Bertegang leher dalam melakukan jualan amat
elok jika tidak dilakukan terus. Eloklah jika mampu dielakkan terus dari
melakukannya. Bertegang leher adalah satu simpulan bahasa yang menggambarkan
tentang situasi berkeras dan tidak mahu langsung untuk mengaku kalah. Walaupun dalam
keadaan yang benar dan betul sekalipun demi menegakkan kebenaran sehingga sanggup
meninggi suara, memandang rendah pada seseorang dan orang lain dirasakan tidak
benar sama sekali.
Inilah yang perlu dielakkan sama sekali
dalam kita melakukan jualan. Bakal pembeli sudah pasti terpinga-pinga dan
merasa kecewa dengan tindakan yang kita berikan. Pada asalnya mahu mendengar
apa yang mahu kita terangkan terus terhenti disebabkan tabiat buruk yang kita
tonjolkan. Sesuatu yang perlu untuk kita fikirkan bersama memandangkan dalam
melakukan jualan perlu ada tolak ansur dan keharmonian yang perlu kita jalinkan
dengan bakal pembeli. Mungkin kisah ini boleh dijadikan satu iktibar dan
pengajaran buat kita semua.
Seorang pemuda yatim piatu datang menemui Rasulullah dan menceritakan
bahawa dia mahu membina tembok di sekeliling rumahnya bagi menjamin keselamatan
mereka sekeluarga setelah ayahnya meninggal dunia, tetapi malangnya ada
sebatang pohon kurma milik jirannya menghalang tembok itu. Justeru dia telah
meminta jirannya memberikan pohon itu, namun jirannya tidak bersetuju. Pemuda
itu juga telah meminta untuk menebang separuh pohon itu, dan jirannya tetap
tidak setuju. Kemudian pemuda itu menawarkan untuk membeli pohon kurma
tersebut. Jirannya tetap bertegas tidak mahu.
Justeru Rasulullah SAW telah memanggil jirannya itu. Rasulullah telah
menawarkan kepada jiran itu sepohon kurma di syurga yang mana besarnya
"100 tahun perjalanan", namun malangnya, si jiran itu tetap tidak
bersetuju.
Seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Dahdah mendengar tawaran yang
diberikan itu lantas berkata "Wahai Rasulullah, adakah tawaran itu terbuka
untuk sesiapa sahaja..?" Rasulullah menjawab "Ya, sekiranya kamu
boleh menyelesaikan masalah pemuda ini".
Lantas Abu Dahdah menawarkan untuk menukar sepohon kurma itu dengan kebun
kurmanya yang sangat terkenal di Madinah. Lantas jiran itu pun bersetuju. Abu
Dahdah bertanya kepada Rasulullah "Adakah aku akan mendapat sepohon kurma
di syurga nanti wahai Rasulullah..?""Tidak..!!Kamu tidak akan
mendapat sepohon kurma di syurga, tetapi kamu akan mendapat se kebun kurma di
syurga Allah nanti".
Abu Dahdah kembali ke rumahnya lantas memberitahu isterinya “Wahai Ummu
Dahdah, aku telah infak kan harta ku, aku telah membelinya dengan pohon kurma
di Syurga.” Isterinya menjawab, “Alangkah beruntungnya jual beli (perniagaan)
itu."
Beringatlah jangan tersalah langkah terlalu
suka bertegang leher kerana ia boleh menyebabkan integriti, personaliti dan
keupayaan kita dalam menjual di pandang rendah dan sepi di mata pandangan. Hebahan
mulut yang negatif pasti berlaku dan terjadi yang tidak elok . Berfikirlah sebelum
mengambil tindakan sewajarnya hanya dengan cara lebih berdiplomasi dan
berhemah. Menjual bukan setakat nak ambil untung dan menolong orang lain tapi
tingkah laku, perangai dan akhlak kita sendiri perlulah dijaga dengan
sebaik-baiknya sama sekali.
Read more >>