Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 10 Januari 2012

Lakukan Plan B


Mungkin senario-senario yang diperkatakan semalam kita sendiri tidak jangka dan tidak sangka ianya boleh berlaku dan terjadi.  Mungkin ianya satu takdir dan juga mungkin ianya hanya untuk menguji kesabaran kita. Apa pun selepas ini kita di mestikan dan diwajibkan untuk menyediakan “Plan B’ kita sendiri jika ada sesuatu perkara berlaku di luar dugaan dan di luar batasan kita sendiri.

Antara tindakan-tindakan bagi mengadakan ‘Plan B’ kita berjalan lancar dan sepertimana yang di kehendaki adalah

I.                    Sentiasa berhati-hati dalam melakukan tindakan

II.                  Lakukan pemeriksaan bukan setakat sekali sahaja

III.                Biasakan perancangan yang bersungguh bukan setakat ala kadar sahaja

IV.                Berdoa kepada Allah

V.                  Semangat kerjasama yang kukuh dengan rakan sekerja

Begitulah keadaannya jika ianya berlaku juga walaupun terdapat Plan B sekalipun masih berlaku lagi mungkin ini sudah suratan takdir untuk kita tempuhinya dengan hati yang tabah, sabar dan tenang. Yang penting kita sudah memastikan kita telah cukup bersedia walau apa pun yang berlaku dan terjadi tanpa kita duga sama sekali. Kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan segala-galanya. Berusahalah dahulu sebelum kita menyerahkan kepada Allah SWT pula. Tanpa usaha mana nak datang kejayaan seperti mana yang di pinta umpama kata pepatah bagai lebah menghimpun madu, tanpa merasa penat lelah, tanpa merasa sebarang rintangan, tanpa merasa masalah dan cabaran masih tetap juga berusaha keras hanya semata-mata mendapatkan kejayaan sepertimana yang di inginkan.



Read more >>

Isnin, 9 Januari 2012

Perlukah kita Plan B???


Tengok siaran di TV tambahan pula cerita peperangan atau penyiasatan, pasti mereka akan menyebutkan tentang perancangan mereka dan apa tindakan seterusnya, jika gagal bagaimana, apa plan B pula? Mesti ada perancangan mereka bagi mencapai kejayaan yang di ingini hanya semata-mata mencapai kejayaan yang di ingini. Tiada langsung istilah kegagalan, yang penting berjaya. Hero mana boleh kalah. Hero kalah nanti tak lakulah pula wayang yang di siarkan nanti.

Jadi dalam kita melakukan jualan, dalam kita melakukan perancangan semata-mata ingin mencapai kejayaan dan matlamat yang telah kita sendiri tetapkan sudah kita menyediakan perancangan lain ataupun Plan B? kadang-kadang sesuatu di luar jangkaan dan kemampuan kita boleh berlaku tanpa di sangka-sangka. Bila ianya berlaku di luar jangkaan, itu yang membuatkan kita menjadi panik dan tak tentu hala apa yang perlu kita lakukan selepas ini melainkan jika kita telah menyediakan sesuatu tindakan penyediaan yang lain kita ada sesuatu perkara yang buruk dan di luar jangkaan kita berlaku dan terjadi.

Mungkin senario-senario begini boleh berlaku ke atas kita

i.                     Kita telah melakukan temu janji dengan prospek kita tetapi apabila kita mahu sahaja pergi ke tempat prospek tersebut tiba-tiba sahaja kenderaan kita tidak dapat di hidupkan, bagaimana tindakan kita?

ii.                   Prospek berjanji dengan kita untuk bertemu dengannya tepat jam tiga petang, tapi malangnya apabila kita ke tempatnya jam 2.50 petang tiba-tiba prospek kita tiada kerana beliau terpaksa balik ke rumahnya kerana ada perkara kecemasan. Apa yang akan kita lakukan.

iii.                  Kita ingin menunjukkan pengiraan kepada prospek kita, tiba-tiba kalkulator kita tidak menyala, apa pula kita harus lakukan pula?

iv.                 Kita ingin menunjukkan kepada prospek kita maklumat-maklumat yang ingin kita sampaikan kepada prospek tersebut sebagai presentasi kita kepadanya. Kita buka beg yang kita bawa bersama tetapi malangnya kita dapati satu maklumat apa pun tiada di dalam beg tersebut. Barulah kita sedar yang kita telah tersalah beg rupanya.

v.                   Kita berjanji untuk bertemu jam 9 pagi dengan prospek, tapi rupa-rupanya bila kita datang prospek marah-marah kepada kita kerana jam di pejabatnya telah menunjukkan jam 10 pagi.  Kita memeriksa jam di tangan kita rupa-rupanya jam kita masih menunjukkan jam 8.30 pagi. Bagaimana?

Masih perlukah kita adakan Pelan B???


Read more >>

Ahad, 8 Januari 2012

Makna yang sama tapi pernyataan yang berbeza


Video klips sebagai satu contoh pengajaran :




Kehebatan kuasa perkataan, ayat yang berbeza tapi makna yang sama.

Pendekatan dalam memberikan satu penyusunan ayat yang baik dan boleh menarik perhatian orang boleh memberikan satu impak yang baik dalam melakukan jualan. Kreativiti amat di perlukan bagi memastikan apa yang ingin disampaikan difahami dan diterima dengan begitu berkesan sama sekali.

Satu contoh yang terbaik yang perlu kita hayati bersama terutama dalam kita melakukan jualan kepada sesiapa juga yang kita temui.
Read more >>

Sabtu, 7 Januari 2012

Tindakan yang perlu di ambil bila KOMPLEN terjadi


Ambil perhatian sewajarnya dan jangan sama sekali mengambil mudah dan senang sahaja apabila komplen terjadi. Kita kena bertanggung jawab sepenuhnya jika berlaku di atas kita kerana komplen yang ada dan datang kepada kita menunjukkan pelanggan tersebut cukup prihatin, ambil berat dan mahu produk yang di gunakan setimpal dengan wang yang telah di laburkan. Di samping menjaga kepentingan karier kita, organisasi kita, kepentingan, kehendak dan keperluan pelanggan juga amat perlu di jaga juga.

Pastikan selepas ini, setiap komplen yang datang perlu di beri perhatian sewajarnya dan ambil perhatian sepatutnya kerana
  • Satu oportuniti dan peluang yang terbaik buat diri kita melakukan pembetulan bukan setakat pelanggan kita tetapi juga sebagai satu peringatan kita dan juga rakan sekerja kita supaya tidak berlaku lagi atau di ulangi lagi di masa hadapan
  • Peluang untuk kita untuk menjaga dan membantu pelanggan tersebut. Tunjukkan kepada mereka yang kita juga mampu untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul jika ada perkara-perkara yang berlaku di luar dugaan dan jangkaan kita sendiri. Setiap hari kita melalui proses pembelajaran
  • Kesempatan kita dalam membaiki khidmat kepada pelanggan kita sendiri walaupun mungkin pada mulanya kita merasakan ianya mungkin akan mengganggu fokus jualan kita
  • Apabila dah tahu jalan penyelesaiannya sudah pasti kita tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan apabila bertemu dengan pelanggan lain. Apa yang berlaku ambillah ia sebagai satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat diri kita
  • Kita akan sentiasa ambil berat dan ketahui segala kehendak pelanggan dan ini lebih memudahkan lagi kita melakukan tugasan jualan kita
  • Pelanggan akan mengetahui dan memahami yang kita adalah seorang yang prihatin dan mengambil berat segala permasalahan yang timbul. Ini lagi memudahkan tugasan kita hasil dari hebahan mulut pelanggan kita sendiri.
  • Mustahil setiap permasalahan yang timbul tiada jalan penyelesaiannya. Atasinya dengan cara yang berhemah dan rasa yang amat bertanggung jawab.
  • Kita bantu seseorang bermakna dalam pasaran orang akan lebih menghormati kita dan secara tidak langsung ianya akan menaikkan lagi reputasi kita dan memudahkan lagi jualan kita bukan setakat pelanggan tersebut tetapi juga kepada rakan taulan pelanggan tersebut
  • Sentiasa tersemat dalam diri kita yang kita sentiasa mahukan untuk membantu dan menolong pelanggan-pelanggan kita dan sesiapa juga yang berurusan dengan kita

Walaupun ianya satu yang menyakitkan dan memedihkan diri kita, tetapi jika ianya dapat di selesaikan dengan cara dan jalan yang terbaik, memuaskan hati pelanggan kita, pasti komplen tersebut akan bertukar kepada satu oportuniti yang terbaik untuk diri kita sendiri per tingkatkan lagi jualan kita untuk diri kita dan organisasi kita. Sentiasa berfikir mencari peluang dan bukannya berfikir untuk melepaskan diri hanya menjadi seperti seorang Polis Trafik yang mengawal kesesakan jalanraya sahaja.

Read more >>

Jumaat, 6 Januari 2012

Konsep 3R dalam atasi komplen yang diterima


Memang melecehkan dan merimaskan jika sesuatu komplen dan ke tidak puasan hati berlaku terhadap pelanggan kita. Komplen pelanggan akan serta tidak langsungnya akan menyebabkan tumpuan kerja menjadi terganggu dan mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapinya dahulu bukan setakat mengambil hatinya semula tetapi juga mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan dan mencari jalan penyudah bagi menyenangkan semula pelanggan tersebut.  Harus di ingat, jika komplen ini berleluasa terjadi nama baik kita, organisasi kita dan karier kita akan terjejas terus dan boleh menghilangkan kepercayaan pelanggan tersebut kepada kita dan organisasi.

Menurut Tom Borg terdapat konsep 3R yang boleh sedikit sebanyak membantu kita menyelesaikan permasalahan komplen yang timbul dan meningkatkan semula kepercayaan dan jualan kita. Menurut beliau, konsep 3R tersebut adalah

R – Respect
Hormati pelanggan tersebut. Keputusan beliau dalam ke tidak puasan hatinya perlu di hormati dan jangan sesekali mempe rendah-rendahkan komplen tersebut. Ambil perhatian sebaik-baiknya, dengar apa yang sepatutnya dan beri peluang kepada pelanggan tersebut menceritakan dan memaklumkan atas segala kekecewaan, kesukaran dan kesusahan yang di tempohnya. Jangan sesekali kita mengatakan yang pihak kita sentiasa betul dan benar, terima dahulu apa juga ungkapannya dahulu.

R – Rapport
Perhubungan kena di jaga. Nak dapat seorang pelanggan pun sukar inikan pula nak kehilangan seorang pelanggan. Pastikan kita memohon kemaafan dahulu di atas segala kekecewaan, kesukaran dan kesusahan yang menimpa diri pelanggan kita. Ucapkan juga ungkapan Terima Kasih di atas kesudian beliau memaklumkan dan memberitahu kepada kita dan kita sendiri akan memastikan segala dan setiap komplen beliau akan di ambil perhatian serius dan memaklumkan semula jika ada apa-apa perkembangan terbaru tentang status komplen mereka

R – Resolve
Tindakan kita kini adalah untuk mengambil langkah segera dan cepat. Lagi cepat lagi bagus dan nampak efisiennya kepada pelanggan tersebut. Pastikan kita telah faham dan salami permasalahannya hasil dari komplen yang telah pelanggan kemukakan supaya komplen tersebut dapat diselesaikan mengikut apa yang pelanggan tersebut kehendaki. Komplen yang lain selesaikan perkara lain itu yang paling di takuti. Elakkan ia berlaku dan pastikan setiap permasalahan yang timbul ada jalan penyelesaiannya.


Mungkin konsep yang sebegini boleh dimanfaatkan tatkala kita ditempuh komplen-komplen yang tidak diduga yang datang secara tiba-tiba dan mengejutkannya. Lakukan sebaik mungkin agar ia nya tdak berlaku lagi dan diulangi sama sekali.


Read more >>