Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 7 Januari 2015

20 KUNCI PENETAPAN MATLAMAT


Sumber foto - gmatclub.com

Manusia rata-rata mempunyai keupayaan untuk mencapai apa sahaja. Kekurangan keupayaan adalah asas dalam menghadapi cabaran. Cabarannya adalah untuk mengetahui apa yang anda mahu dan bersedia untuk berkorban, berubah, dan berkembang bagi memenuhi kekurangan tersebut.

Jika anda bersedia dan mempunyai matlamat atau lebih dalam fikiran, laburkan masa beberapa minit untuk lakukan langkah-langkah berikut bagi penetapan matlamat anda dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.
1.     Jika matlamat bukan secara bertulis, bermakna ia bukan matlamat. Satu matlamat yang tidak bertulis adalah hanya satu hasrat atau mimpi, yang tidak pernah berlaku. Oleh itu lakukan secara bertulis, kerana ia adalah satu komitmen.
2.     Jika ia bukan khusus, ia bukan matlamat juga. Keinginan yang luas dan matlamat yang tinggi pasti tidak mempunyai kesan. Ia mesti konkrit dan kukuh.
3.     Matlamat mesti diyakini. Jika anda tidak percaya anda boleh mencapai matlamat tersebut, bermakna anda tidak akan menanggung apa-apa pun.
4.     Satu matlamat yang berkesan adalah satu cabaran yang menarik. Ia mesti menuntut tindakan terbaik sama ada sedikit atau lebih, sama sekali ia tidak akan mengubah cara anda dan meningkatkan kualiti kehidupan.
5.     Matlamat mestilah selaras dengan maklumat baru. Sesuaikan ke bawah jika matlamat tersebut menjadi satu kesukaran atau per tingkatkan jika terlalu mudah pula.
6.     Matlamat dinamik membimbing pilihan kita. Jika anda mahu yang amat sangat, anda pasti mematikan TV dan memikirkan kaedah terbaik untuk merealisasikannya. Sasaran matlamat akan menunjukkan kepada tindakan dan cara yang betul untuk mendapatkan keputusan terbaik.
7.     Jangan menetapkan matlamat jangka pendek sehingga melebihi daripada 90 hari. Jika anda menetapkan matlamat jangka pendek yang mengambil masa lebih daripada 90 hari, mungkin minat untuk mencapainya semakin merudum.
8.     Kekalkan keseimbangan antara matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Matlamat jangka panjang cenderung kepada yang tersembunyi dalam kabus masa depan. Tetapkan juga matlamat jangka pendek seperti mendapatkan pakaian, kereta, bersiar-siar di hujung minggu demi memastikan keseronokan berterusan.
9.     Sertakan sekali bersama dengan orang yang anda sayangi akan matlamat anda. Libatkan mereka dan pasti ada orang akan peringat kan sentiasa termasuk menjadi pendorong apabila diperlukan nanti.
10.   Tetapkan dalam semua bidang kehidupan. Ada matlamat lain selain objektif kerjaya anda untuk dicapai sama.
11.   Serasikan semua matlamat. Jika terdapat konflik yang berlaku fahami keutamaannya untuk diselesaikan terlebih dahulu
12.   Kaji secara harian. Ingat, matlamat jangka panjang hanya boleh dicapai jika matlamat jangka pendek berjaya di capai pada kemuncaknya.
13.   Tetapkan matlamat yang jelas. Penentuan bukan setakat apa yang anda mahu tetapi juga pada tempoh yang diperlukan. Beri tumpuan dan luangkan sedikit masa setiap hari memikirkan matlamat tersebut.
14.   Jangan pahat matlamat anda dalam granit. Kadang-kadang anda perlu mengubah suai semula matlamat untuk mematuhi keutamaan anda dalam kehidupan.
15.   Menjangkau ke masa depan. Idea penetapan matlamat adalah untuk merancang kehidupan anda daripada menerima kehadirannya. Mulakan dengan menetapkan matlamat 20 tahun. Kemudian disempitkan pula ke bawah hingga 10 tahun, lima tahun, 30 bulan, 12 bulan, secara bulanan, mingguan, dan akhirnya matlamat untuk esok dan setiap hari bagi minggu-minggu yang akan hadir.
16.   Menetapkan matlamat setiap hari, dan keputusannya di kaji setiap malam akan keberkesanannya.
17.   Idamkan matlamat anda. Bayangkan diri anda mampu memiliki apa yang anda telah tetapkan matlamat tersebut.
18.   Tetapkan aktiviti mencapainya bukan hasil akhir yang diperoleh. Aktiviti yang berkesan akan membawa kepada hasil akhir dengan sendirinya.
19.   Memahami nasib diri bagaimana ia mampu membuat nasib tersebut bekerja untuk anda. Menjangkakan sesuatu yang baik berlaku, pasti yang baik juga akan di terima.
20.   Mulakan sekarang. Buat matlamat tetapkan 90 minit fikirkan dan tumpukan apa yang dimahukan.
 
Kemudian, memperuntukkan 10 minit sehari untuk 21 hari akan datang untuk mengkaji dan mengubahnya. Selepas itu, dua minit sehari dan 30 minit seminggu adalah semua yang diperlukan untuk membuat anda berada di landasan yang betul.
           
Cuba sistem ini. Kongsi dengan orang tersayang anda & rakan perniagaan. Bayangkan apa akan jadi pada kehidupan yang dimahukan apabila semua orang sedang berusaha ke arah matlamat baru dan menyokong antara satu sama lain dalam pencapaian mereka.

Semoga tercapai apa yang di hajati.
 
Tom Hopkins

Terjemahan artikel dari Tom Hopkins International Inc
 
Read more >>

Selasa, 6 Januari 2015

BERSEDIA MELAKUKANNYA


Sumber foto - imgkid.com

Melakukan jualan mendapatkan persetujuan penerimaan tawaran amat mendebarkan. Langkah yang betul pasti melegakan. Hanya tersilap langkah perlu di perhati dan dijagakan sepenuhnya. Bukan mudah untuk menarik minat tapi kalau dah berjaya menarik minatnya sudah pasti kepercayaan mereka terhadap kita akan menjelma dengan begitu mudah sekali.

Inilah yang perlu dilakukan, semasa penawaran dan perundingan berlaku dan terjadi. Jangan mudah mengaku kalah. Tidak guna berhujah berjela-jela panjangnya jika mereka tidak berminat dan mendiamkan diri begitu sahaja. Fokus dan beri tumpuan atas apa yang kita lakukan. Jangan mengalah tapi sentiasa bersemangat melakukannya dengan cara

1.    Berikan lebihan masa yang bersesuaian kepada bakal pembeli untuk menarik dan memupuk perhatian dan minat mereka

2.   Ketahui dan sensitif kepada apa perkara sebenarnya boleh menarik minat mereka atas produk yang ditawarkan

3.   Banyakkan bermain logik akal dengan penerangan yang simple, ringkas dan jelas

4.   Tindakan segera diperlukan tidak bertangguh apa yang perlu diberi perhatian

5.   Kesepakatan kedua-dua belah pihak perlu dicari bagi mencapai persetujuan penerimaan tawaran

6.   Bersabar dan paparkan keceriaan semasa berinteraksi

7.   Dapatkan komitmen mereka semasa penawaran dan perundingan

8.   Jauhi sama sekali riak muka yang membosankan

Ikhlas dalam memberi sudah pasti kegembiraan berpihak kepada kita. Mudah memberikan kefahaman dan membuka pemikiran mereka sudah pasti segala keraguannya akan terjawab jua. Bila difahami dan diertikan boleh menyelesaikan apa yang mereka tanggung selama ini sudah pasti kehadiran kita membantu mereka. Tarik minat mereka dengan menjual segala kelebihan dan manfaat yang mereka cari-carikan selama ini. Strategi yang betul pasti apa yang dimahukan boleh dilakukan dengan mudah dan senang. 


Read more >>

Isnin, 5 Januari 2015

RAMUAN MENCAPAI KEJAYAAN




Mendapatkan makanan yang sedap dan menyelerakan sudah pasti memerlukan makanan yang sedap masakannya. Cukup segala resipinya dalam masakan tersebut. Makanan yang enak walaupun telah kekenyangan sudah pasti akan teringat-ingat akan kesedapan makanan tersebut. Itulah pentingnya resipi yang bagus sudah pasti akan memberikan kepuasan dalam menikmati makanan yang tersedia dan terhidang.

Jualan juga tidak terkecuali. Mencapai kejayaan sesiapapun boleh mengatakannya. Tapi apa ramuan dan resipinya hanya mereka yang berdisiplin sahaja mampu menterjemahkan kejayaan yang dimahukan secara realiti. Belum pernah lagi ditemui manusia mahukan kegagalan melainkan kejayaan sahaja yang diperlukan. Melakukan jualan bukan main hentam kromo sahaja tetapi memerlukan tindakan yang sepatutnya untuk dilakukan. Berfikir dahulu sebelum tindakan yang betul boleh dilaksanakan.
Apa yang dimaksudkan dengan ramuan dan resipi kejayaan yang perlu dilakukan ini adalah

1.    Berdisiplin dalam segala hal. Jangan ambil mudah tapi bersungguh melakukannya. Jaga masa, jaga janji, jaga tugasan dan jaga setiap apa yang dilakukan. Jangan mudah serahkan tugasan jualan pada pihak ketiga tapi sebaiknya lakukan secara bersendiri. Lebih baik melakukannya secara bersendirian supaya kita sendiri tahu apa yang kita lakukannya.

2.   Sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah. Berdoa jangan diketepikan minta dan mohon pada Allah agar per mudahkan dan senangkan segala tindakan yang kita lakukan. Jangan takbur dan bongkak kerana semua yang kita lalui dan lakukan adalah atas ihsan dan rahmat dari Allah juga. Jadilah seorang yang sentiasa mengharapkan redha Allah akan apa juga yang kita lakukan di muka bumi ini sentiasa dikira sebagai satu amalan ibadat kita kepada Allah walaupun sedang bertugas melakukan jualan.

3.   Menjadi pakar dalam bidang yang kita lakukan. Sentiasa agresif melakukannya agar pengalaman mengalaminya semakin mematangkan kita melakukan jualan. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman yang ada tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak dipenuhi. Sentiasa belajar dan pelajari setiap hari. Jangan berhenti belajar kerana ilmu yang ada tidak pernah kering sama sekali. Gali dan cari apa juga ilmu yang kita mahukan.

4.   Jaga hubungan dengan mereka secara akrab. Kawan yang rapat sudah pasti akan membantu diri kita semula. Tidak disukarkan tapi dipermudahkan. Itulah nama kawan yang akrab berbeza dengan kenalan begitu sahaja. Jangan bila penutupan jualan telah diperoleh kita tinggalkan mereka langsung tidak diambil tahu. Ambillah sedikit masa agar sentiasa jalinan silaturahim berkekalan dengan bertanya khabar dan berita.

5.   Peka pada kehendak dan kemahuan mereka. Bantu mereka tolong selesaikan permasalahan melalui produk yang ditawarkan. Tunjukkan dan maklumkan bagaimana produk yang ditawarkan sememangnya mampu dan boleh untuk berikan penyelesaian pada masalah mereka.


Lakukan demi karier dan masa depan kita. Bukan ikut orang lain tapi ikut kata hati kita yang mahukan kejayaan dilakar dalam kehidupan pada diri kita sendiri. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jangan berhenti di tengah jalan kerana setiap apa yang kita lakukan tidak ada jalan mudah untuk ditempuhi. Berhadapan dengan segala masalah, cabaran dan dugaan yang mendatang dengan sabar dan tabah. Sudah pasti apa yang kita mahukan akan kita anggap sebagai satu perkara yang wajib kita hadapi juga. Itulah asam garam bila melakukan jualan.


Read more >>