‘Pelbagai
cara dan usaha telah saya cuba. Bila tahu sahaja saya nak menjual, sebaik-baik
orang yang melayan saya sebelum ini sedaya upaya menjauhkan dirinya pula daripada
saya. Penat dibuatnya kalau macam ini. Macam mana nak kaya kalau semua yang di
temui asyik nak melarikan diri dan menjauhkan diri begitu sahaja. Apa hebatnya
kalau melakukan jualan sebegini rupa’.
Keluhan seorang yang menjual hadir menemui
saya baru-baru ini. Kasihan pun ada simpati apa tah lagi. Semuanya perlu
dihadapi oleh orang yang melakukan jualan. Inilah yang dinamakan cabaran,
dugaan, rintangan dan masalah yang perlu di hadapi dengan sebaik yang mungkin.
Sesuatu yang normal jika terdapat sedikit keluhan dan merintih menandakan
betapa susah dan sukarnya melakukan jualan.
Apa yang dapat saya perkatakan. Sememangnya
ini semua ujian dari Allah menguji kesabaran dan ketabahan kita melakukan
jualan. Cuma pesanan saya kepada beliau adalah
1.
Lakukan bedah siasat berkali-kali terutama
setiap kali selepas melakukan jualan. Kena fikirkan semula detik yang telah dilalui
di mana kesilapan, kesalahan dan kekurangan kita dalam melakukan jualan. Belajar
dari pengalaman yang di lalui agar apa juga yang ditempuhi diperbetulkan semula
dan tidak diulang sama sekali.
2.
Adakah pengetahuan produk dan ilmu tentang
melakukan jualan telah cukup untuk kita pergunakan sebaik mungkin? Memadai kah
ilmu yang ada pada kita selama ini? Jangan berhenti belajar dan pelajari apa juga
yang berkaitan dengan tugasan kita melakukan jualan.
3.
Bagaimana kita berinteraksi dengan mereka.
Mengharapkan simpati mereka atau sambil lewa sahaja kita melakukan jualan? Mementingkan
kepentingan peribadi atau kepentingan pelanggan perlu difahami agar pelanggan tidak
nampak kita hanya mahu mengaut keuntungan dari mereka sahaja.
4.
Penampilan diri bagaimana? Boleh menarik
perhatian mereka ka atau kita yang perasan sendiri betapa segak dan kemasnya
kita berpakaian. Utamakan penampilan yang mereka gemari bukan syok sendiri.
5.
Produk yang ditawarkan adakah bersesuaian
dengan mereka yang kita temui? Lain padang lain belalangnya. Semuanya perlu
disesuaikan agar produk yang ditawarkan masih mampu dan boleh untuk diterima
oleh mereka.
Jangan mudah berputus asa. Sekali dua kita
gagal bukan bermakna selama-lamanya kita akan gagal. Jangan pula kita fikirkan
pula tempat yang di jual tersebut terlalu keras atau terdapat ilmu hitam pula.
Semuanya dari Allah. Yang penting persiapan dari kita bagaimana untuk dilaksanakan.
Bermula dari doa sebelum keluar rumah sehingga nak tidur semula di malam hari
doa jangan sama sekali di hentikan begitu sahaja. Mohon bantuan kepada Allah
agar bantuan Nya tetap hadir membantu kita di samping persiapan dari diri kita
sendiri per kemaskan segala bentuk dari pelbagai sudut persiapan dalam
melakukan jualan. Tanam keyakinan diri yang kita juga mampu untuk melakukannya
sama.