Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 2 Ogos 2014

BERHADAPAN DENGAN PESAING




Adat orang menjual mesti ada persaingannya. Begitulah lumrahnya dalam kita menceburi bidang ini. Jangan mudah mendabik dada merasakan apa yang kita lakukan sudah pasti semudah pengiraan matematik. Fikir logik akal sudah pasti semuanya mudah sahaja untuk dilakukan. Tapi dari segi realitinya sebenarnya terlalu banyak yang perlu untuk kita tempuhi dan salah satu daripadanya adalah persaingan. Tidak kiralah dari pesaing yang menjual produk yang sama ataupun tidak semuanya perlu untuk kita hadapi dengan hati yang terbuka, tabah, tenang dan sabar.

Kerana itu apabila kita bersaing pastikan kita jangan melakukan perkara-perkara berikut

i.             Mudah memandang rendah pesaing yang ada.

ii.           Tidak mudah berdendam, sakit hati dan geram akan apa juga tindakan mereka.

iii.          Tidak memburukkan pesaing di hadapan bakal pembeli atau pelanggan.

iv.          Jangan mengikut gerak jualan seperti mereka seolah-olah kreativiti dalam jualan langsung diketepikan langsung.

v.            Sebaik-baiknya jangan bermusuh dengan mereka tapi berkawan dan bersahabatlah dengan mereka walaupun dalam bidang yang sama. Banyak yang boleh dipelajari dari mereka yang mungkin tidak kita ketahui caranya.

vi.          Tidak mudah percaya dan menerima membabi buta kalau ada orang atau bakal pembeli dan pelanggan yang suka memburukkan pesaing-pesaing kita. Mungkin ada agenda atau provokasi yang pasti tidak kita ketahui di sebaliknya.

vii.        Mudah berputus asa merasakan pesaing adalah lebih baik dan bijak dari tindakan kita.

Fokus dan bersangka baik. Berfikiran positif sentiasa agar kita sentiasa boleh beriltizam dalam melakukan jualan. Mungkin sasaran pelanggan yang sama tapi semuanya dapat dibezakan hanya dari segi bagaimana penerangan yang kita terangkan dan bagaimana gaya perkhidmatan yang mampu kita hulurkan kepada mereka. Kenapa perlu kecewa dan sedih dalam memperjuangkan jualan yang kita lakukan? Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Yakin dan percayalah.
Read more >>

Jumaat, 1 Ogos 2014

BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH




Bekerjalah dengan sebaik-baiknya. Lakukan dengan bersungguh dan gigih memastikan apa yang dilakukan boleh dicapai walaupun terdapat pelbagai rintangan, cabaran dan masalah yang timbul. Biarlah apa yang orang boleh perkatakan namun itu semua adalah perkara biasa yang perlu kita hadapi dengan ketabahan yang ada. Paling utama setiap usaha yang dilakukan adalah dengan cara yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah dan keletihan yang perlu kita lalui. 

Bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW bersabda ‘Allah sangat menyukai mana-mana hambanya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh’ (Hadis Riwayat Baihaqi). Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa setiap usaha yang dilakukan tidak kira pekerjaan apa sekalipun yang tidak bertentangan dan berlawanan dengan syarak perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tiada istilah curi tulang atau mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Apatah lagi melakukan secara menipu atau berbohong demi memuaskan nafsu sendiri demi kepentingan peribadi. 

Semuanya dilakukan dengan hati yang terbuka secara bersungguh-sungguh dan gigih melakukan sebaik mungkin demi mencapai apa yang dimahukan. Inilah satu pegangan perlu ada dalam diri kita agar memperlakukan tugasan secara bersungguh-sungguh sudah pasti mendapat ganjaran bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sama. Bukan mengharapkan atau menyalahkan takdir sahaja tanpa satu usaha yang gigih perlu dilakukan.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda ‘telah berfirman Allah SWT kepada malaikat pembahagi rezeki kepada Bani Adam : manakan hamba Ku yang kamu temui menunjukkan harapannya kepada Aku semata-mata, maka jamin kan rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya, tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka’ (Hadis Riwayat Abu Naim).

Lakukanlah setiap tugasan secara bersungguh-sungguh. Biarpun penat dan letih sekalipun mencari rezeki dan sesuap nasi sebagai bekalan hidup namun kesungguhan perlu diutamakan. Rezeki takkan datang bergolek andai kata tiada usaha yang dilakukan. Setakat berdoa dan merancang sahaja tapi tiada tindakan sudah pasti tidak ke mana. Semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Semakin hebat kita berusaha semakin hebatlah juga hasil yang mampu untuk kita kecapi. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang dilakukan pasti ada ganjarannya.


Read more >>

Khamis, 31 Julai 2014

BELUM APA-APA DAH BOSAN




Baru kena tegur dengan ketua... dah bosan

Baru bertemu dengan prospek seorang... dah bosan

Baru buat temu janji tapi dibatalkan... dah bosan

Baru nak berinteraksi terus dapat jawapan tak mahu.... dah bosan

Se beban data leads dah tak reti nak tentukan sasaran... dah bosan

Buka booth tak ada orang langsung singgah.... dah bosan

Asyik kena bangkang asyik kena bantah sahaja.... dah bosan

Ternanti-nanti kursus tapi tak menjelma juga.... dah bosan

Baru baca buku ‘sales’ 3 muka surat..... dah bosan

Nampak sahaja muka ketua tim jualan kita..... dah bosan

Kena telefon dan hubungi lagi prospek yang sama..... dah bosan

Melayan aduan dan karenah pelanggan.... dah bosan

Kena leteran pelanggan.... dah bosan

Asyik bosan sahaja, bila nak berjaya kalau begini? Nak berjaya kena banyakkan bersabar, tabah dan tenang sahaja. Sudah kah kita persiapkan diri kita semuanya ini? Bersiap sedia dengan segala cabaran, dugaan, rintangan dan halangan yang menimpa kerana semua yang berlaku itu adalah satu ujian dan rahmat dari Allah jua. Sentiasa berkeinginan tinggi dan bersemangat waja kerana apa juga yang berlaku dan terjadi sudah pasti akan kita tempuhi dengan penuh kesabaran dengan hati yang terbuka.
Read more >>

Rabu, 30 Julai 2014

BETUL-BETUL LAKUKAN




Menjual juga merupakan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka. Fahami apa masalah sebenar mereka sebelum kita boleh rujuk produk yang bersesuaian dengan apa yang mereka tanggung selama ini sebelum satu solusi boleh ditawarkan. Jangan salah solusi nanti bantuan yang diberikan sepatutnya akan menjadi hilang kepercayaan pula kepada keupayaan sebenar dan niat kita.

Hulurkan sahaja bantuan pada mereka yang tak mahu tak reti dan tak mampu untuk selesaikan masalah mereka. Pastikan perkara berikut perlu ada kekuatan dalam diri kita terlebih dahulu sebelum boleh dan mampu selesaikan masalah mereka iaitu dengan cara

i.             Pengetahuan produk kena betul-betul kita fahami

ii.           Niat kena betul-betul untuk membantu walaupun mencari keuntungan adalah keuntungan utama

iii.          Sasaran bakal pembeli atau pelanggan betul-betul tepat dan menepati bersesuaian dengan produk yang di tawarkan

iv.          Kemukakan soalan-soalan yang betul-betul berkaitan dengan apa yang mereka tanggung selama ini

v.            Berikan penerangan dan penjelasan yang betul-betul di fahami dengan jelas, mudah dan senang untuk diterima oleh mereka

vi.          Masa perundingan betul-betul ada situasi menang-menang. Ketepikan kepentingan kita sendiri dengan mendahulukan keperluan dan kemahuan mereka diselesaikan.

vii.        Tidak ada yang mustahil untuk di lakukan yang betul-betul boleh menghalang apa yang kita lakukan selama ini.

Tawarkan perkhidmatan yang terbaik. Jangan ambil kesempatan dan tawarkan janji produk kita boleh diterima oleh mereka walaupun masalah mereka tidak diselesaikan. Keikhlasan yang betul-betul di lakukan sudah pasti akan dapat banyak membantu karier kita dalam melakukan jualan. Tawarkan yang terbaik dengan penuh hikmah, berhemah dan tulus setiap kali melakukan jualan

Read more >>