Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 31 Julai 2014

BELUM APA-APA DAH BOSAN




Baru kena tegur dengan ketua... dah bosan

Baru bertemu dengan prospek seorang... dah bosan

Baru buat temu janji tapi dibatalkan... dah bosan

Baru nak berinteraksi terus dapat jawapan tak mahu.... dah bosan

Se beban data leads dah tak reti nak tentukan sasaran... dah bosan

Buka booth tak ada orang langsung singgah.... dah bosan

Asyik kena bangkang asyik kena bantah sahaja.... dah bosan

Ternanti-nanti kursus tapi tak menjelma juga.... dah bosan

Baru baca buku ‘sales’ 3 muka surat..... dah bosan

Nampak sahaja muka ketua tim jualan kita..... dah bosan

Kena telefon dan hubungi lagi prospek yang sama..... dah bosan

Melayan aduan dan karenah pelanggan.... dah bosan

Kena leteran pelanggan.... dah bosan

Asyik bosan sahaja, bila nak berjaya kalau begini? Nak berjaya kena banyakkan bersabar, tabah dan tenang sahaja. Sudah kah kita persiapkan diri kita semuanya ini? Bersiap sedia dengan segala cabaran, dugaan, rintangan dan halangan yang menimpa kerana semua yang berlaku itu adalah satu ujian dan rahmat dari Allah jua. Sentiasa berkeinginan tinggi dan bersemangat waja kerana apa juga yang berlaku dan terjadi sudah pasti akan kita tempuhi dengan penuh kesabaran dengan hati yang terbuka.
Read more >>

Rabu, 30 Julai 2014

BETUL-BETUL LAKUKAN




Menjual juga merupakan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka. Fahami apa masalah sebenar mereka sebelum kita boleh rujuk produk yang bersesuaian dengan apa yang mereka tanggung selama ini sebelum satu solusi boleh ditawarkan. Jangan salah solusi nanti bantuan yang diberikan sepatutnya akan menjadi hilang kepercayaan pula kepada keupayaan sebenar dan niat kita.

Hulurkan sahaja bantuan pada mereka yang tak mahu tak reti dan tak mampu untuk selesaikan masalah mereka. Pastikan perkara berikut perlu ada kekuatan dalam diri kita terlebih dahulu sebelum boleh dan mampu selesaikan masalah mereka iaitu dengan cara

i.             Pengetahuan produk kena betul-betul kita fahami

ii.           Niat kena betul-betul untuk membantu walaupun mencari keuntungan adalah keuntungan utama

iii.          Sasaran bakal pembeli atau pelanggan betul-betul tepat dan menepati bersesuaian dengan produk yang di tawarkan

iv.          Kemukakan soalan-soalan yang betul-betul berkaitan dengan apa yang mereka tanggung selama ini

v.            Berikan penerangan dan penjelasan yang betul-betul di fahami dengan jelas, mudah dan senang untuk diterima oleh mereka

vi.          Masa perundingan betul-betul ada situasi menang-menang. Ketepikan kepentingan kita sendiri dengan mendahulukan keperluan dan kemahuan mereka diselesaikan.

vii.        Tidak ada yang mustahil untuk di lakukan yang betul-betul boleh menghalang apa yang kita lakukan selama ini.

Tawarkan perkhidmatan yang terbaik. Jangan ambil kesempatan dan tawarkan janji produk kita boleh diterima oleh mereka walaupun masalah mereka tidak diselesaikan. Keikhlasan yang betul-betul di lakukan sudah pasti akan dapat banyak membantu karier kita dalam melakukan jualan. Tawarkan yang terbaik dengan penuh hikmah, berhemah dan tulus setiap kali melakukan jualan

Read more >>

Khamis, 17 Julai 2014

BERI FAEDAH KEPADA MEREKA?




Dahlah berpuasa kena lakukan jualan pula. tidak kira di tengah panas atau di timpa hujan semuanya perlu dilalui dengan sabar, tabah dan hati terbuka. Bukan untuk melecehkan atau menakutkan orang untuk melakukan jualan tapi sebenarnya merupakan satu tugasan atau pekerjaan yang mana kalau di lakukan dengan jujur dan ikhlas terdapat banyak ganjaran bukan setakat di dunia sahaja malah di akhirat sama mampu juga untuk di nikmati. Inilah kelebihan yang mampu di peroleh bagi mereka yang menjadikan pekerjaan dan karier bersatu dan berkait rapat dengan ibadah pada diri mereka.

Salah satu cara nya bagaimana kita yang melakukan jualan cukup mudah mendapatkan ganjaran apa yang dimaksudkan. Dilakukan sebegini adalah dengan cara yang berterusan dan konsisten sentiasa memberikan faedah kepada bakal pembeli ataupun pelanggan. Faedah yang di maksudkan ini bukan bermakna memberi keuntungan atau lebihan wang ringgit macam yang bank-bank berikan. Apa yang di maksudkan di sini adalah apa kah perkara yang perlu untuk kita melakukannya supaya bakal pembeli atau pelanggan mampu mendapat dan peroleh manfaat, kelebihan dan keuntungan hasil dari produk yang kita tawarkan kepada mereka.

Setelah wang ringgit dicurahkan untuk membeli dan menerima tawaran yang ditawarkan sudah pasti mereka berkehendakkan apa faedahnya lagi bagi mereka menerima tawaran yang di kemukakan. Tiada siapa yang mahukan rugi atau mudah diri mereka terjual begitu sahaja. Mesti mereka akan fikirkan apa lagi manfaat atau kelebihan yang mampu mereka jana hasil dari penerimaan tersebut. Semua orang nak kan yang lebih dan mungkin juga nak kan yang banyak melebihi dari sangkaan kita. Tapi ini lah realitinya yang perlu untuk kita fahami dan ketahui apa tindakan sewajarnya perlu untuk kita lakukan.

Berikan segala faedah yang baik untuk mereka semaksimum yang termampu. Bukan untuk menggadai maruah tapi dalam erti kata yang lain apa yang mampu untuk kita lakukan supaya bakal pembeli atau pelanggan tersebut merasa cukup seronok, percaya dan yakin dengan apa yang kita tawarkan. Ada sesuatu tindakan yang perlu kita ambil perhatian agar bukan sahaja produk yang perlu untuk di jual atau ditawarkan tetapi juga tahap perkhidmatan kita yang pasti sudah cukup mampu untuk memikat diri mereka. 

Saranan bagi mengetahui akan pengetahuan produk sememangnya amat di perlukan di samping mengetahui juga segala prosedur dan tata cara menjual yang telah di gariskan perlu untuk di ketahui. Jangan nanti apa yang kita lakukan nanti berlawanan dengan apa yang telah di tetapkan oleh pengeluar produk se olah-olah produk yang di tawarkan ini adalah produk kepunyaan kita pula. Seolah-olah produk tersebut adalah hak milik kita suka hati mengatakan boleh atau tidak boleh sahaja asalkan boleh di jual di kira sudah memadai.

Berikan yang terbaik, hulurkan segala manfaat dan kelebihan yang ada dari kita untuk mereka yang sanggup menerima tawaran yang di kemukakan. Lagi bayak faedah yang mampu mereka peroleh dari apa yang kita tawarkan lagi baik untuk kita dalam melakukan jualan. Sesiapapun akan lebih terpikat dan mudah tergoda andai kata produk yang mereka tawarkan sudah tentu memberikan pulangan yang baik dan banyak untuk mereka pergunakan. Lagi banyak faedah lagi banyak yang boleh mereka manfaatkan. 

Read more >>

Rabu, 9 Julai 2014

PUASA ATAU PUAS SAHAJA....




Puasa tu penting sangat-sangat dalam bulan Ramadhan untuk kita lakukan kerana jatuh hukum wajib pada setiap individu Muslim kena tunaikan. Inilah tuntutan Agama yang perlu kita buat dan  melaksanakannya sama ada suka atau pun tidak. Berkemampuan atau pun tidak semuanya mesti dilakukan. Puasa ini bukannya mengira pangkat, darjat dan keturunan dalam kita melakukannya. Selagi kita Islam dan baligh sudah semestinya kita amat di tuntut melakukannya tidak kita seorang yang kaya, miskin, berjawatan tinggi, buruh kasar dan apa lah juga jenis pekerjaan yang kita lakukan sudah pasti kita akan bertugas dan lakukan dengan baik dan sempurna mengikut apa yang telah syariat tetapkan.

Adakah kita menemui kepuasan dalam melakukan tugasan jualan ketika berpuasa? Semuanya bergantung kepada tindakan kita dalam melakukannya. Selagi kita ikhlas dan mahukan yang terbaik sahaja sudah pasti kepuasan kita tidak akan ke mana. Terlalu banyak mengharapkan ganjaran dunia, itu yang boleh kita peroleh. Puas hanya seketika kerana kita sibuk memikirkan kejayaan dunia melebihi ganjaran Allah. Seolah-olah berpuasa hanyalah satu perhiasan diri mengikut trend semasa yang mahukan kita berpuasa.

Selagi ibadah merupakan trend dan ikutan apa orang lain lakukan selagi itu kepuasan kita melakukan tugasan hanya puas setakat itu sahaja. Tiada yang lebih tiada yang hebat pada pandangan dan penglihatan Allah. Alangkah ruginya kerana setiap perbuatan yang kita lakukan kalau kena pada gaya dan tempatnya sudah pasti apa yang kita berikan itu semuanya boleh di kira sebagai satu ibadah juga kepada Allah. Kerja yang sama beza hanya niat sahaja yang membolehkan kita mendapat ganjaran atau tidak ketika kita berada di dunia ini. 

Sabda Rasulullah ‘Barang siapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia’ (Hadis Riwayat Ad Dailami).

Elakkan kita rugi dunia rugi juga di akhirat. Untung di dunia tapi rugi di akhirat juga masih tidak mahu kita amalkan sama sekali. Biarlah kedua-duanya kita peroleh untungnya sama. Sambil beribadah melakukan puasa turut sama melakukan ibadah lain semasa menjual. Ikhlas, jujur, berhemah, bersopan, bersedia menghulur bantuan, mencari penyelesaian masalah melalui produk yang di tawarkan dan bertawakal kepada Allah inilah yang perlu kita terapkan. Kalau bukan kita yang melakukannya siapa lagi? Lakukan amal puasa kita yang cukup berkualiti dan bukan setakat puas demi mementingkan kepentingan diri sendiri dan hawa nafsu.




Read more >>