Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 28 Disember 2013

KENALI AHLI SIHIR




Selagi ia nya buatan manusia selagi itu Allah akan beri kita peluang untuk menghidu dan mengesan dari awal lagi sebelum parah pula yang mendatang. Kuatkan keyakinan bertawakal kepada Allah agar kita sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang khurafat jauh dari apa yang kita sangka kan. Menurut Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam yang terkenal di Malaysia ini berikut adalah cara-cara untuk mengenali tukar sihir

i.             Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya

ii.           Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Ada kalanya melumurkan darahnya ke bahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi.

iii.          Memberi azimat-azimat tertentu

iv.          Membaca jampi serapah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami

v.            Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor

vi.          Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama Kristian

vii.        Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masuki sinar mantari

viii.       Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah

ix.         Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya

x.           Dia membaca sesuatu yang tidak difahami

xi.         Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan

xii.        Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar berwarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.


Jangan mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan syaitan. Tiada gunanya kalau kita turutkan apa yang syaitan mahukan. Kepuasan yang diperoleh hanya seketika dan bukannya kekal selama-lamanya. Bagi yang telah melakukannya bertaubatlah segera manakala  yang baru bercadang untuk melakukannya eloklah ditinggalkan sahaja niat tersebut. Tidak pergi ke mana pun. Carilah kepuasan yang kekal abadi di jalan Allah itu yang sepatutnya. Jangan ambil jalan mudah tapi berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan gigih. Jangan hiraukan apa yang orang lain perkatakan tapi lakukan tanpa ada nya rasa putus asa dan kecewa. Selagi hayat di kandung badan selagi itulah kejayaan perlu dicari sampai bila-bila.
Read more >>

Jumaat, 27 Disember 2013

PERLUKAH BANTUAN BOMOH ATAU PAWANG




Tidak dinafikan bahawa berada dalam ketewasan atau tidak tahan dengan melihat kejayaan orang lain mulalah mencari jalan bagaimana untuk memperbaiki dan mengatasinya. Bagi yang berusaha dengan lebih melipatkan lagi usaha yang ada amat dialu-alukan. Masalahnya adalah apabila menggunakan perkara lain di luar dari apa yang manusia lakukan. Tanpa berfikir panjang dan pendek akal maka mulalah episod dengan menggunakan khidmat bomoh atau pawang. Seolah-olah mereka adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. 

Biarlah orang lain jatuh dari kejayaannya. Tidak kiralah di sihirkan atau di santau kan kepada mereka yang berjaya asalkan mereka jatuh berdentum dan merudum. Kalau boleh biar mereka keluar terus dari bidang yang mereka ceburi ini. Biar jangan nampak muka mahupun bayang mereka lagi buat selama-lamanya. Sememangnya orang kita sungguh kuat dengan hasad dengki, iri hati dan ketidakpuasan hati tidak mahu melihat kejayaan pada orang lain. Kalau boleh biarlah dirinya sahaja yang berjaya dibandingkan dengan yang lain. Biasa terjadi dan berlaku pada mereka yang menceburi bidang perniagaan dan jualan.

Tidakkah kita terfikir akan logik akal. Kenapa memilih manusia untuk meminta bantuan yang sepatutnya kita lakukan hanya memilih Allah sebagai tempat kita bergantung 100% sepenuhnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati perbuatan tersebut seolah-olah kita telah mengetepikan Allah dan dikhuatiri nanti boleh berlaku syirik pula kepada Allah. Aisyah berkata, beliau mendengar Rasulullah bersabda ‘ Malaikat turun ke awan dan menyebut keputusan yang dibuat di langit. Syaitan mencuri dengar dan memberitahu kepada bomoh. Bomoh itu pun menipu dengan menokok tambah sendiri pula dengan 100 dusta’ (Hadis Riwayat Bukhari). Kena ingat sama akan dosa pahala. Kita di dunia ini hidup sementara sahaja dibandingkan dengan hidup di akhirat nanti. Rasulullah sendiri telah memaklumkan bahawa pergantungan kita kepada bomoh atau pawang hanyalah satu sumber yang menipu sahaja. Kalau berlaku pun mungkin secara kebetulan sahaja sebagai satu ujian Allah pada orang yang menghendaki dan pada orang yang terkena pula.

Aisyah berkata ‘Ada orang bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan bomoh’ Baginda menjawab ‘Mereka tidak mampu buat apa-apa pun’ Sahabat baginda berkata ‘Wahai utusan Allah, tetapi kadang-kadang mereka beritahu sesuatu kepada kami dan ia benar-benar berlaku’ Rasulullah bersabda ‘ Itulah perkataan benar yang dicuri oleh jin, dibisikkannya pada telinga bomoh itu, dan mereka menokok tambah dengan 100 dusta’ (Riwayat Bikhari dan Muslim).

Demi memuaskan hawa nafsu dan kepentingan diri kita sendiri dengan sanggup melihat orang yang berjaya kita jatuhkan dengan sewenang-wenangnya. Habis segala waktu kita pergunakan dengan bertemu dan bersua dengan pawang dan bomoh asalkan hati dan perasaan kita merasa cukup puas dengan apa yang kita dengki kan. Biar dia merana biar dia sengsara asalkan kita merasa puas itu sudah cukup dengan apa yang kita lakukan. Berapa lama kepuasan itu akan menjelma? Adakah kita akan puas di dunia dan akhirat nanti? Memadai kah tindakan kita? Selagi kita hamba Allah beringatlah sentiasa yang Allah itu Maha Berkuasa Maha Adil dan Maha Mengetahui. Kembalilah semula ke pangkal jalan agar kita mampu untuk hidup bukan setakat di dunia sahaja tetapi di akhirat sama dengan rasa tenang, bahagia dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah hendaknya.
Read more >>

Khamis, 26 Disember 2013

HINDARI HASAD DAN IRI HATI - Part 2




Kenapa masih perlu  berhasad dengki dan iri hati atas kejayaan orang lain? Jika virus yang dinyatakan ini masih menebal berubah demi kebaikan diri kita juga kerana umur kita masih panjang lagi kerana akan hidup di dunia yang satu lagi. Perlu kah kita menjadi penghuni di neraka nanti gara-gara terlalu ekstrem dengan virus iri hati dan berhasad dengki ini?

Lakukan perubahan segera. Jangan di tangguh lagi. Buat baik biar berpada buat jahat jangan sekali. Terdapat tiga tindakan bijak yang perlu kita lakukan apabila masih wujud lagi virus hasad dengki dan rasa iri hati yang kuat berada di dalam diri kita  iaitu

        Pertama
Pelajari bagaimana mereka lakukan. Dalami lagi ilmu tentang kejayaan mereka. Jadikan mereka seperti idola kita agar kita mampu juga berjaya seperti mereka. Pengalaman dan pengetahuan mereka menempa kejayaan perlu untuk kita ketahui lebih mendalam agar kita juga mampu melakukannya seperti mereka.

Kedua
Kita menginginkan nikmat seperti yang mereka peroleh. Bersangka baik dengan kita pastikan nikmat yang mereka peroleh selama ini tidak hilang dari mereka. Sifat ini adalah terpuji (mahmudah) dan sentiasa doakan kejayaan orang lain sama. Hindari dari sikap tamak dan pentingkan kejayaan untuk diri kita sendiri sahaja. Kalau orang lain boleh mendapatkan kejayaan kenapa tidak kepada kita dengan cara yang baik tanpa perlu melihat orang lain menanggung kekecewaan.

Ketiga
Adanya sikap persaingan dan kompetitif (Munaafasah). Kita berusaha keras dan gigih untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh mereka yang berjaya melakukannya. Hanya sikap ini yang mampu dilakukan dalam batas-batas kemampuan manusia. Kerana itu persaingan ini amat digalakkan dalam agama. Bersaing untuk berlumba-lumba melakukan jualan bagi mendapatkan kejayaan secara ikhlas dan telus. Memastikan semua orang boleh menikmati segala punca rezeki tanpa adanya hasad dan iri hati.

Melakukan jualan biarlah kita mampu peroleh keuntungan dan ganjaran bukan sahaja setakat di dunia tetapi juga di akhirat sama. Bak kata pepatah berat sama di pikul ringan sama di junjung. Inilah semangat yang perlu kita lakukan dan tanamkan dalam hati dan sanubari kita sehari-hari. Nak berdengki sekalipun biarlah berdengki bagaimana kita juga mampu untuk berjaya seperti mereka dan tidak sama sekalipun mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkannya. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik apa kaedah dan caranya agar bukan setakat kita mampu dan boleh berjaya di dunia tetapi juga di akhirat sama. Niat hati yang ikhlas dan telus sudah pasti Allah akan per mudahkan lagi apa yang kita mahukan.


Read more >>

Rabu, 25 Disember 2013

HINDARI HASAD DAN IRI HATI - Part 1



Terlalu ramai ketika ini orang-orang yang melakukan jualan terlalu kuat menyimpan rasa iri hati dan berhasad dengki terhadap rakan setugas, pesaing dan mereka yang terlibat dengan perniagaan yang berjaya dilakukan. Amat menyedihkan jika mereka melayan dan mengikut hasad dengki tersebut sehingga sanggup mendoakan kepada Allah yang bukan-bukan, biar orang lain jatuh merudum atau melakukan sihir ke atas mereka. Inilah satu perkara yang menakutkan boleh berlaku dalam jualan. Ramai yang mungkin terlupa akan kekuasaan Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud ‘Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu’ (Surah An-Nisa Ayat 32).

Tidak dinafikan hasad merupakan satu virus yang sangat membahayakan hati tanpa kita sedari pun. Tatkala hasad telah merasuk dalam hati dibiarkan sahaja tanpa sebarang pengubatan dan pencegahan sudah pasti boleh merosakkan dan mematikan hati tersebut. Paling hebat virus hasad ini ternyata mampu menjangkiti sesiapapun juga tanpa mengira kedudukan, taraf hidup, jawatan dan umur. Terbukti hasad dalam keadaan sejarah manusia tidak akan berlaku yang lebih baik menjadi terlalu hasad kepada orang yang di bawahnya. Apa yang di perkatakan adalah orang kaya hasad kepada orang miskin, orang pintar hasad kepada orang bodoh, mereka yang rupawan hasad kepada orang yang hodoh, orang yang berjaya dalam karier hasad kepada mereka yang gagal dan sebagainya lagi.

Kerana hasad dan iri hati Iblis tersingkir dari neraka hanya disebabkan Nabi Adam tercipta. Ini telah dimaklumkan oleh Allah seperti mana dalam firman Nya yang bermaksud ‘Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk Dalam golongan Yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekat mu daripada sujud ketika Aku perintah mu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah.’ (Surah Al Araf Ayat 11-12). Terbukti hasad dengki dan iri hati yang berlaku ini telah di ajar dan dilakukan dahulu oleh Iblis kepada manusia. Sanggup kah kita sebagai seorang mukmin yang taat kepada perintah Allah menjadikan diri kita seperti Iblis? Tepuk dada tanyalah iman.
Ternyata hasad yang dinyatakan amat bahaya kalau ada dalam diri kita. Ketahui apa penyebab hasad ini boleh berlaku dan terjadi. Antara penyebab-penyebabnya adalah hanya disebabkan

i.             Permusuhan tidak berpuas hati dengan apa yang orang lain nikmati dan terima

ii.           Sikap sombong lupa diri merasakan kitalah yang lebih hebat

iii.          Mudah rasa benci dan meluat jika terdapat orang lain boleh mengatasinya

iv.          Mudah merasa tamak dan lokek dengan apa yang diperoleh

v.            Jiwa tidak tenteram busuk hati atas kejayaan dan kehebatan orang lain

vi.          Menjadi seorang yang gila pangkat, kuasa dan jawatan yang mudah merasakan hanya diri dia sahaja yang layak dan bukannya orang lain

Dari Nabi SAW, sabdanya ‘Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturahim, dan janganlah kamu saling berdengki (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Inilah yang sepatutnya kita lakukan sebagaimana yang Rasulullah perkatakan. Jangan mudah mengikut apa yang terlintas atau berada dalam hati kita. Sesungguhnya bisikan dan tarikan Iblis sangat hebat tanpa kita sedari pun.

Banyakkan berfikir sebelum melakukan sesuatu terutama yang melibatkan orang lain. Sama-sama menjual dan mencari sesuap nasi bagi kehidupan masing-masing. Apa salahnya kita berkongsi sama. Buang perasaan inginkan ketamakan dan mementingkan diri sendiri. Bila menuai biarlah berpada. Fikirkan orang lain sama. Belajar berkongsi sama hidup bermasyarakat. Membantu bukan setakat pada bakal pembeli atau pelanggan sahaja tetapi semua orang walaupun pada pesaing. Yakin dan percaya pada janji Allah kerana sekali kita melakukan kebaikan sudah pasti Allah juga akan membantu sama kepada kita.


Read more >>