Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 27 Disember 2012

ASAS STRATEGI MENCAPAI KEJAYAAN



Semuanya mengatakan kena ada strategi dalam melakukan tugasan. Tapi apa sebenarnya strategi yang dikehendaki? Apa yang perlu dilakukan demi mencapai keputusan terbaik dalam melakukan tugasan jualan. Betul atau tidak apa yang kita lakukan selama ini? Bagaimana dengan pencapaian kita sepatutnya? Terlalu banyak persoalan yang perlu kita hadapi dalam memastikan bagaimana perancangan yang kita tetapkan bersesuaian dengan tindakan yang akan kita lakukan. Biar selari dengan kemampuan kita mencapai matlamat yang ditetapkan supaya dapat dilakukan dengan baik sama sekali.

Antara strategi-strategi perancangan yang agak ‘simple’ dan ringkas adalah dengan cara

i.                     Beri lebih banyak perhatian
Beri tumpuan beri fokus yang betul setiap masa. Kena ingat apa tujuan sebenar kita melakukan jualan. Bukan nak suruh kita buat jualan kerana dah tiada kerja lain yang dilakukan dalam jualan. Jangan lakukan jualan demi terpaksa tapi lakukanlah ia kerana kesungguhan dan minat kita untuk melakukannya. Bila tumpuan dah ada dengan fokus akan apa yang ingin kita lakukan, pasti akan banyak membantu untuk kita lakukan dengan yang terbaik tanpa adanya gangguan dan halangan yang perlu kita tempuhi auntuk di atasi.

ii.                   Jangan membazir masa
Semua orang mempunyai had masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Pergunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin agar masa yang ada pada kita tidak terbuang begitu sahaja dengan perkara yang bukan-bukan. Pengurusan masa sangat penting. Kita yang membazir masa bermakna kita beri peluang berapa banyak kita akan menanggung kerugian di kemudian hari. Sepatutnya boleh tambah pendapatan dan perolehan tapi malangnya apa yang kita peroleh hanyalah rugi masa hilang punca pendapatan.

iii.                  Elakkan pembaziran di tempat yang tidak betul
Setiap kali lakukan jualan sasarkan prospek/pelanggan yang sepatutnya. Jangan main hentam kromo sahaja. Pemilihan prospek/pelanggan mestilah betul dan tepat agar tiada pembaziran pula yang berlaku baik bagi masa mahupun lokasi yang akan kita pergi tunaikan temu janji yang ditetapkan. Semuanya kena ada strategi yang betul dalam pemilihan prospek/pelanggan.

iv.                Capai setiap sasaran yang diberikan
Tiada istilah putus asa atau mencari tuah di badan sahaja. Kena usaha kena lakukan sendiri. Setiap sasaran yang diberikan kena capai melebihi 100% pencapaian. Jangan kerja ikut suka di hati tapi pastikan setiap arahan yang diberi diikuti dengan baik sama sekali mengikut kreativiti kita sendiri. Kepuasan melakukan tugasan akan lebih terserlah rasanya jika sasaran yang ditetapkan kita berupaya untuk mencapainya sebaik yang mungkin.

v.                  Perkembangkan pendapatan atasi  pendapatan yang lepas
Jangan biarkan pendapatan kita yang ada begitu statik sahaja perolehan kita. Kita perkembangkan setiap bulan biar ada peningkatannya setiap masa. Jangan jadikan pendapatan kita seperti yo-yo sekejap naik sekejap turun. Elakkan sama sekali tetapi jadikan pendapatan kita seolah-olah seperti mendaki gunung yang tinggi semakin meningkat semakin luas pemandangan kita melihat keindahan dan kecantikan ciptaan Allah SWT. Begitulah juga dengan usaha, semakin bersungguh kita lakukan semakin tinggi perolehan yang boleh di capai. Bila perolehan yang banyak boleh didapati sudah tentu apa juga yang kita ingini pasti boleh diperoleh mengikut apa yang kita idam-idamkan selama ini

vi.                Tunaikan setiap janji yang telah diberikan
Melakukan jualan sudah semestinya pelbagai janji manis akan diberikan demi memastikan apa juga yang kita sampaikan dan berikan telah dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Berpegang teguh dengan janji. Begitu juga dengan organisasi yang kita wakili, tunaikan janji kita bukan setakat nak dapat perolehan yang tinggi semata-mata tetapi sasaran yang telah dibekalkan kepada kita juga harus dipastikan ia nya tercapai sama.

Teruskan usaha tentukan strategi yang kita lakukan adalah berkaitan terus dengan apa yang kita lakukan. Nak berstrategi biarlah demi kemajuan karier kita dalam melakukan jualan dan tidak sama sekali meranapkan apa yang kita lakukan selama ini. Nak berjaya kena ada strategi dan tahu mencari jalannya dan bukan sama sekali tahu mencari alasannya. Orang yang berjaya alasannya hanya kejayaan sahaja tidak lebih daripada itu. Buatlah yang terbaik agar yang terbaik juga akan kita peroleh di hujung masa nanti. Elakkan kekecewaan di akhirnya dengan memastikan permulaan tugasan jualan bermula dengan kejayaan.
Read more >>

Rabu, 26 Disember 2012

ESOK TIDAK MENJUAL



Sesuatu yang perlu difikirkan apabila kita melakukan jualan. Di waktu hari dan ada ketikanya kita amat bersemangat melakukan jualan mungkin tidak akan timbul apa juga masalah pun tetapi bagaimana ke esok kan harinya kita tidak melakukan jualan? Adakah ia nya satu musibah atau pun satu ketenangan jiwa kepada kita jika terdapatnya satu hari yang kita benar-benar tidak dapat melakukan jualan. 

Mungkin perkara-perkara begini perlu kita fikirkan jika berlaku esoknya kalau kita tidak menjual

i.                     Bagaimana dengan temu janji-temu janji yang telah kita lakukan penetapan untuk awal untuk esoknya?

ii.                   Siapa yang akan menguruskan jualan yang di rancang kan untuk kita melakukannya tapi ada masalah peribadi pula yang timbul

iii.                  Pelanggan telefon, apa yang nak diperkatakan?

iv.                Mana untung, cuti kah atau menjual?

v.                  Akan hilang kah kepercayaan mereka kepada kita?

vi.                Hilang prospek/pelanggan kita? Kalau tak rakan sekerja yang ambil mungkin pesaing yang merampasnya pula

vii.               Kalau ada pesanan bagaimana? Siapa nak uruskan

viii.             Sanggup kah prospek/pelanggan menunggu kehadiran kita semula?
ix.                 Apa alasan terbaik untuk diberikan

x.                  Kembali sahaja kita melakukan jualan, adakah kena bermula seperti asal semula?

xi.                 Hilang kah peluang-peluang yang pasti untuk kita?

xii.               Kepentingan diri atau kepentingan prospek/pelanggan perlu dijaga?



Berfikirlah sebaik mungkin sebelum kita bercuti melakukan jualan, ambil tindakan sewajarnya menangani masalah-masalah yang mungkin boleh timbul dan cari jalan penyelesaiannya yang terbaik untuk diatasi. Kalau cuti yang sememangnya dalam perancangan kita tidak mengapa tapi bagaimana kalau cuti yang mengejut tiba-tiba kena bercuti disebabkan perkara-perkara yang melibatkan kecemasan? Semuanya kena fikirkan sebaik-baiknya. Ambil jalan tengah yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak. Yang penting jangan menipu mahupun berbohong yang bukan-bukan kepada prospek/pelanggan dan juga kepada majikan kita. Bertindak jujur dan ikhlas itulah penyelesaian terbaik agar prospek/pelanggan akan lebih menghormati tindakan dan perbuatan kita jika kita menghadapi masalah tidak dapat berurusan dengan mereka.




Read more >>

Selasa, 25 Disember 2012

PENTINGNYA KEJUJURAN



Satu sikap dan tabiat yang perlu ada dalam melakukan jualan adalah kejujuran. Menjual begitu sahaja memang boleh. Tapi kalau di campur dengan kejujuran yang mengakibatkan prospek/pelanggan akan lebih mempercayainya. Tiada pembohongan, kekeliruan atau ke tidak amanah yang membolehkan seseorang prospek/pelanggan akan hilang kepercayaannya kepada kita. Jujur dalam erti kata membantu bersungguh-sungguh demi menyelesaikan masalah yang dihadapinya amat diperlukan sama sekali.

Kejujuran di dalam menjual amat diperlukan bagi memastikan bahawa

i.                     Prospek/pelanggan boleh mempercayai apa yang kita jualkan atau tawarkan

ii.                   Akan menimbulkan rasa percaya dan mudah tertarik dengan kita yang menjual

iii.                  Lebih rasa hormat prospek/pelanggan terhadap kita

iv.                Mudah melakukan jualan berulang 

v.                  Hebahan mulut tentang produk kita amat mudah tersebar dengan baiknya

vi.                Memberikan impak yang amat bagus kepada kita dalam melakukan jualan

Di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab RA. Merupakan pemimpin yang tegas dan teliti di masa  itu,  terdapat penjual susu yang suka mencampurkan susu dengan air untuk dapat untung yang banyak dan lebih tanpa memikirkan hukum halal dan haramnya. Suatu hari tatkala Sayidina Umar yang terlah mengetahui penipuan tersebut pernah mencurahkan susu itu ke tanah kerana tidak senang dengan penyelewengan yang berlaku. Tindakan tegas telah diambil dengan Sayidina Umar mengeluarkan arahan untuk mengharamkan penjualan susu yang di campur dengan air.

Sayidina Umar telah mengetahui bahawa susu yang dijual tersebut telah di campur dengan air apabila pada satu hari Sayidina Umar berehat sebentar di sebuah bangunan sambil bersandar ke dinding. Kebetulan semasa beliau bersandar tersebut tiba-tiba terdengar perbualan antara seorang ibu dengan anak perempuannya di mana dengan sewenang-wenangnya si ibu menyuruh anaknya menambah air ke dalam susu untuk dijual. Agak malang bagi si ibu tersebut apabila si anak tersebut tidak mahu dan menolak apa yang disuruh oleh ibunya untuk dilakukannya kerana takut kepada Allah. Ketakutan si anak tersebut akan hukum Allah amat dirasainya. Bukan setakat Allah sahaja yang ditakuti tetapi juga dia sangat patuh kepada perintah yang dikeluarkan oleh Amirul Mukminin tersebut kerana baginya tidak baik dan elok baginya hanya kerana  dia mentaati Sayidina Umar di hadapannya sahaja namun menderhakanya apabila di belakang Sayidina Umar.

Kagum dengan apa yang didengarinya hanya kerana kejujuran dan kemurnian hati anak perempuan tersebut lalu Sayidina Umar menghantar rombongan meminang untuk anaknya Ashim kerana bagi Sayidina Umar tahu bahawa perempuan tersebut adalah seorang mukminah dan diyakini berupaya melahirkan zuriat yang berakhlak terpuji.

Iktibar dan pengajaran dalam melakukan jualan. Kejujuran amat diperlukan sama sekali. Hanya mementingkan keuntungan dan perolehan yang bakal yang diperoleh kita sanggup melakukan penipuan dan tidak jujur akan atas apa yang kita lakukan. Bila orang tahu kita adalah penipu dan tidak jujur sama sekali sampai bila prospek/pelanggan sudah pasti tidak akan mempercayai lagi terhadap kita. Elakkan sama sekali agar ia nya tidak berlaku dan terjadi kepada kita. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Hendaklah kamu selalu berbuat jujur, sebab kejujuran membimbing ke arah kebajikan, dan kebajikan membimbing ke arah syurga. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat jujur dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kejujuran sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan hindarilah perbuatan dusta. Sebab dusta membimbing ke arah kejelikan. Dan kejelikan membimbing ke arah neraka. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat dusta dan bersungguh-sungguh dalam melakukan dusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Read more >>