Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 4 Jun 2014

SIGNAL NAK MEMBELI



Tiada siapa pun di dunia ini orang yang melakukan jualan tidak mahu memperoleh tawaran yang dikemukakan ditolak begitu sahaja oleh bakal pembeli atau pelanggan. Semuanya berkehendakkan produk yang ditawarkan menjadi laku dan cukup mudah diterima oleh sesiapapun juga yang ditemui atau menemui kita. Selagi terjual selagi itulah kita semakin bersemangat untuk melakukannya dan begitulah sebaliknya apabila tawaran demi tawaran dilakukan namun tiada sambutan pula yang diperoleh.

Fahami segera apa tanda-tanda awal yang sebenarnya kita mampu mendapatkan penutupan jualan. Semakin banyak tanda-tandanya semakin memberikan pengesahan buat kita yang mereka benar-benar berminat untuk menerima tawaran yang dikemukakan iaitu seperti

i.             Mereka cukup mudah berterima kasih

ii.           Sentiasa menyokong apa yang kita perkatakan

iii.          Terasa mudah terhutang budi betapa kita telah membantunya apa yang dimahukan selama ini

iv.          Sering memaklumkan ‘Tiada siapa pun pernah memaklumkan kepada saya’

v.            Semua soalan-soalan yang di kemukakan oleh kita tanpa teragak-agak memberikan jawapan yang kita mahukan walaupun mungkin ada yang menyentuh tentang persoalan peribadinya

vi.          Terus menerus menyatakan sebab-sebab persetujuan untuk menerima tawaran 

vii.        Tiada lagi berselindung menyimpan rahsia

viii.       Sering bertanyakan bila boleh diterima

ix.         Mendengar dengan lebih teliti dan cermat

x.           Sering bertanyakan tentang perkhidmatan selepas jualan yang boleh mereka peroleh

Berikan sahaja yang terbaik sudah pasti hasilnya ada yang terbaik buat kita. Jangan mengeluh kesah apatah lagi mudah merasa kecewa. Kaedah dan cara yang betul sudah pasti mudah memikat mereka untuk menerima produk yang ditawarkan. Luangkan sedikit masa pada mereka memberikan penerangan sebaik yang termampu agar mereka tahu betapa bersungguhnya kita melakukan jualan dan penawaran produk kepada mereka.


Read more >>

Selasa, 3 Jun 2014

PENGARUHI SECARA EFEKTIF




Bukan mudah nak pengaruhi seseorang. Selagi kita tidak sentiasa berinteraksi dengan bakal pembeli atau pelanggan selagi itulah kita tidak akan ke mana. Pengalaman yang dilalui adalah guru terbaik kita dalam melakukan jualan. Setiap kesilapan dan kesalahan yang ditempuhi pasti memberikan pelajaran terbaik buat kita untuk diperbaiki dan tidak diulangi tindakan yang sama di masa hadapan. Itulah pelajaran dan pengajaran yang paling berguna buat kita semua.

Berikan tindakan terbaik mendapatkan kepercayaan seseorang hanya dengan mempengaruhi bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui ketika berinteraksi secara berhemah dan bersopan. Terdapat banyak tindakan yang boleh dilakukan bagi memastikan pengaruh kita berjaya diterap dan diserap di dalam diri mereka. Antaranya adalah

i.             Bijak mengawal emosi. Jangan terlalu moody berikan keceriaan dan mudah bertutur bahasa-bahasa yang indah dan mudah difahami. Apa juga masalah yang timbul dan dilalui jangan difikirkan sangat terutama apabila berhadapan dengan mereka. Kawal sebaik mungkin dan jangan bawa sama sekali masalah yang kita hadapi dan lalui bersama dengan mereka

ii.           Kepercayaan mereka hak peribadi mereka. Jangan masuk campur tapi ketahui apa yang mereka percayakan selama ini yang boleh menjadikan mereka cara hidupnya, pegangan dan pendapat mereka untuk kita ketahui. Hormat kepercayaan mereka kerana kita bukan ‘super hero’ yang boleh menentukan seseorang mesti dan boleh mengikut acuan kita. Fikir cara dan kaedah terbaik.

iii.          Ego mereka jangan kita terlalu ambil hati. Beri layanan yang sama kekalkan momentum tugasan yang ada. Terima seadanya dan jangan mudah diambil hati

iv.          Setiap langkah dan tindakan pastikan ambil tindakan yang betul. Elakkan dari sebarang kesilapan atau kesalahan yang ada. Mungkin kesilapan yang kita lakukan adalah kecil bagi kita tapi tidak bagi mereka. Lakukan sebaik yang mungkin agar pengaruh kita cukup mudah untuk mereka menerimanya

v.            Interaksi secara berhemah dan bersopan. Tunjukkan gelagat dan kelakuan kita yang disenangi orang bukan yang dibenci orang sama sekali. Kita bersopan sudah pasti mereka juga akan bersopan  dengan kita.

Sumber terbesar dalam mempengaruhi seseorang terletak pada tingkah laku dan budi pekerti kita melayan seseorang ketika mana berinteraksi dan berkomunikasi. Setiap ayat yang dibualkan pastikan tidak menyakitkan hari mereka yang mendengarnya. Elakkan dari kepentingan diri kita tapi layan perasaan mereka dengan sebaik yang mungkin. Selesaikan permasalahan mereka melalui produk yang kita tawarkan agar keyakinan dan kepercayaan mereka semakin mendalam dengan apa yang telah kita lakukan. Pasti pengaruh kita akan menjadi kuat dan hebat kalau kita sendiri memastikan pengaruh yang ada tidak kita abaikan sama sekali.


Read more >>

Isnin, 2 Jun 2014

10 TINDAKAN KEJAYAAN




Teras dalam mencapai kejayaan. Bohonglah kalau dikatakan tiada orang yang mahukan kejayaan dalam melakukan jualan. Semua orang nak berjaya dan pasti mempunyai formulanya yang tersendiri untuk mencapai kejayaan. Sememangnya matlamat dalam kehidupan nak berjaya dalam apa juga bidang yang dilakukan dan diceburi. Satu kepuasan dalam diri kita boleh diperoleh andai kata kejayaan yang dimahukan boleh dicapai dengan baik sama sekali.

Apakah tindakan-tindakan untuk berjaya? Mesti ada tindakan yang dilakukan demi memastikan kejayaan dalam genggaman. Terdapat 10 tindakan utama dalam mencapai kejayaan apabila melakukan jualan iaitu

1.    Yakin diri

2.   Sentiasa bersemangat

3.   Disiplin diri

4.   Semangat berpasukan

5.   Pengurusan masa yang betul dan tepat

6.   Keperibadian

7.   Komunikasi dan berinteraksi

8.   Banyakkan memberi

9.   Sentiasa berkongsi idea dan ilmu

10.        Penyerahan diri kepada Allah

Tiada apa yang perlu dirisaukan. Disiplin diri adalah teras utama dalam memastikan semua tindakan yang dinyatakan dalam mencapai kejayaan yang dimahukan. Elakkan memberi alasan dan ulasan kerana  ini akan membiasakan diri melepaskan diri dari tidak mahu melakukan pekerjaan yang dilakukan. Bersikap positif dan yakin diri pasti boleh membangkitkan lagi motivasi dan kecenderungan diri melakukan jualan.


Read more >>

Ahad, 1 Jun 2014

BILA DAH LAKUKAN KESALAHAN



Kita ini manusia biasa. Kena akui perkara ini terlebih dahulu kerana sudah pasti kita tidak akan dapat lari dari melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan walaupun hanya satu perkara yang dianggap kecil sahaja. Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang maksum bukannya kita. Akui hakikat ini kerana kita sudah pasti tidak mampu untuk memberi kesempurnaan seperti mana yang dimahukan. Penting buat kita yang melakukan jualan agar tidak memberikan sebarang alasan sebegini ketika menjual kerana ini sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan akan memandang rendah atas keupayaan sebenar kita.

Berikan yang terbaik. Apabila telah sedari terdapat wujudnya kesilapan atau kesalahan walaupun sekecil zarah sekalipun lakukan perkara-perkara seperti berikut membetulkan semula apa yang telah kita lakukan dan per lakukan dengan cara

i.             Jangan gabra, gelisah dan bimbang mahupun pucat tak tentu fasal. Terima apa yang telah kita lakukan dengan hati yang terbuka.

ii.           Akui kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan. Memang pedih telinga tapi terima sahaja dahulu. Terdapat banyak hikmah nya yang mungkin tidak kita ketahui.

iii.          Mohon kemaafan atas kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan walaupun ia nya kecil. Tak jatuh maruah pun kalau kita minta maaf tapi sebenarnya akan lebih dihormati oleh penerima maaf kalau kita yang memulakan kemaafan terlebih dahulu.

iv.          Muhasabah semula fikirkan sedalam-sedalamnya mencari solusi agar kesalahan dan kesilapan yang dilakukan tidak berulang dan dilakukan lagi di masa hadapan

v.            Elakkan sedaya upaya dari melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan yang berulang. Belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain sama. Berusaha secara bersungguh-sungguh agar kesempurnaan boleh dan mampu untuk dilakukan.

Menjual kena ada keikhlasan dan kejujuran. Adanya keikhlasan dan kejujuran sudah pasti kesalahan dan kesilapan dapat kita sifar kan atau minimumkannya. Kita mahukan penutupan jualan dan bukannya mahu menunjukkan betapa hebatnya kita melakukan jualan. Semakin banyak penutupan jualan semakin hebat sebenarnya kita melakukan jualan. Semakin hebat kita melakukan jualan semakin kurang kita melakukan kesalahan dan kesilapan. Semuanya bergantung pada pengalaman yang telah kita lalui untuk kita perbetulkan setiap kali kita melakukan jualan.


Read more >>