Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 11 April 2015

ISH SUSAHNYA NAK MENJUAL


‘Pelbagai cara dan usaha telah saya cuba. Bila tahu sahaja saya nak menjual, sebaik-baik orang yang melayan saya sebelum ini sedaya upaya menjauhkan dirinya pula daripada saya. Penat dibuatnya kalau macam ini. Macam mana nak kaya kalau semua yang di temui asyik nak melarikan diri dan menjauhkan diri begitu sahaja. Apa hebatnya kalau melakukan jualan sebegini rupa’.

Keluhan seorang yang menjual hadir menemui saya baru-baru ini. Kasihan pun ada simpati apa tah lagi. Semuanya perlu dihadapi oleh orang yang melakukan jualan. Inilah yang dinamakan cabaran, dugaan, rintangan dan masalah yang perlu di hadapi dengan sebaik yang mungkin. Sesuatu yang normal jika terdapat sedikit keluhan dan merintih menandakan betapa susah dan sukarnya melakukan jualan.

Apa yang dapat saya perkatakan. Sememangnya ini semua ujian dari Allah menguji kesabaran dan ketabahan kita melakukan jualan. Cuma pesanan saya kepada beliau adalah

1.    Lakukan bedah siasat berkali-kali terutama setiap kali selepas melakukan jualan. Kena fikirkan semula detik yang telah dilalui di mana kesilapan, kesalahan dan kekurangan kita dalam melakukan jualan. Belajar dari pengalaman yang di lalui agar apa juga yang ditempuhi diperbetulkan semula dan tidak diulang sama sekali.

2.   Adakah pengetahuan produk dan ilmu tentang melakukan jualan telah cukup untuk kita pergunakan sebaik mungkin? Memadai kah ilmu yang ada pada kita selama ini? Jangan berhenti belajar dan pelajari apa juga yang berkaitan dengan tugasan kita melakukan jualan.

3.   Bagaimana kita berinteraksi dengan mereka. Mengharapkan simpati mereka atau sambil lewa sahaja kita melakukan jualan? Mementingkan kepentingan peribadi atau kepentingan pelanggan perlu difahami agar pelanggan tidak nampak kita hanya mahu mengaut keuntungan dari mereka sahaja.

4.   Penampilan diri bagaimana? Boleh menarik perhatian mereka ka atau kita yang perasan sendiri betapa segak dan kemasnya kita berpakaian. Utamakan penampilan yang mereka gemari bukan syok sendiri.

5.   Produk yang ditawarkan adakah bersesuaian dengan mereka yang kita temui? Lain padang lain belalangnya. Semuanya perlu disesuaikan agar produk yang ditawarkan masih mampu dan boleh untuk diterima oleh mereka.

Jangan mudah berputus asa. Sekali dua kita gagal bukan bermakna selama-lamanya kita akan gagal. Jangan pula kita fikirkan pula tempat yang di jual tersebut terlalu keras atau terdapat ilmu hitam pula. Semuanya dari Allah. Yang penting persiapan dari kita bagaimana untuk dilaksanakan. 

Bermula dari doa sebelum keluar rumah sehingga nak tidur semula di malam hari doa jangan sama sekali di hentikan begitu sahaja. Mohon bantuan kepada Allah agar bantuan Nya tetap hadir membantu kita di samping persiapan dari diri kita sendiri per kemaskan segala bentuk dari pelbagai sudut persiapan dalam melakukan jualan. Tanam keyakinan diri yang kita juga mampu untuk melakukannya sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan