Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 27 Januari 2014

PELUANG TERTAHAN




Presentasi dan persembahan yang menarik pasti akan mudah memikat hati dan perasaan bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita. Segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan pasti dirasakan amat berbaloi andai kata dari riak muka mereka jelas terpancar betapa tidak sabarnya mereka untuk menerima tawaran yang di kemukakan. Pasti semakin bersemangat lagi untuk kita melakukan jualan lagi dan lagi.

Walau bagaimanapun jangan terlalu yakin dengan apa yang kita nampak dan kita lihat. Selagi mereka tidak melafazkan dengan jelas bahawa mereka bersetuju untuk menerima tawaran yang dikemukakan sudah pasti apa yang kita lakukan dalam jualan tidak ada apa-apa lagi hasil yang boleh di peroleh. Semuanya satu peluang yang mungkin akan tertahan begitu sahaja tanpa kita sedari dan maklumi. Peluang sudah di depan mata namun cukup liat untuk mendapatkan penutupan jualan. Amatlah melecehkan dan terasa betapa dukacitanya hati kecil kita.
Mungkin perkara-perkara sebegini perlu di lihat balik agar peluang tertahan tidak berlaku di masa hadapan. Antara yang perlu untuk diketahui agar tiada satu pun yang boleh menahannya adalah

i.             Nilai yang diberikan tidak menarik
Nilai tambah sememangnya diperlukan bagi menunjukkan produk kita adalah seperti produk syampu 3 in 1 ataupun seperti kopi segera 5 dalam 1. Di samping menceritakan tentang apa segala kelebihan dan keuntungan yang bakal di peroleh, kena maklumkan juga apa nilai-nilai lain yang boleh juga mereka mampu untuk peroleh sama.

ii.           Tidak mengikut proses jualan
Jangan terlalu ghairah sehingga melupakan tindakan seterusnya satu per satu. Umpama selesai sahaja kita melakukan presentasi terus menerus kita tanyakan setuju untuk menerima ataupun tidak. Padahal sepatutnya proses perundingan pula yang harus dilakukan. Semua tindakan dalam jualan ada proses yang perlu diikuti dan dipatuhi. Elakkan dari suka melakukan secara ‘SHORT CUT’ membabi buta.

iii.          Mereka yang mengawal jualan
Kita yang melakukan penawaran dan bukannya mereka. Kita yang sepatutnya mengawal keadaan ketika menjual. Tapi kalau mereka yang mengawalnya alamatnya sampai bila pun pasti tidak terjual akhirnya. Latih diri agar kita mampu mengawal keadaan walaupun betapa kuatnya bangkangan dan bantahan boleh berlaku sekali pun.

iv.          Komitmen mereka tidak di minta
Jangan tutupkan jualan yang kita lakukan andai kata komitmen mereka tidak kita peroleh. Komitmen yang dimaksudkan mungkin perlu memberikan persetujuan awal seperti membayar deposit, menurunkan tandatangan setuju pada borang yang disediakan ataupun memberikan no talian telefon untuk dihubungi semula. Semuanya ini perlu dilakukan andai kata penutupan jualan masih gagal lagi kita peroleh.

v.            Jualan yang berterusan tidak dilakukan
Jangan kita abaikan sama sekali lakukan jualan berterusan pada pelanggan yang sama. Sekali kita berjaya lakukan pada seseorang bukan bermakna hanya setakat itu sahaja. Sediakan ruang dan peluang untuk kita tawarkan lagi mengikut produk-produk yang bersesuaian dengan diri mereka. Kalau kita tidak melakukannya siapa lagi yang akan melakukannya.

Satu pengajaran dan iktibar yang boleh kita awasi sentiasa yang di masa hadapan tidak akan berlaku sama sekali. Berikan yang terbaik mengikut cita rasa mereka dan elakkan sama sekali mengikut cita rasa kita pula. Kita yang berkehendakkan mereka bukan mereka yang mencari kita. Tawarkan produk yang bersesuaian dan sepatutnya agar mereka tahu produk kita juga adalah terhebat di pasaran.


Read more >>

Ahad, 26 Januari 2014

TARIK MINAT DAN KECENDERUNGAN MEREKA







Tidak dinafikan manusia sangat berhajat kepada sesuatu. Manusia pasti akan berusaha untuk mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Biar susah ataupun sukar sudah pasti akan cuba seseorang itu untuk memuaskan hatinya sama sekali mendapatkan apa yang dihajatinya. Bukan satu perkara yang mustahil tapi tidak mustahil apa yang diidamkan akan diperoleh. Tidak kira senang ataupun susah kalau itu yang dimahukan sudah pasti akan diperolehnya juga pada akhirnya.

Inilah tugasan orang seperti kita dalam melakukan jualan. Cipta jualan agar hajat manusia terarah boleh pergi dan menuju atas apa yang kita tawarkan. Jangan ingat apa yang kita tawarkan 100% mudah diterima seseorang. Tapi yang penting bagaimana kita promosikan dan war-war kepada mereka itu keutamaan kita. Dalam memastikan agar jualan kita boleh dan mampu menarik minat seseorang dan mempengaruhi mereka dengan sebaik yang mungkin kena lakukan perkara-perkara seperti berikut

i.             Lakukan penyelidikan terlebih dahulu apa yang mereka mahukan dari kita sebelum boleh kita tawarkan. Mereka berhajat pada satu-satu produk tapi apa ciri-ciri dan kelebihan yang ada perlu diketahui terlebih dahulu. Bila kita telah ketahuinya maka mudah buat kita melakukan sasaran yang sepatutnya pula bakal pembeli atau pelanggan yang bagaimana coraknya.

ii.           Segala kelebihan dan kehebatan produk perlu dipromosikan dan di war-war kan dengan sebaik yang mungkin. Edaran risalah, paparan kain rentang dan poster-poster yang menarik perhatian perlu dilakukan dan di pamer kan. Segala kekuatan produk yang ditawarkan boleh diketahui terlebih dahulu oleh sesiapa juga yang melihat dan menyedarinya.

iii.          Beri hujah yang berhemah dan berfakta semasa melakukan presentasi dan sesi penerangan yang benar-benar memberikan kefahaman yang mendalam kepada mereka. Tarik minat dan perhatian mereka secara berhemah dan bersopan agar kelembutan kita memberikan penerangan akan lebih mudah membuka hati dan perasaan mereka. Logik akal kena ada bukan logik pada akal kita seorang sahaja.

iv.          Jangan terlepas tindakan sentiasa bermohon pada Allah akan bantuan dan pertolongan Nya. Bukan setakat memudah tugasan kita dalam melakukan jualan tetapi juga bakal pembeli atau pelanggan terbuka hati mudah menerima apa juga yang kita tawarkan kepada dirinya. 

Lakukan dengan baik berserta dengan tindakan yang disenangi oleh semua orang. Kita telah ketahui mereka semua berhajat akan sesuatu dan inilah masa terbaik kita bagi mendapatkannya. Tiada yang susah dan sukar untuk kita melakukannya melainkan perancangan yang betul dan tepat sahaja yang boleh melorongkan segala tindakan kita berlaku dengan betul seperti yang di rancang kan.


Read more >>

Sabtu, 25 Januari 2014

AURAT OH AURAT




Hebat diperkatakan berita berkenaan dengan seorang guru berbangsa Cina yang telah memeluk Agama Islam tapi telah di paksa untuk membuka tudungnya jika beliau masih berminat untuk mengajar di sebuah sekolah Cina di selatan tanah air. Inilah satu fenomena yang menakutkan bagi seorang Muslimah yang ingin menjaga peradaban auratnya di sisi Allah tapi malangnya dek kerana kerakusan manusia sanggup mengenepikan dan tidak menghormati Agama Islam sama sekali memberikan arahan agar penggunaan bertudung tidak dilakukan.

Inilah realiti yang berlaku. Masih wujud lagi tentangan sebilangan orang yang tidak mahu melihat wanita Muslimah bertudung. Itu baru berita tentang seorang guru. Bagaimana agaknya dengan mereka yang melakukan jualan? Tidak dinafikan mendedahkan aurat dan mungkin juga mengetatkan pakaian mengikut tubuh badan pasti akan lebih memudahkan lagi menarik perhatian bakal pembeli atau pelanggan. Adakah dengan cara begini benar-benar mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi kepada si penjual tersebut? 

Firman Allah yang bermaksud ‘Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka’. (Surah an-Nur Ayat 31).

Jangan sampai tergadai maruah hanya disebabkan nak melariskan barangan atau produk kita sanggup mendedahkan aurat kita kepada bakal pembeli atau pelanggan. Tetapkan pendirian kita kerana mereka membeli atau menerima tawaran yang dikemukakan kepada kita bukannya kerana terlebih pendedahan aurat yang dilakukan. Bagaimana keberkatan dan keredaan Allah boleh diterima andai kata aurat semasa kita melakukan jualan tidak dijaga dengan sepenuhnya. Tutuplah aurat sebaik-baiknya kerana penampilan diri yang terbaik melambangkan ‘FIRST IMPRESSION’ di hadapan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui.


Read more >>

Jumaat, 24 Januari 2014

KESERONOKKAN NIKMAT YANG DI PEROLEH




Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, apa yang di maksudkan dengan Nikmat adalah 

i.             anugerah Allah, kurnia
ii.           enak sekali, sedap sekali, lazat
iii.          keenakan, kelazatan, kesedapan
iv.          menikmati mengalami, merasai: 

Mensyukuri segala nikmat yang telah Allah anugerahkan amat-amat diperlukan. Sebagai manusia yang dijadikan Allah tidak kira apa juga Allah berikan kepada kita pada keseronokan dan kegembiraan dalam menerimanya perlu ada setiap masa. Bukan mengeluh atau mengadu yang nikmat diberikan sentiasa tidak mencukupi dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Firman Allah bermaksud ‘Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’ (Surah An-Nahl Ayat 18).

Kerana itu kita amat di tuntut sentiasa bersyukur dengan apa juga nikmat yang kita peroleh. Jangan diabaikan dan pastikan agar sentiasa kita mengenang akan nikmat yang telah Allah berikan dengan percuma ini. Agar sentiasa ada perasaan syukur dan seronok mendapat nikmat ini kita di saran untuk sentiasa memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah dengan cara

i.             Merenung (bukan membayangkan).

ii.           Lihatlah yang memberi nikmat, bukan besar kecilnya nikmat. Jika kita mendapatkan nikmat dari Allah, jangan lihat besar kecilnya nikmat, tapi lihatlah yang memberi nikmat yang di peroleh

iii.          Sentiasa melihat orang yang berada di bawah kita  (kaitannya dengan nikmat)

iv.          Ingatlah keutamaan syukur. Orang beriman yakin, jikalau bersyukur kepada Allah, maka akan dianugerahkan keutamaan.

v.            Sedari dan fahamilah bahawa yang mampu memberikan hidayah untuk bersyukur hanyalah dari Allah semata-mata.

Beringatlah pada Allah terutamanya ketika kita melakukan jualan. Tanpa nikmat Allah sudah pasti sukar buat kita melakukan jualan. Jangan mudah mendabik dada merasakan kita melakukan jualan adalah 100% usaha dari kita. Tanpa nikmat, bantuan dan pertolongan Allah sudah pasti kita tidak ke mana. Semuanya mengharapkan Allah.  Firman Allah bermaksud ‘Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur’ (Surah Al-Mulk Ayat 23).


Bagi menjamin kelangsungan sentiasa mensyukuri nikmat Allah, harus dilakukan dengan mensyukuri betapa besar kasih sayang Allah terhadap kita. Tidak kiralah sama ada hal-hal yang kecil ataupun yang besar yang mungkin luput dari pandangan kita sebagai manusia dapat diingatkan untuk selalu disyukuri. Firman Allah bermaksud ‘adapun nikmat Tuhan mu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahir kan) sebagai bersyukur kepada Nya’ (Surah Dhuha Ayat 11). Bentuk atau wujud rasa syukur itu dapat dilakukan antara lain dengan beberapa cara antaranya adalah 

1.    Bersyukur dengan hati dan perasaan 

2.   Bersyukur dengan lisan

3.   Bersyukur dengan perbuatan

4.   Bersyukur dengan harta benda

Firman Allah bermaksud ‘Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat Ku kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras’ (Surah Ibrahim Ayat 7). Mensyukuri nikmat perlu ada. Bila mensyukuri nikmat yang diperoleh sudah pasti keseronokan dalam kehidupan akan menjelma. Bila kehidupan merasa gembira dan tenang sudah pasti jualan yang dilakukan akan menimbulkan minat untuk lebih berusaha dan gigih mencapai apa yang dimahukan.



Read more >>