Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 10 Ogos 2012

YANG PADA ASALNYA TIDAK MAHU


 “Jangan merasa bersalah untuk memujuk orang bagi membeli barangan atau perkhidmatan yang mereka tidak tahu mereka perlukan, sentiasa tawarkan produk yang cukup berguna kepada mereka atau berikan mereka kegembiraan dan perkhidmatan yang akan mereka pergunakan kelak’ – Victor Dunstan (Penulis Buku How to Earn Big Money Selling)

Begitulah dalam jualan, penawaran produk kepada prospek/pelanggan perlu dilakukan bukan sahaja memberikan persembangan,penerangan dan presentasi yang terbaik tetapi juga dalam proses perundingan pujukan juga kadang-kadang perlu juga di lakukan bagi mempengaruhi seseorang dalam melakukan keputusan sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Ada juga prospek/pelanggan yang kita temui mungkin merasakan secara luarannya terlebih dahulu mereka tidak berminat untuk mengambil tahu akan apa yang ingin kita tawarkan. Tetapi oleh kerana penerangan dan presentasi kita yang amat baik memberikan kefahaman yang jelas dan di fahami akan turut mempengaruhi seseorang untuk berminat juga menerimanya juga.

Itulah kebolehan yang perlu ada pada kita. Berikan penerangan dan presentasi yang sewajarnya. Daripada permulaannya tidak berminat boleh bertukar kepada berminat untuk menerima tawaran yang di tawarkan. Walaupun kita ketahui sebenarnya pelanggan tersebut sebenarnya sememangnya tidak memerlukan produk yang ditawarkan pada mulanya.tetapi kerana pujukan kita secara penerangan yang betul dan mudah difahami prospek/pelanggan tersebut terus bersetuju untuk menerimanya pula. Bukan sesuatu yang mustahil tapi boleh menjadi satu kenyataan pula.

Inilah buktinya jika seseorang yang melakukan jualan boleh menukarkan seseorang pelanggan tersebut dari tidak bersetuju akhirnya akan bersetuju pula untuk menerimanya pula. Pastikan untuk melakukan perkara yang sebegini kekuatan diri perlu ada segi

i.                     Pengetahuan produk yang baik dan mendalam terutamanya tentang manfaat dan kelebihan kepada prospek/pelanggan

ii.                   Kemahiran skil jualan yang sentiasa diperbaiki dari masa kesemasa berdasarkan kepada pengalaman, pembelajaran dan pengetahuan yang di alami, pembacaan dan rakan-rakan yang sama bidangnya dengan kita

iii.                  Presentasi dan penerangan yang jelas, mudah difahami dan padat

iv.                 Benar-benar untuk mebantu dan menolong serta berikan satu solusi yang terbaik penyelesaian kepada masalah yang di hadapi oleh prospek/pelanggan

v.                   Ambil berat dengan kemukakan soalan-soalan yang berkualiti memahami apa yang sebenarnya tersirat dalam hatinya untuk kita berikan satu solusi bersesuaian dengan produk yang di tawarkan

vi.                 Jujur dan berkata benar. Tidak sama sekali mengambil kesempatan di atas kelemahan dirinya.

Begitulah umpamanya jika kita pergi membeli di hypermarket seperti TESCO atau GIANT, mungkin pada mulanya bukan dalam perancangan asal kita untuk membelinya tetapi oleh kerana tarikan harga atau barangan tersebut telah menarik perhatian kita, tanpa kita sedari telah mendatangkan minat kita pula untuk membeli dan menerima barangan yang di tawarkan pula. Mungkin bukan kerana nafsu beli tapi memikirkan bahawa mungkin pada satu hari nanti kita pasti akan menggunakannya juga.

Jadi jangan rasa bersalah atau merasa susah hati kalau kita dapat pengaruhi dan berikan pujukan yang sewajarnya kepada prospek/pelanggan yang kita temui. Teruskan usaha secara stabil dan konsisten lakukan jualan. Dalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan tugasan yang dilakukan agar kita sentiasa tahu perkembangan semasa dan boleh menghadapi apa juga cabaran, rintangan dan dugaan yang diterima. Yakin diri berserah sahaja kepada Allah, insyaAllah tugasan yang di lakukan secara jujur dan betul sudah pasti Allah SWT akan sentiasa membantu diri kita yang sentiasa berkehendakkan penutuan berlaku dengan mudah dan senang dengan hasil sebanyak yang mungkin.



Read more >>

Khamis, 9 Ogos 2012

PEMBURU MESTI CEKAP MENCARI PELUANG


Jadilah seorang pemburu yang dahagakan mangsanya. Tidak mengenal putus asa apatah lagi sentiasa tahu mencari di mana sasaran prospek/pelanggan yang perlu ditemuinya. Tiada sasaran macam mana nak jadi pemburu. Nak memburu tapi buat-buat main sahaja. Kena ada perancangan terlebih dahulu agar apabila tamat sahaja berburu mangsa yang dicari sudah berada di dalam genggaman. Itulah kejayaan yang diharapkan agar kekecewaan tidak langsung dapat bertakhta di hati dan sanubari.

Bagi memastikan pemburuan kita berjaya dilaksanakan bagai seorang pemburu yang dahagakan mangsanya perkara-perkara berikut perlu dilakukan iaitu

i.                    Ambil masa lakukan saringan yang sepatutnya

Seorang pemburu yang baik dan kreatif akan sanggup memperuntukkan sedikit masanya mengenal pasti sasaran yang sewajarnya untuk menemui prospek/pelanggan. Saringan demi saringan perlu dilakukan di samping membuka peluang yang baru pula. Ciptakan sebaik mungkin senarai yang dikehendaki semua sasaran yang telah dikenal pasti supaya lebih mudah pertemuan dapat di aturkan. Hilangkan ketakutan dan rasa malu tetapi terapkan rasa keyakinan diri. Hubungi seramai yang mungkin perkenalkan diri dalam senarai sasaran yang ditemui agar temu janji boleh ditetapkan.

ii.                  Dapatkan komitmen

Pastikan komitmen diperoleh. Komitmen itu penting dan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Komitmen kita untuk bertemu. Komitmen prospek/pelanggan sanggup peruntukkan masa mereka untuk bertemu dengan kita pada waktu yang bersesuaian dan dipersetujui bersama. Ini yang penting. Nak dapatkan temu janji pun sukar inikan pula nak lakukan jualan. Yang penting tanyakan dahulu dan dapatkan secepat yang mungkin temu janji yang diperlukan. Cuma perlu berhati-hati, jangan tergesa-gesa apatah lagi menekan prospek tersebut.

iii.                Dapatkan penutupan

Bukan tugas yang mustahil untuk dilakukan tapi perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Berikan persembahan dan penerangan yang baik dan memuaskan hati prospek yang ditemui. Banyakkan bertanya soalan agar dapat kita ketahui apa yang prospek tersebut mahukan dan perlukan dari kehadiran kita. Telah kita kesan dan ketahui jangan tunggu lagi. Tanyakan secara berhemah dan bersopan tentang persetujuan prospek tersebut menerima tawaran kita. Seorang pemburu kena berani dan tidak sama sekali mudah terkulai mengikut arus yang ditentukan oleh prospek tersebut. Berdiri teguh tunjukkan keyakinan yang ada.

Tidak kira di mana tempat dan lokasinya, keyakinan kita untuk mendapatkan sasaran prospek/pelanggan yang dimahukan sudah pasti memainkan peranan yang penting. Apa ada pada si pemburu andai kata segala tindakan dan perbuatan segalanya berakhir dengan kegagalan. Perancangan perlu betul, penelitian dan saringan mendapatkan senarai prospek kena lakukan setiap masa tidak kira pelanggan tersebut baru atau tidak. Yang penting hasil sentiasa boleh didapati. Orang yang menjual sudah pasti seronok melakukan jualan penaik semangat jika sentiasa mampu menjana pendapatan yang tinggi hasil dari penutupan jualan yang diperolehnya sebanyak yang termampu
Read more >>

Rabu, 8 Ogos 2012

HANYA PINGAT EMAS SAHAJA


Musim sukan Olimpik. Tertarik saya melihat atlet olahraga yang memasuki acara Decathlon. Seorang atlet yang terpaksa mengharungi untuk dirinya sendiri sebanyak 10 acara bersaing dengan atlet yang lain hanya semata-mata mendapatkan sebutir pingat emas idaman semua atlet yang bertanding. Sudah 10 acara kena sertai secara wajib dalam masa dua hari sahaja mesti di selesaikan dengan baik sama sekali dalam acara lari 100m, 400m, 1500m, 110m lari berpagar, lompat jauh, melontar peluru, lompat tinggi, membaling tukul besi, lempar cakera dan lontaran lembing.

Alangkah hebatnya jika kita orang yang melakukan jualan mempunyai daya juang dan semangat kental seperti mana atlet decathlon ini. Mungkin kita boleh ambil pengajaran yang baik dalam kita melakukan jualan seperti mana atlet yang telah ditunjukkan seperti acara

I.                    Lari 100m – nampak dekat tapi memerlukan pecutan yang betul mengatasi pesaing yang menyertainya. Sanggup kah kita menghadapinya memandangkan jarak yang dekat dan perlukan kekuatan stamina untuk memintas yang lain? Ketahanan fizikal dan mental amat diperlukan dalam acara ini.

II.                  Lompat jauh kita melompat pesaing juga melompat sama. Adakah lompatan kita berjaya mengatasi matlamat dan pesaing kita? Cukup kah latihan dan ilmu yang telah kita pelajari dan latih kan selama ini?

III.                Melontar peluru – memadai kah tenaga kita? Adakah sasaran yang betul pada pelanggan/prospek yang kita temui berada di hadapan kita? Mampu kah kita meletakkan lontaran peluru tersebut mengenai prospek/pelanggan tersebut melalui tawaran yang di tawarkan?

IV.                400m – Mampu kah kita mengekalkan pecutan seperti mana dalam acara 100m bagi jarak yang panjangnya empat kali ganda dan bolehkah kita melakukannya bagi tempuh sehingga bulan Disember ini? Konsisten dan usaha yang berterusan amat di tuntut bagi mengekalkan tenaga dan kudrat kita menghadapi acara ini

V.                  Melompat tinggi – Sejauh mana kita dapat kekalkan tenaga kudrat kita dalam membiarkan lontaran badan kita melepasi halangan yang di sediakan? Berapa ketinggian halangan yang mampu kita hadapi dengan tabah dan sabar? Bolehkah kita melompat lagi?

VI.                110m berhalangan – setiap kali berlari ada halangan. Sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapinya. Lepas satu acara yang lain pula menjelma, mampu kah kita atasinya setiap halangan yang ada di hadapan kita? Adakah kejayaan di ukur hanya dapat melepasi halangan-halangan yang disediakan atau siapa yang paling cepat untuk sampai di garisan penamat? Kita yang menentukan segala-galanya.

VII.              Baling kan tukul besi – cukup kah kekuatan diri kita menggunakan kekuatan yang ada. Strategi perlu ada, tenang yang ada perlu diguna sebaik yang mungkin. Kalau pesaing masih boleh melakukannya kepada kita tidak. Jangan mengeluh tapi bersiap sedia lagi dan lagi untuk bersaing secara sihat dan berhemah

VIII.            Lempar cakera – Dapat kah kita mengimbangi semua aktiviti kita untuk mengatasi pesaing yang bersaing dengan kita? Apa strategi kita pertahankan prestasi kita supaya dapat mengatasi pesaing yang lain? Mampu kah hanya kita sahaja yang melihat pesaing sahaja yang dapat melakukannya walaupun kita merasakan kita juga mampu untuk berlawan dengan pesaing tersebut.

IX.                Lontaran lembing – di mana kecekapan kita bagi memastikan lontaran kita berjaya sampai ke destinasi matlamat kita? Adakah penat lelah sebagai satu alasan? Adakah kerana pesaing lebih hebat dari kita? Ketenangan dan iltizam yang betul sahaja berjaya mengekalkan prestasi kita untuk bersaing

X.                  1500m - ujian sebenar kelajuan dan stamina. Acara terakhir untuk kita membuktikan kita tetap unggul dan mampu melakukannya. Apa yang di simpan di pergunakan sebaik mungkin bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Bersedia kah kita?

Ketahanan fizikal dan mental amat di perlukan. Seorang jurulatih ataupun mentor amat dikehendaki bagi memastikan ada orang yang boleh melatih, menunjuk ajar dan menegur apa kesalahan dan kesilapan yang berlaku. Pengetahuan yang mendalam tentang semua acara yang disertai kena ambil tahu secara mendalam. Ilmu itu penting kerana ia nya akan memandu diri kita sama ada kita layak atau tidak memasuki pertandingan yang diadakan. Bantuan luaran yang lain seperti kekuatan angin, cuaca, suasana persekitaran dan pemakanan yang seimbang perlu di amalkan. Kekuatan dan kekurangan pesaing perlu diperhatikan sewajarnya kerana setiap pertandingan strategi dan susun atur perancangan mesti ada bagi menghadapi saingan.
 
Begitulah untuk berjaya dalam jualan. Kita perlu mencontohi atlet olahraga yang menyertai decatlon ini kerana jika kita boleh melakukan pada separuh pertama (Januari hingga Jun 2012) tidak mustahil juga yang kita masih mampu untuk per laku kan sekali lagi untuk separuh masa yang kedua ini (Julai 2012 hingga Disember 2012). Jika atlet perlukan Pingat Emas maka kita juga perlukan Pingat sasaran dapat di capai sebagai satu tanda sasaran yang di amanahkan oleh pihak pengurusan dapat juga kita peroleh. Inilah amanah dan tanggung jawab kita semua bagi memastikan sasaran yang telah diamanahkan dapat juga kita peroleh dengan sebaik yang mungkin. Yakinlah.
Read more >>

Selasa, 7 Ogos 2012

Menjamu orang berbuka puasa : PERGUNAKAN SEBAIKNYA


Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Begitulah hebat jika di dalam bulan Ramadhan ini ada kelapangan dan kesempatan pada diri kita semua untuk melakukan satu amal ibadah kepada saudara Muslim kita sendiri. Bukan untuk menunjukkan yang kita ini banyak duit atau berharta tapi perlu menjadi satu tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi mengambil kesempatan di atas kehadiran Ramadhan ini untuk kita melakukan satu amal ibadat dan bakti kepada saudara sesama Islam.

Alangkah baiknya kalau kita dapat melakukannya setiap hari mengemukakan menjamu makanan kepada orang-orang yang berpuasa apabila sampai masanya untuk berbuka puasa seperti

i.                     Menyediakan majlis berbuka puasa sama ada di rumah kita atau sesiapa yang sudi, surau atau masjid , di dewan,premis pejabat, kedai makan, restoran atau hotel

ii.                   Membekalkan buah-buah kurma kepada rakan kenalan, sahabat handai, jiran tetangga dan pelanggan-pelanggan kita

iii.                  Membelikan nasi-nasi bungkus, kuih muih, martabak dan lain-lain lagi yang difikirkan bersesuaian kepada mereka yang difikirkan perlu

iv.                 Bergotong royong dengan penduduk setempat ataupun di premis-premis pejabat yang boleh memberikan kemudahan memasak sebagai persiapan berbuka puasa

Apa rasionalnya kita di saran menjamu makanan kepada orang yang berpuasa? Terlalu banyak hikmatnya. Sebagai orang yang melakukan jualan, inilah masa terbaik kita untuk mendapatkan sumber perujuk (leads) kepada diri kita sendiri. Inilah yang diperkatakan sambil menyelam minum air. Ambil kesempatan secara berterusan dan konsisten supaya kita tidak akan putus-putus mendapatkan leads hanya di bulan Ramadhan ini. Antara kelebihannya adalah

i.                    Lebih banyak kita memberi lebih banyak Allah akan berikan
Konsep di luar dari logik akal. Sepatutnya semakin banyak wang yang kita keluarkan semakin berkurangan pula hasil simpanan kita. Sebenarnya ini adalah salah sama sekali kerana semakin banyak kita membantu orang ramai bermakna semakin banyak pula Allah berikan rezeki yang sudah pasti tidak kita ketahui dari mana datangnya rezeki tersebut. Lakukan sahaja, bukan setakat ganjaran di dunia sahaja yang boleh kita peroleh tetapi juga ganjaran di akhirat turut pasti sama menyusul nanti.

ii.                  Berikan promosi perkenalkan diri kita sendiri
Kita orang jualan, tawarkan produk kepada siapa pun juga yang kita temui. Tidak kira siapa pun dia. Yang penting jangan rasa malu dan rendah diri terus menerus perkenalkan diri kita sendiri di pasaran. Biar semua orang tahu. Biar semua orang kenal yang kita memang buat SALES jual produk yang kita tawarkan. Bila orang dah kenal dan tahu, apabila mereka kehendaki ataupun kenalannya mencari produk kita sudah pasti diri kita yang akan mula-mula dihubunginya.

iii.                Menyahut sunnah Rasulullah SAW
Sebagai seorang yang mengaku Rasulullah SAW seorang pesuruh Allah dan kita ini semuanya adalah pengikut Rasulullah SAW jadi adalah baiknya untuk kita mengikuti apa juga yang Rasulullah SAW lakukan, perkatakan dan melakukannya perlu kita jadikan ikutan dan perlakuan yang perlu kita ikuti dengan baik dan saksama sama sekali. Setiap apa yang kita lakukan seperti mana yang Rasulullah SAW lakukan sudah pasti ada ganjarannya yang akan kita peroleh nanti di alam akhirat kelak. Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidaklah beliau makan di waktu siang dan makan di waktu malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan bersama orang ramai.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Hibban dengan sanad shahih)

iv.                 Doa orang kepada kita
Hebatnya jika kita dapat menjemput dan menyediakan makanan kepada orang terutamanya kepada mereka yang berpuasa. Menurut Rasulullah SAW bermaksud "Jika salah seorang dari kalian di undang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika ia sedang berpuasa (sunnah), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. Jika ia tidak berpuasa, hendaklah ia memakan (jamuan makan)." (Hadis riwayat Muslim).  

v.                   Doa dan harapan kita
Sambil menjemput tetamu, di rai dan memberi makan terutama semasa berbuka puasa, bukan setakat orang akan mendoakan kesejahteraan dan di murahkan lagi rezeki kepada kita tetapi juga ambil kesempatan pada diri kita juga untuk berdoa sekali agar apa yang kita per laku kan ini sentiasa diberkati, dipermudahkan perjalanan kita di dunia ini dan sentiasa dimurahkan rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka” (Hadis riwayat Ibn Majah)

vi.                 Dapatkan sebanyak yang mungkin
Di samping menjamu orang berbuka puasa dapatkan kenalan seramai yang termampu. Paling baik dapatkan referral. Itu tindakan sewajarnya. Referral lebih mudah melakukannya dari mendapatkan leads yang perlu dilakukan banyak prosesnya. Per mudahkan jangan disukarkan. Demi tugasan, dari seorang kawan jadikan tiga orang kawannya menjadi kawan kita dan dari tiga orang kawannya pula di kembangkan lagi menjadi sembilan orang pula. Begitulah seterusnya pula semakin ramai kenalan kita semakin besar peluang kita untuk mendapatkan oportuniti yang diharapkan.

vii.               Belajar ambil kesempatan
Kesempatan yang ada perlu dirancang juga. Bukan sekadar bergantung pada nasib semata-mata. Adakan program dan aktiviti-aktiviti yang sewajarnya agar lagi banyak kesempatan yang boleh kita dapati dengan lebih mudah dan senang lagi. Tak pandai ambil peluang tak tahu menghidu oportuniti pasti sukar untuk kita sendiri melakukan jualan.

Sesungguhnya amal yang dilakukan pada bulan Ramadhan ialah membaca Al-Quran dan menjamu orang berbuka puasa”, demikian dinyatakan oleh seorang sarjana Islam generasi tabiin, Muhammad bin Syihab az-Zuhri.

Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Semua amal soleh yang dikerjakan manusia dilipatgandakan (pahalanya), satu kebaikan (diberi ganjaran) sepuluh sampai tujuh ratus kali lipatan gandanya. Allah Taala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.” (Hadis Bukhari & Muslim)

Ini disebutkan oleh Nabi dalam satu doa beliau bermaksud “Orang yang berpuasa telah berbuka di sisi kalian, makanan kalian telah di makan oleh orang-orang yang baik. Kalian telah dipohoni rahmat oleh Malaikat.” (Sahih Sunan Abu Dawud)

Antara doa-da yang diajarkan oleh Nabi pula adalah seperti berikut

Orang-orang yang baik telah memakan makanan anda, para Malaikat telah berselawat kepada anda. Dan orang-orang yang berpuasa pun telah berbuka di tempat anda(Hadis Riwayat Muslim)

Ya Allah, berilah makan orang yang memberi ku makan berilah minum orang yang memberi ku minum(Hadis Muslim)

Ya Allah, ampuni mereka dan rahmati mereka, berkati pada seluruh rezeki yang Engkau berikan(Hadis Muslim)

Teruskan usaha sambil menyelam minum air ini. Banyak ganjarannya memberi makan kepada mereka yang berpuasa. Bukan sahaja sebagai satu ibadah tetapi juga sebagai satu pelaburan buat karier kita di bidang jualan ini. Biar pasaran tahu kita adalah orang Jualan yang menawarkan produk yang sentiasa orang ramai sentiasa mencarinya. Tidak perlu segan dan malu kerana peluang yang ada perlu dicipta bukannya datang dengan sendirinya. Lebih besar dan banyak pelaburan yang dilakukan lebih besar peluang akan terhidang di depan mata. Teruskan usaha murni ini kerana sudah pasti Allah akan sentiasa membantu orang yang sentiasa mahu untuk berusaha demi memastikan karier jualan dirinya sentiasa berada di puncak kejayaan.



Read more >>

Isnin, 6 Ogos 2012

IKTIBAR DAN PENGAJARAN NUZUL QURAN


Salah satu peristiwa penting dalam kalendar Islam adalah Nuzul Quran. Bermula dari 17 Ramadhan, malaikat Jibrail  tahun ke 41 daripada keputeraan Rasulullah SAW diturunkan kepada baginda sedikit demi sedikit tanda bermulanya peristiwa zaman jahiliah kepada sinaran keislaman. Kesesatan digantikan dengan kebenaran dan umat manusia yang hidup bertuhankan hawa nafsu terus di ubah mentaati dan bertuhankan Allah yang satu.

Firman Allah SWT bermaksud “Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi  manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Ketahuilah kenapa Allah SWT menurunkan al-Quran secara beransur-ansur dan bukan sekali gus. Pasti ada hikmatnya tersendiri. Antara hikmat kenapa al-Quran diturunkan secara sedikit-sedikit dan beransur-ansur itu adalah untuk

·         Lebih mudah untuk difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak sama sekali

·         Antara ayat itu ada yang hukum hakam yang pasti boleh diubah dan hukum yang dibatalkan tidak boleh dipergunakan lagi, bersesuaian dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus.

·         Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku memberi satu tanda bagi lebih mengesankan dan mempengaruhi di hati.

·         Mudahkan penghafalan kepada Rasulullah SAW dan orang-orang yang menerimanya. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran dan Firman Allah SWT bermaksud: “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hati mu.” (Surah al-Furqan, ayat 32)


Kerana itulah kita di sarankan kenapa perlu kita hayati peristiwa yang berlaku ini untuk menjadi tunjang dan asa kepada keimanan diri kita sendiri bahawa apa yang ada pada Al-Quran tersebut isi kandungannya adalah datang dari Allah SWT sendiri melalui Malaikat Jibrail. Inilah tandanya satu-satunya Agama yang benar dan betul serta diredai oleh Allah SWT.

Menghayati Nuzul Al-Quran ini begitu penting kepada kita sebagai seorang yang mengakui kebenaran tentangnya. Lihatlah bagaimana Al-Quran yang di turunkan sedikit demi sedikit, ada malaikat sebagai yang menurunkan ia kepada Rasulullah SAW dan bagaimana pula sikap Rasulullah SAW menerimanya dengan cukup berlapang dada. 

Adaptasikan peristiwa ini dan ambil pengajarannya dalam melakukan jualan kerana banyak perkara yang boleh kita pelajari daripadanya. Antaranya adalah
        I.            Pentingnya ilmu untuk kita pelajari dan jangan sama sekali untuk kita abaikan.

      II.            Jangan mudah dan cepat merasa kita ini serba tahu dan pandai. Banyak kelemahannya lagi untuk kita belajar dan terus belajar

    III.            Carilah seseorang sebagai mentor atau tok guru untuk kita terus belajar atau seseorang yang boleh menegur diri kita tatkala kita melakukan kesilapan, berkongsi masalah atau mempelajari sesuatu yang baru

    IV.            Jangan terlalu gelojoh mencari ilmu sehingga apa yang kita pelajari langsung tidak dapat dipraktikkan. Bersabar sentiasa. Praktik kan apa yang kita pelajari sedikit demi sedikit.

      V.            Fahami segera apa yang kita pelajari dan kita dapati. Praktik kan dan jangan apabila kita terima ilmu tersebut kita simpan sahaja dalam buku catatan kita sahaja.

    VI.            Berkongsi ilmu dan mudah merasa cepat kedekut dan lokek apa yang kita dapati untuk kita sampaikan pula kepada orang lain pula

  VII.            Jangan mudah bongkak dan mudah meninggi diri.

VIII.            Belajar dari pengalaman yang ditempuh. Praktik kan apa yang betul dan benar. Tinggalkan mana-mana yang tidak betul dan tidak membawa manfaat kepada diri kita sendiri.

    IX.            Bersabar dan tabah dalam menghadapi apa jua rintangan, halangan dan masalah yang dihadapi.

Hayatilah dengan sebaik yang mungkin. Tidak mudah tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Kejayaan yang datang bukannya datang bergolek begitu sahaja tapi perlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan dan konsisten setiap masa. Merendah diri dan bersopan sentiasa adalah tindakan terbaik apabila melakukan jualan. Jangan hiraukan apa yang orang kata tapi fikirkan apa tindakan sewajarnya yang perlu kita lakukan. Teruskan usaha hayati apa yang Rasulullah SAW terima setiap kali wahyu yang datang padanya dapat kita amalkan dan lakukan dengan sabar, tenang dan tawaduk. Insya-Allah niat yang baik akan dibalas juga dengan tindakan yang baik juga dari Allah SWT terhadap segala tindakan kita hidup di dunia ini.
Read more >>