Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 9 Mac 2012

BINA JENAMA DARI NAMA KITA SENDIRI


Tahukah kita bahawa nama yang ada pada diri kita adalah sesuatu yang unik dan pemberian daripada kedua ibu bapa kita sendiri. Dengan nama kita yang ada bukan setakat orang akan lebih mengenali kita tetapi juga Allah akan lebih mudah memanggil nama kita nanti di Padang Mahsyar tatkala diadili di hari kemudian. Begitulah hebatnya nama yang ada pada diri kita. Sanggup kah kita jika ada orang hanya memanggil diri kita sebagai hoi, awak dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemarahan dan kesakitan dalam diri kita apabila mendengarnya? Nama kita adalah juga maruah diri kita yang perlu kita jaga seperti mana diri kita sendiri juga.

Tibalah masanya untuk kita membina nama kita di pasaran agar lebih mudah untuk kita melakukan jualan kepada siapa juga yang bakal dan akan kita temui. Nama kita adalah diibaratkan sebagai satu jenama yang harus kita perkenalkan di pasaran. Bila jenama nama kita di perkenalkan dan telah dikenali maka terdapat kelebihan-kelebihannya untuk diri kita sendiri seperti

i.                    Mudah dikenali
Kita berada di mana pun juga kita akan dikenali dan disebut oleh orang. Kitai kata kita tiada di tempat tersebut tetapi orang masih menyebut nama kita kepada rakan sekerja kita. Bukan untuk menjadi orang terkenal seperti selebriti yang ada tetapi sebenarnya memudahkan lagi tindakan kita bagi melakukan lagi jualan pada kita

ii.                  Senang dicari
Apabila nama kita telah dibina maka orang akan lebih mudah mencari dan menemui kita di mana juga kita berada. Bila orang telah mengenali kita maka kita akan lebih mudah lagi mengambil peluang yang terhidang untuk meyakinkan dan memudahkan lagi urusan jualan kita bagi menerima penawaran yang ditawarkan.

iii.                Sebagai satu tempat rujukan
Bila orang sudah tahu, bila mereka memerlukan sahaja produk yang diingini, maka kita akan dijadikan tempat membuat rujukan terlebih dahulu. Kalau kita cukup pkitai dan mahir dalam memberikan satu konsultasi yang memuaskan hati mereka pasti penutupan jualan terus akan kita dapati dari mereka kerana mereka merasakan segala permasalahan dan bebanan kesusahan mereka kita dapat membantunya dengan segera, cepat dan pantas hanya kerana cara kita membantu mereka.

iv.                 Mendapat kepercayaan
Pelanggan-pelanggan yang begitu bergembira perkhidmatan yang telah kita berikan kepada mereka sudah pasti mereka akan lebih mempercayai dan meyakini kehadiran kita tanpa merujuk kepada orang lain. Bila kita sudah mendapat kepercayaan dari pelanggan kita sendiri, hebahan mulut pasti akan terjadi di kalangan pelanggan kita dan ini memudahkan lagi mendapatkan referral dari pelanggan kita apabila kita memohon dan meminta daripada mereka.

v.                   Jualan berulang
Jualan berulang pasti berlaku lagi pada pelanggan kita hanya kerana pelanggan tersebut telah mempercayai  dan yakin terhadap kita. Yang penting jangan sama sekali malu untuk bertanya kerana selagi kita tidak bertanya walaupun sudah menjadi pelanggan kita sampai bila-bila pun kita tidak akan tahu sama sekali. Kena pkitai ambil kesempatan ke atas pelanggan kita.

Jangan malu dan segan dengan nama yang sudah ada dengan kita. Lebih ramai yang tahu nama kita melakukan jualan lebih mudah untuk kita berurusan dengannya. Pergunakan ia bagi memudahkan lagi urusan melakukan jualan. Yang penting sentiasa berhemah, bersopan santun dan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Sampai bila-bila mereka pasti dan mesti mengingati kewujudan nama dan diri kita.




Read more >>

Khamis, 8 Mac 2012

MENCARI REZEKI YANG HALAL


Sabda Rasulullah SAW bermaksud
mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu
Hadis Riwayat Ath Tabrani dan Al Baihaqi.


Nyata dalam Islam menurut Sabda Rasulullah SAW amat menuntut kita melakukan pekerjaan dan bekerja mencari sesuatu yang halal dan bersih dan bukannya sahaja dalam menunaikan solat secara harian ataupun berpuasa sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Yang penting segala apa yang ada dalam Rukun Islam dan Rukun Iman diikuti dengan bersungguh dan taat tanpa berbelah bagi. Perlu diingat bahawa bukan setakat amalan ibadah sahaja yang perlu kita ikuti dan amalkan tetapi juga perjalanan hidup kita juga perlu dibuat seperti mana yang dituntut dalam Islam seperti mana juga dalam pekerjaan kita sehari-harian.

Begitulah pentingnya kenapa kita semua amat perlu mencari dan menentukan agar segala rezeki yang kita perolehi di dunia ini amat memerlukan bekalan rezeki yang halal hanya semata-mata bagi menentukan ia juga sebagai satu amal ibadat yang perlu dan mesti kita lakukan secara bersungguh-sungguh. Terdapat banyak faedah dan kelebihannya kenapa rezeki yang halal perlu kita cari dengan betul, bersungguh dan pastikan ia nya halal adalah kerana

i.                    Memastikan saraan kehidupan
Baik untuk diri kita mahupun untuk keluarga kita. Rezeki yang halal akan mendatangkan kesejahteraan dan keharmonian dalam diri dan keluarga kita sendiri. Kita mendapatkan dan memastikan sumber pendapatan yang halal dan bersih akan memberikan satu kepuasan dan keseronokan dalam kehidupan dan gaya hidup kita sendiri. Setiap sen yang kita salurkan semula dari pendapatan halal kita akan memberikan satu keberkatan kepada kita baik ketika membeli barang keperluan, barangan kegemaran kita dan apa juga perbelanjaan kita dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari.

ii.                  Keberkatan hidup
Peluang yang ada didepan mata jangan dilepaskan bagi mendapat satu keberkatan dalam kehidupan kita dalam mencari rezeki yang halal seperti mana yang Rasulullah SAW mahukan. Tidak menipu kepada organisasi tempat kita bekerja, tiada penipuan kepada pelanggan dan tidak mengambil sebarang kesempatan di atas sesiapapun juga pasti keberkatan hidup kita dapat dirasakan. Bila keberkatan hidup yang kita carikan insyaAllah akan Allah kurniakan asalkan kita sentiasa rajin bukan setakat beramal ibadat sahaja tetapi memastikan sumber pendapatan kita adalah sumber rezeki yang halal dan terjamin bersih dan halalnya.

iii.                Bukan setakat amal ibadat sahaja
Melakukan jualan dan memastikan jualan dapat dilakukan bagi menambah pendapatan kita selain dari pendapatan bulanan tetap kita seperti komisen dan insentif yang ditawarkan haruslah dipastikan ia dilakukan dengan setulus hati dan mencari keredaan Allah SWT asalkan niat kita adalah betul sejajar dengan tindakan yang kita lakukan. Jangan ingat bersolat sahaja dikira sebagai ibadah tetapi apabila kita lakukan jualan kepada pelanggan kita dengan betul dan benar ia juga dikira sebagai satu ibadah juga. Berazam kepada Allah agar setiap masa dan ketika apa yang kita lakukan adalah dikira sebagai satu ibadah pengabdian dan penyerahan diri hanya kepada Allah SWT.

iv.                 Perkembangkan syiar Islam
Pastikan segala pendapatan yang diterima jangan sama sekalai dilupakan melakukan amal jariah sedikit seperti bersedekah dan melakukan sedikit sumbangan di samping melakukan zakat pendapatan kepada Pusat Zakat. Lagi banyak kita bersedekah sampai tangan kiri pun tidak mengetahuinya lagi banyak akan Allah berikan lagi kepada kita baik ganjarannya di dunia mahupun di akhirat.  Asalkan kita mahu lakukan walaupun sedikit asalkan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang sudahlah. 

v.                   Bersemangat untuk bekerja
Semakin kita berkeinginan mencari sumber pendapatan yang halal dan diberkati semakin bersemangat kita melakukan pekerjaan dengan bersungguh dan jujur pada diri kita dan organisasi yang kita wakili. Jauh dari sudut hati kita untuk malas dan menipu orang lain walaupun banyak dugaan, cabaran dan halangan yang perlu kita tempuhi. Perlu ingat sentiasa bahawa setiap masalah yang timbul sebenarnya bukannya masalah tetapi adalah satu hikmah dari Allah SWT untuk menguji kita semua sama ada kita bersabar atau tidak untuk kita redha ataupun sebaliknya. 

vi.                 Doa dari orang yang kita bantu
Semakin ramai yang kita bantu dan kita tolong semakin ramai pula yang tolong mendoakan untuk kita bukan setakat dimurahkan rezeki tetapi juga memudahkan segala urusan kita baik di dunia mahupun di akhirat. Yang pasti amal dan perbuatan yang baik sentiasa dibalas dengan ganjaran kebaikan dari Allah SWT. Cukup menguntungkan untuk diri kita  kerana ada orang lain juga turut sama tolong mendoakan untuk kita tanpa kita sedari dan ketahui sama sekali.  



Berusahlah untuk melakukan pekerjaan dengan sebaik yang mungkin. Amanah yang diberikan tunaikan sebaik yang mungkin. Sasaran yang diberikan tunaikan sebaik yang mungkin bukannya alasan demi alasan yang diberikan kerana kita di bayar gaji secara tetap setiap bulan bagi memastikan keputusan akhir di capai dan bukannya mengira asalkan gaji yang diterima setiap bulan itu adalah memadai. Bandingkan dengan prestasi jualan yang telah kita lakukan dengan gaji yang kita terima. Berbaloi atau tidak, jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah selera. 
Read more >>

Rabu, 7 Mac 2012

JANGAN DI SUKARKAN



Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah dia mengucapkan Laa Haula wa laa quwwata illa bil-laahil ‘aliyyil-’azhiim’ (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung
 (H.R Baihaqi dan Ar Rabi’i) 

Rasulullah SAW telah pun memberikan kepada kita dalam memastikan jika di harungi dengan pelbagai masalah dan kesulitan di dalam kehidupan kita. Berlaku terutama sekali jika kegagalan dalam melakukan jualan yang seharusnya tidak sama sekali dapat melemahkan hati dan perasaan kita yang boleh menyebabkan merasa kecewa dan putus asa sentiasa. Berada dalam mod yang sebegini membuatkan pergerakan kita akan lebih terbantut dan terbatas apabila melakukan jualan seperti mana yang di ingini. 

Bagi mengelakkan dari terus di belenggu kesukaran dan kesusahan dalam melakukan jualan  hindarkan diri elakkan dari melakukan perkara-perkara seperti berikut :

i.                    Kita merasakan tindakan kita betul sahaja
Tidak kira apa juga keadaan dan situasinya, kita merasakan segala tindakan kita betul segala-galanya mengikut hati dan logik akal kita sahaja sehinggakan jika ada sahaja orang yang menegur kita, kita pasti menganggap ia nya sebagai satu halangan dan menyusahkan tindakan kita melakukan jualan.  Berlaku adil kepada diri kita kerana Allah menjadikan manusia tidak sesempurna Rasulullah SAW dan sentiasa bersedia untuk di tegur dan di perbetulkan segala tindakan baik oleh pelanggan kita, rakan sekerja kita, rakan-rakan kita mahupun bos kita sendiri.

ii.                  Kita tidak sabar dalam tindakan
Kerana kita gopoh dan tamak, kita kehilangan kesabaran kita melakukan tindakan dalam jualan. Kita tidak memikir sebaik-baiknya tetapi menurut kata hati. Segala perancangan yang di buat kita tidak ikuti dengan baiknya tetapi cukup sekadar merasa tindakan yang kita buat sentiasa bagus dan sempurna. Firman Allah bermaksud “Wahai sekalian orang-orang yang beriman sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaran kamu itu” (Surah Ali-Imran Ayat ke 200)

iii.                Tugasan tidak mengikut arahan
Kalau kita makan gaji dalam melakukan jualan sudah pasti wujud bos kita sebagai seorang yang menyelia tugasan kerja dan amanah yang kita perlu lakukan. Tiada istilah menjadi hero seperti dalam filem atau drama TV tetapi cukuplah kita menghormati dan mengikut arahan-arahan yang di kemukakan demi kemajuan karier kita asalkan ia tidak sama sekali menyalahi peraturan, undang-undang dan hukum Allah SWT.

iv.                 Mudah berasa hati dan kecewa
Gagal sedikit mudah merajuk dan kecewa tidak tentu hala. Mod tiadalah, banyak memberi alasan dan seterusnya termenung ke sana sini tak tentu hala tak fasal-fasal. Puncanya adalah dari kita sendiri bukannya menyalahkan orang lain yang sepatunya kita kaji terlebih dahulu di mana kesilapannya supaya perkara tersebut tidak lagi berulang di masa hadapan.

v.                   Pentingkan diri sendiri
Hidup bermasyarakat dan bukannya kita seorang sahaja yang hidup di dunia ini. Jangan pentingnya diri kita sendiri terlebih sangat sehinggakan kita merasakan begitu takbur dan bongkak diri. Terlalu pentingkan diri sendiri sehingga kita terlupa rezeki pada orang lain pula umpama kita mencuri pelanggan yang sepatutnya menjadi pelanggan rakan sekerja kita main rembat sahaja tanpa peduli hati dan perasaan rakan sekerja kita sendiri. Bila kita di permainkan pula oleh rakan sekerja kita, kita akan cepat melenting dan kalau boleh ingin kita laporkan kepada satu dunia ini yang rakan sekerja kita begitu busuknya hati rakan sekerja kita tersebut. Adakah itu adil namanya?

vi.                 Tidak mahu perubahan
Teguran telah diberi, tapi kita tetap keras kepala masih mengatakan segala tindakan kita betul sebetul-betulnya. Hanya kerana kita tidak mahu berubah demi mencapai kejayaan habis kita sebarkan perkara-perkara yang negatif tentang orang yang inginkan kepada perubahan baru tersebut kepada perkara yang bukan-bukan asalkan hati kita puas dan seronok. Bersedia untuk sentiasa mengalami perubahan demi kemajuan dan kebaikan diri kita sendiri dari melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya kita lakukan.

Bersedialah dan berwaspada untuk meminimakan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan terutama sekali apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan dalam melakukan jualan. Bermula dengan sedikit kemudian merebak dengan banyaknya jika kita masih enggan untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan kita sendiri dan sanggup menghadapi kesukaran demi kesukaran yang tidak sepatutnya kita tempuhi sentiasa dan selalu. Dekatkan diri kita dengan Allah selalu dan konsisten agar segala pekerjaan kita di muka bumi ini sentiasa Allah SWT membantu kita baik di dalam kesenangan apatah lagi di dalam kesusahan dan kesukaran
 
 
 
 
 
Read more >>

Selasa, 6 Mac 2012

TIGA SOALAN YANG PERLU KITA JAWAB SENDIRI


Dalam memastikan kejayaan apabila melakukan jualan perlu juga di ambil berat tentang tiga soalan yang mesti kita berikan jawapannya kepada diri kita sendiri sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita suka ataupun tidak, mahu ataupun tidak, sedikit sebanyak kita kena dan mesti melakukannya. Bukan paksaan tapi satu langkah dan panduan buat diri kita sebagai satu persediaan dan perancangan kita sebelum melakukan jualan sebelum bertemu dan berjumpa dengan prospek/pelanggan kita.

Tiga soalan yang perlu kita jawab sendiri adalah

PERTAMA : Ke mana kita sepatutnya pergi?

Kita terasa sangat-sangat ingin menaiki bas dua tingkat tapi masalahnya kita tak tahu pula nak pergi ke mana. Kita langsung tak kenal pasti lagi tempat dan lokasinya untuk kita sampai kerana kita mahu memenuhi keinginan mendalam dalam diri kita menaiki bas dua tingkat terutama sekali bas ekspres yang ada cukup eksklusif kita rasakan sebagai idaman naluri kita untuk kita merasa duduk dan teruja menikmati pemkitangan yang ada di sekeliling. Oleh itu destinasi akhir kita perlu kita kenal pasti terlebih dahulu sebelum dapat kita menaiki bas dua tingkat tersebut. Begitulah juga dengan tugasan kita dalam bidang jualan? Sudah kah kita tetapkan destinasinya? Sejauh mana kita perlu capai bagi memuaskan hati kita? Pergi yang di maksudkan adalah jalan dan arah tujuan kita tentang haluan, matlamat dan cara kerja kita sendiri  sama ada dalam

i.                    Menemui prospek/pelanggan kita

Kita kena kenal pasti terlebih dahulu segala leads kita supaya kita telah tahu di mana sasaran sepatutnya dari leads kita untuk kita tetapkan dan sasarkan lokasi dan tempat kita pergi dan menemui prospek/pelanggan supaya setiap perancangan yang kita lakukan dapat menemui matlamat dan sasaran awal kita dan segala yang kita lakukan tidak sama sekali berlaku sia-sia dan di persiakan begitu sahaja.

ii.                  Masa depan karier kita

Bina karier kita dalam bidang jualan ini yang begitu luas dan besar untuk masa depan kita sendiri. Kita perlu tentukan di mana untuk kita seharusnya berada sebagai satu matlamat dan pendorong diri kita melakukan tugasan melakukan tugasan. Tanpa impian dan matlamat kita tidak akan ke mana.

Tentukan sasarannya bagi kita pastikan dari prospek/pelanggan, lokasinya, pekerjaannya, produk yang diperlukan dan kenal pasti apa keinginannya dan kemahuannya terlebih dahulu. Sebaik-baiknya  dapatkan sebanyak yang termampu leads-leads yang diperlukan bagi kita menghubunginya dalam memastikan temu janji daripada mereka dapat diperoleh dengan berjayanya.

KEDUA : Siapa yang sepatutnya saya berjumpa?

Takkan semua orang kita perlu bertemu seumpama seorang peminta sedekah yang kita lihat di tepi-tepi jalan dengan siapa pun kita pasti melihat tidak kira siapa pun juga mesti dia mahu memintanya. Perlu kah kita menjadi seperti itu? Kita kena rancang dan jawab soalan ini dalam diri kita sebelum kita bertemu dengan prospek/pelanggan. Jangan main hentam kromo sahaja main suka di hati untuk kita bertemu dan berjumpa dengan prospek/pelanggan kita. Fikirkan tenaga, masa dan wang kita akan kita dibazirkan jika kita telah salah bertemu dengan prospek/pelanggan yang sepatutnya.

KETIGA : Apa yang perlu saya lakukan?

Kita telah diberi sebilah kapak untuk menebang pokok dan kita juga telah kenal pasti pokok mana yang perlu kita tebang tapi masalahnya bagaimana kita hendak menebangnya? Nampak mudah tapi kalau ilmu tiada atau main logik akal sahaja akan timbul pula masalah untuk kita bagi melakukannya untuk memastikan pokok yang kita tebang tersebut mesti jatuh dan tumbang pada sasaran yang di tetapkan dan juga bagi memastikan tiada bala bencana di luar fikiran kita boleh terjadi sekiranya pokok yang kita tebang itu jatuh menimpa orang yang lalu lalang di kawasan tersebut. 

Begitu jugalah kalau kita ingin melakukan jualan, pengetahuan tentang produk dan skil jualan kita perlu dipelajari dengan sebaik-baiknya supaya kita tahu apa yang perlu kita lakukan. Kita akan panik dan cepat menggelabah bila bertemu dengan prospek/pelanggan yang kita temui selagi pengetahuan produk dan skil yang ada pada kita tidak kita per tingkatkan. Ilmu perlu di cari dan tidak sama sekali ilmu itu mencari kita. Fahami tugasan kita dan kenal pasti segala permasalahan dan cabaran kepada kita supaya kita tahu dan fahami untuk kita dapat mencari jalan mengatasinya dan melakukan tindakan selanjutnya.

Tiga soalan tersebut perlu kita lakukan secara sendirian bagi memastikan kejayaan kita dalam jualan. Kita perlu mencari jawapannya dan kita mesti tahu juga apa jawapannya yang diberi mestilah bersesuaian dengan kehendak dan kesesuaian dengan urusan jualan kita. Selagi kita gagal mendapatkannya jawapan tersebut selagi itulah kita akan sukar dan payah melakukan jualan seperti mana orang lain melakukannya. Kesabaran dan ketenangan serta bertawakal kepada Allah SWT kunci segala-galanya dalam kita melakukan jualan kerana cabaran, halangan dan dugaan tetap ada dan sentiasa ada menanti kehadiran kita.





Read more >>

Isnin, 5 Mac 2012

PERTINGKATKAN SKIL JUALAN DENGAN SEGERA


Macam mee segera, semuanya nak dapat pantas dan cepat mendapat keputusannya. Kalau asyik lambat dan lembab sahaja penutupan jalan di dapati nanti di khuatiri orang akan kata tak pandai pula melakukan jualan. Serba salah di buatnya. Apa yang penting sekarang ini bagaimana kita menyusun strategi kita bagi mendapatkan cepat dan pantas keputusan akhirnya supaya kita mampu untuk bersaing dengan rakan sekerja kita seterusnya mengatasi pesaing-pesaing kita. 

Mungkin cara-cara begini boleh kita amalkan dan lakukan iaitu

i.                    Bina perhubungan yang baik
Perkenalkan nama kita, beri penekanan yang sewajarnya kepada nama kita supaya orang lebih cepat mengenali kita dan di mana tempat kita bertugas. Tugas kita bukan setakat mereka kenal akan kewujudan kita di pasaran tetapi juga mereka mudah mengingati kita dengan membina satu perhubungan networking yang baik dan mesra.

ii.                  Pelajari dari orang yang telah berjaya melakukannya
Cara cepat dan mudah pertingkat kan skil kita adalah dengan meniru cara dan gayanya bagaimana orang yang berjaya melakukannya bagi mendapatkan tawaran diterima prospek sepertimana yang di kehendaki. Tiru benda yang baik dan boleh mendatangkan hasil tidak mengapa. Yang penting skil dan cara kita melakukan jualan dapat dipertingkatkan lagi cara dan kaedahnya.

iii.                Berbuat baik dengan siapa sahaja
Orang yang menjual dan menawarkan produk mesti berbuat baik dengan siapa juga yang ditemui supaya orang lebih mengenali dan mengetahui kita melakukan jualan ke atas produk yang ditawarkan. Lagi ramai orang mengenali kita lebih mudah kita akan dihubungi untuk menyelesaikan masalah mereka dan seterusnya memudahkan lagi kita membantu mereka yang benar-benar inginkan produk yang ditawarkan. Jangan sombong dan tinggi diri….

iv.                 Apabila berjanji, tunaikan
Jagailah dengan sepenuh hati. Apa juga kita telah berjanji kepada pelanggan kita pastikan ianya ditunaikan dan jangan sama sekali dibiarkan tidak menepati janji kerana ianya melibatkan integriti dan komitmen kita kepada pelanggan kita sendiri. Hanya kerana ingin mendapatkan penutupan jualan kita tabur janji-janji yang mungkin ada janji-janji tersebut kita mungkin tahu yang kita tidak akan laksanakan. Pastikan selepas ini kita perlu memegang teguh pada janji kita sendiri supaya pelanggan tidak memandang mudah dan serong kepada kita. 

v.                   Fikirkan sepertimana yang difikirkan oleh prospek/pelanggan
Dalam melakukan jualan, biasakan diri kita seolah-olah kita berada sama situasinya dengan prospek/pelanggan kita. Bila kita dapat merasai dan menyelami keadaan yang sama dengan apa yang ditempuh oleh prospek/pelanggan tersebut maka lagi mudah kita akan melakukan jualan kepada mereka dan lebih memahami apa dia keperluan dan kemahuan yang diperlukan oleh mereka.

vi.                 Penyamaran
Pergi ke tempat pesaing sebaik-baiknya, buatlah seperti orang yang nak membeli produk yang ditawarkan, sambil bertanya perhatikan bagaimana pekerja jualan  tersebut menyambut kita dan melakukan jualan terhadap kita. Saksikan bagaimana layanannya, percakapannya, bahasa badannya dan persembahannya sebagai satu ilmu yang menarik yang mungkin kita boleh pergunakannya pula.

vii.               Penampilan diri
Amat penting diamalkan. Tidak perlu berpakaian berjenama mahal asalkan kita cukup pandai untuk mengayakannya. Yang penting biar warna baju memainkan peranan penting bersesuaian dengan warna kulit kita. Orang akan mudah tertarik dan mula merasa selesa dan yakin pada yang mempunyai keterampilan menarik dan menyeronokkan di pandangan mata prospek/pelanggan kita.

viii.             Salam
Bertemu dan berpisah tidak kira siapa pun eloklah diamalkan untuk bersalam sebagai satu tanda menghormati seseorang yang dijumpai tidak kira kita kenal atau tidak. Itu pun bergantung pada jantina yang sama. Sebaik-baiknya elakkan bersalam dengan jantina yang berbeza ditakuti nanti fitnah pula yang akan timbul. Kemesraan akan lebih mudah terjadi dan berlaku hanya kerana memberi salam dan bersalam dengan prospek/pelanggan yang kita temui.

Lakukanlah dengan segera untuk mendapat hasil yang segera seperti mana yang dikehendaki. Kalau inginkan kejayaan pengorbanan dari diri kita sendiri amat dituntut demi kemajuan diri dan karier kita sendiri. Semua perkara di atas adalah perkara-perkara yang boleh dan mampu untuk dilakukan melainkan kita adalah jenis manusia yang malas dan tidak mahu untuk berubah ke arah kebaikan. Yang pasti, kita lakukan pasti ada kejayaan yang bakal menjadi milik kita jua suatu hari nanti.




Read more >>