuta tuli akan apa yang kita perkatakan begitu sahaja. Mereka juga punyai otak dan pemikiran memikirkan apa yang mahu kita jual ada kah faedah dan kebaikan pada diri mereka untuk menerimanya. Bertindaklah secara bijak dan tahu menggunakan kesesuaiannya bila berhadapan dengan seseorang yang kita temui untuk menjual. Fikir sebelum melakukannya. Ambil jalan selamat sebelum berlaku apa-apa di luar dari apa yang kita jangkakan sama sekali.



Read more >>

Selasa, 4 Ogos 2015

JANGAN TERLEKA DAN TERLENA


Mudah lupa diri bila berada di puncak mendapatkan penutupan jualan sebanyak yang mungkin. Seolah-olahnya kita yang paling hebat sehingga rakan setugas dan pesaing dapat kita tumbangkan begitu sahaja. Semua orang memuji dan memberikan penghargaan yang tidak berbelah bagi. Mulalah episod mendabik dada tidak terperi betapa hanya kita sahaja yang paling hebat, cekap dan terror mengatasi yang lain.

Ini yang digerunkan dan ditakuti yang amat sangat. Memang manusia suka dipuji dan di semburkan dengan kata-kata penghargaan. Berapa lama boleh kita bertahan? Selama-lamanya kah atau sepanjang hidup kita di dunia ini? Jangan mudah mendabik dada merasakan dan mudah melakukan anggapan dan tanggapan yang kita sentiasa terror dalam melakukan jualan.

Hidup umpama putaran roda. Ada masa kita di atas dan tidak mustahil pula akan berada di bawah pula. Semuanya ada putaran yang perlu untuk kita ketahui dan ambil iktibar dengan apa yang berlaku dan terjadi. Hari ini hari kita esok lusa mungkin orang lain pula. Sentiasa beringat bila sudah berada di atas jangan mudah berbangga diri tetapi lakukan persiapan bukan pula untuk menerima kejatuhan sebaliknya bersedia bagaimana untuk pertahankan kedudukan kita yang berada di atas dan kemuncak dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk.

Jangan jadikan diri kita hanya sekali sahaja hebat tetapi banyak kali pula kecundang berada di bawah. Sentiasa merancang dengan tindakan-tindakan sewajarnya melakukan jualan mendapat sambutan yang terbaik dari bakal pembeli yang mahukan tawaran dikemukakan diterima oleh mereka. Makin banyak yang diterima bermakna semakin bertambah dana perolehan dan keuntungan dari kita menjualnya. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pujian dan penghargaan yang diterima melainkan terus menerus usaha kita sendiri yang menentukan kita mampu atau tidak untuk terus bergerak ke hadapan.

Firman Allah bermaksud ‘Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri’ (Surah Al-Qashash, ayat 76). Rasulullah juga ada bersabda ‘Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain’ (Hadis Riwayat Muslim).
Read more >>

Sabtu, 1 Ogos 2015

TIDAK DISANGKA-SANGKA


Memang mengejutkan apabila

1.    Tak sempat bercakap lagi bila bertemu terus pelanggan bersetuju untuk menerima tawaran yang dikemukakan.

2.   Tanpa disangka ingatkan satu produk sahaja yang dipersetujui tapi sebenarnya lebih dari itu sanggup untuk membelinya.

3.   Walaupun agak tergagap-gagap dan sedikit panik namun bakal pembeli yang ditemui menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran yang diperkatakan kepadanya.

4.   Dah lakukan temu janji tapi tak ada perancangan tiba-tiba terjumpa sebelum temu janji diperkenalkan oleh sahabat kita di tempat yang biasa sahaja tanpa sebarang persiapan rapi.

5.   Baru nyatakan produk bakal pembeli terus mengenalinya dan sanggup untuk menerimanya.

Pernah kah melaluinya tanpa di duga sama sekali? Tuah ayam nampak di kaki tuah badan tiada siapa pun yang mengetahuinya. Itulah satu keajaiban anugerah dari Allah SWT tanpa di sangka-sangka. Firman Allah SWT yang bermaksud “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikan Nya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3). Yakin pada Allah sudah pasti Allah akan membantu kita dalam bagaimana cara sekalipun mengikut apa yang kita mahukan dan kehendaki. Betapa sayangnya Allah pada kita.


Read more >>

Khamis, 30 Julai 2015

HARGA PENYEBABNYA?




Sememangnya harga memainkan peranan penting untuk mempengaruhi dan mendapatkan keyakinan pembeli dalam menerima tawaran. Cukup syok rasanya jika menjual harga yang ditawarkan adalah lebih rendah dari pesaing yang ada. Janji laku dan boleh jual itu sudah dikira amat baik sama sekali. Biarlah apa orang lain nak kata asalkan boleh jual dengan harga yang rendah tapi bukan komisen dan pendapatan yang rendah di peroleh sama itu memang menyeronokkan.

Terdapat beberapa faktor kenapa harga yang rendah cukup mudah dan senang untuk dijual. Di antara penyebabnya adalah kerana

1.    Mentaliti orang kebanyakan cukup gemar mencari harga yang rendah. Kadang-kadang kualiti terpaksa diabaikan hanya kerana faktor harga memainkan peranan paling penting dan utama membuat keputusan untuk menerima tawaran dan membeli.

2.   Cukup mudah berbicara untuk menjual bilamana produk yang ditawarkan adalah rendah dari pesaing. Seperti satu jalan pintas pula dalam menjual dengan meletakkan terus awal perbualan dengan harga yang rendah bagi menarik minat segera bakal pembeli untuk menerimanya.

3.   Memberi keyakinan dalam menjual bila harga produk begitu rendah dalam pasaran dan pesaing. Hilang rasa gerun, bimbang, risau dan takut bila menjual merasakan pasti laris dan mudah diterima oleh bakal pembeli boleh berlaku dan terjadi.

4.   Jimat masa dan tenaga. Tak perlu panjang berjela menerangkan ciri-ciri dan kelebihan produk. Harga penentu segala-galanya dan kemampuan mudah milik menjadi unsur utama dalam menjual.

5.   Mudah untuk menguasai pasaran dengan segera menarik lebih ramai lagi peminat untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Dengan hanya faktor harga, penaklukan pasaran akan lebih mudah berlaku dan terjadi. Jualan berdasarkan kuantiti penerima tawaran itu lebih diutamakan.

Bila harga rendah memang menjadi tumpuan tapi bila kos semakin meningkat bermakna harga terpaksa dinaikkan pula. Di pasaran memang mampu untuk dikuasai dengan harga tapi berapa lama boleh bertahan? Bagi yang menjual jangan ingat harga yang rendah selama-lamanya boleh bertahan dengan harga yang ditawarkan. Pesaing sudah pasti tidak akan berdiam diri membiarkan harga produk kita sahaja yang menguasai pasaran. Pasti suatu hari nanti giliran mereka pula menguasai pasaran kalau kita asyik terleka dan terus terlena melakukan andaian produk kita masih diterima umum.

Read more >>

Rabu, 29 Julai 2015

ILHAM YANG MENJELMA



Bila selalu memikirkannya atau mahukan sesuatu sudah pasti ilham akan menjelma. Pelbagai idea, pendapat, pandangan atau tatacara untuk melakukannya hadir secara tiba-tiba mengikut apa yang difikirkan. Muhasabah sentiasa agar setiap ilham yang menjelma dan muncul tidak disia-siakan begitu sahaja.

Allah SWT berfirman bermaksud “Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketakwaannya.”(QS Asy-Syams : 7-8). Rasulullah SAW pernah berdoa dengan doanya “Ya Allah ilhamkanlah kepada ku kebenaran dan lindungilah aku dari keburukan jiwa ku.”(Hadis Riwayat Tarmizi).
Pergunakan sebaik mungkin ilham yang hadir dengan cara

1.    Pergunakan sebaik mungkin ilham yang boleh mendatangkan kebaikan untuk diri kita. Ilham yang baik pasti mendatangkan keuntungan dan kelebihan buat kita. Anugerah dari Allah manfaatkan sebaik yang mungkin.

2.   Pertahankan sebaik mungkin jangan disia-siakan. Mungkin hari ini masih belum boleh untuk digunakan tetapi mana kan nak tahu di masa hadapan. Simpan sebaik mungkin agar menjadi rujukan pula di masa hadapan.

3.   Bukan semua ilham itu baik dan mampu menjana kelebihan, keuntungan dan faedah yang berguna buat kita. Mana yang dirasakan tidak perlu hanya perlu abaikan sahaja. Bukan rugi apa pun asalkan kita sering berfikir tidak ada apa pun yang salah membawa kerugian

4.   Cuba jangan meniru idea dan cara orang lain melakukannya melainkan cara mereka lebih berkesan baru boleh kita amalkan bersama. Orang lain boleh berjaya takkan kita nak tercicir ke belakang pula.

5.   Teroka ilham yang diperoleh sedalam-dalamnya agar tidak sama sekali tersilap langkah bila melakukan jualan. Berhati-hati dan berwaspada sentiasa setiap apa yang dilakukan sudah pasti adalah tindakan terbaik dari kita yang melakukannya.

Kreativiti dalam jualan perlu ada demi memastikan kita penjual yang sering mendapat keyakinan dan kepercayaan mereka sering menerima dan membeli apa juga produk yang kita tawarkan. Pastikan setiap ilham yang diperoleh di catat agar sikap kita yang pelupa sering kali mengingatinya dan tidak terlepas hilang begitu sahaja. Hendak melaksanakan setiap perancangan dan strategi yang baru sebaik-baiknya lakukan istikharah dahulu mendapatkan petunjuk dari Allah sama ada perlu dan boleh untuk dilakukan ataupun tidak. Jangan persiakan tapi pergunakan dengan sebaik yang mungkin.
Read more >>