Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 10 April 2015

MANFAAT ATAU KEUNTUNGAN?



Ramai penjual masih lagi bersikap menjual tanpa memikirkan apa kelebihan dan kehebatan produk yang ditawarkan. Adakah ini suatu yang normal atau tabiat semula jadi? Seolah-olah keuntungan dan ganjaran terlalu ekstrem untuk diperoleh. Biar orang lain kata asalkan mampu untuk mengaut keuntungan semaksimum yang termampu sudah dikira amat memadai.

Demi mengejar keuntungan sanggup mengetepikan kepentingan orang lain. Inilah yang merisaukan. Satu fenomena yang 100% perlu difikirkan secara bersama. Hanya semata-mata berlaku dan terjadi seperkara sebegini adalah disebabkan

1.    Kepentingan diri sendiri lebih diutamakan. Biar mereka susah asalkan produk yang ditawarkan tetap mendapat sambutan.

2.   Selagi pandai berbicara dan bermain kata-kata mencairkan hati dan perasaan mereka apa yang perlu untuk dirisaukan

3.   Ada mereka kisah kalau kita dalam kesusahan?

4.   Dah mereka nak membeli jual sahajalah. Janji boleh dapat untung

Menjual lah dengan memberikan manfaat dan kelebihan produk yang ditawarkan. Jangan fikirkan dahulu berapa banyak yang boleh dinikmati keuntungan yang bakal diterima. Fikirkan apa yang boleh memudahkan mereka dan selesaikan apa sahaja masalah yang ditanggung oleh mereka melalui produk yang ditawarkan. Selagi ini yang kita fikirkan dan berikan kepada mereka percaya dan yakinlah produk kita cukup mudah untuk diterima oleh mereka yang bakal menjadi pelanggan kita.

Perbetulkan niat dan cara kita dalam menjual. Jangan meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama. Cari keberkatan dalam melakukan tugasan. Bukan setakat ikhlas dan jujur tetapi juga sikap dan sifat suka dan gemar membantu orang ketika melakukan jualan amat-amat dituntut. Biarlah apa orang lain nak kata selagi apa yang kita lakukan menggembirakan pelanggan kita kenapa perlu dirisaukan? Berfikirlah sebaik mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan