Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 30 Jun 2011

GAMBARAN DAHULU

Tugasan anda untuk lakukan gambaran terlebih dahulu kepada prospek sebelum mereka menerima tawaran anda. Gambaran yang di perlukan adalah
i. apa faedah yang akan diterimanya
ii. produk yang di tawarkan bermanfaat atau tidak
iii. adakah kerugian akan timbul bila menerima tawaran tersebut
iv. apa jaminan yang boleh di berikan
v. tunjukkan segala kelebihan dan keuntungan yang bakal diterimanya
Umpama pengambaraan sebuah filem, gambaran amat di perlukan dahulu dengan skrip yang betul maka lakunan boleh di lakukan hasil dari gambaran asal yang di buat.

Bayangkan apa yang anda akan tunjukkan pada prospek atau bakal pelanggan apabila melakukan jualan.
Read more >>

Rabu, 29 Jun 2011

KENAPA LARI

Bila buat sales jgn lari kerana
> Sampai bila2 pelanggan tak respect
> Tiada keyakinan diri
> Sampai bila-bila sales tak leh nak buat
> Minta bantuan dr orang pengalaman ajarkan dulu sekali dua sahaja
> Anda merosakkan masa orang lain

Kekuatan mesti datang dari dalam diri anda dahulu.
Buat perancangan selari dengan matlamat anda.
Pelajari ilmu produk yang hendak di tawarkan.
Keyakinan akan datang dengan sendirinya
Read more >>

Selasa, 28 Jun 2011

PERTANYAAN

Banyakkan bertanya



Jualan berdasarkan apa yang pelanggan mahukan.

Nak tahu, kena banyak di tanyakan soalan kerana

i. Boleh tahu apa sebenar-benarnya yang di kehendaki

ii. Sesuaikan apa yang di perlukan

iii. Memahami masalah pelanggan

iv. Fahami kehendak pasaran

v. Ketahui sekali apa pesaing tawarkan

vi. Tunjukkan keprihatinan

vii. Anda adalah pakar dan konsultan

viii. Latih diri anda untuk sentiasa peka mendengar
Read more >>

Isnin, 27 Jun 2011

APABILA PELANGGAN KECEWA

Atasi kekecewaan pelanggan dengan cara

i. Terima dengan hati yang terbuka

ii. Banyakkan bertanya utk ketahui permasalahannya

iii. Kenal pasti apa yang mengecewakannya

iv. Tabah apabila menerima komplen

v. Tenang dan bersabar walaupun anda benar

vi. Ambil hatinya semula dan tunjukkan kita akan membantunya bersungguh-sungguh

vii. Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya
Read more >>

ADAT BERSAING

Adat bersaing
i. Jangan sama sekali perlekeh, memperendahkan dan padang tidak elok kepada pesaing
ii. Lakukan kajian segala kelebihan dan kekurangannya dan bandingkan
iii. Semua produk ada baiknya, jangan kutuk dan katakana tidak elok di hadapan pelanggan
iv. Lihat tindakan jualannya, mana yang baik ikut caranya bukan kutuknya
v. Cari apa yang pelanggan inginkan bukan membenci pelanggan yang mahukan tawaran pesaing
vi. Setiap produk yang di tawarkan mesti ada kelebihannya yang tersendiri yang pasti tiada pada pesaing
vii. Berkawan jangan bermusuh walaupun pesaing
viii. Memahami kehendak pasaran bukan memahami kehendak hati
Read more >>

Sabtu, 25 Jun 2011

SENYUM

Antara yang mudah di lakukan berhadapan dengan prospek adalah senyum.
Hanya dengan senyum
• Gambaran pertama keatas diri anda dan tanggapan pertama prospek ke atas anda
• Mudah untuk memulakan kominikasi
• Satu sedekah yang paling mudah dalam agama kita
• Boleh melembutkan hati orang yang melihatnya
• Tidak panik bila memulakan interaksi
• Melegakan semua pihak walaupun hanya sementara waktu
Read more >>

Jumaat, 24 Jun 2011

MATLAMAT

Matlamat segala-galanya.



Bergantung kepada matlamat untuk anda capai dan dapatkan.

Tanpa matlamat

i. Anda tidak kemana

ii. Apa yang anda hendak lakukan

iii. Anda tidak serius

iv. Anda tidak boleh berdikari

v. Anda memang pemalas

vi. Tiada keyakinan untuk berjaya

vii. Biarkan yang negatif lebih banyak menguasai yang positif

viii. Anda tidak kreatif



Matlamat amat penting dalam melakukan jualan.

Matlamat akan menentukan setinggi mana yang boleh anda capai dan dapatkan

Matlamat sumber motivasi terbaik anda untuk lakukan JUALAN
Read more >>

Khamis, 23 Jun 2011

PENGGUNAAN FLYERS - RISALAH

Kenapa Flyers amat di perlukan



Pengedaran melalui flyers – risalah penerangan amat mudah dan senang untuk di lakukan.

Ini adalah kerana :

i. Perkenalkan produk yang di tawarkan

ii. Perkenalkan diri anda di pasaran

iii. Cara mudah orang hubungi anda

iv. Senang orang nak buat rujukan

v. Kos yang rendah, biasanya fotokopi jer…

vi. Nak bawapun senang

vii. Senang juga nak letak/tampal kat mana anda suka

viii. Orang terima atau ambilpun senang nak simpan

ix. Tiada kos penyewaan atau bayaran lesen pengiklanan
Read more >>

Rabu, 22 Jun 2011

TIRU MACAM DEE JAY

Ramai antara kita begitu seronok mendengar siaran Radio tidak kira semasa memandu, di rumah atupun di tempat kerja.

Seolah-olah satu tarikan kepada pendengar begitu asyiknya mendengar celoteh deejay-deejaynya.

Adakah kita mampu lakukan seperti deejay-deejay berkenaan dalam menarik minat orang untuk mendengar?

Cukupkah latihan dan praktis pada diri kita dalam menarik minat orang mendengar presentasi anda?

Pelajari bagaimana deejay-deejay tersebut lakukan untuk menarik minat orang mendengarnya supaya kita juga boleh lakukannya juga.

Kalau orang lain boring mendengarnya, bagaimana anda boleh mendapatkan jualan

Tarik minatnya dulu untuk mendengarnya supaya tugasan anda menjadi lebih mudah dan senang lagi.
Read more >>

Selasa, 21 Jun 2011

MALU???

Rasa malu tetapi niat di hati ingin melakukan jualan.

Bagaimana untuk atasinya?

i. Belajar jangan menjadi malu, hadapinya juga

ii. Ikut rakan sekerja anda dan mula praktikkan apa yang anda lihat dan tonton

iii. Sentiasa berlatih dan terus berlatih sehingga anda telah yakin untuk lakukan

iv. Fahami lebih mendalam dan ketahui pengetahuan produk yang ingin di tawarkan

v. Sematkan di dalam hati kalau orang lain boleh lakukan kenapa tidak untuk diri anda sendiri

vi. Fikirkan secara positf dan anda pasti berjaya

vii. Malu biarlah kena dengan tempatnya
Read more >>

Isnin, 20 Jun 2011

BUKA MULUT

Nak lakukan jualan perlu ada kesabaran dan ketenangan. Bila bertemu sahaja terutama dengan orang-orang yang rapat dengan kita seperti saudara-mara kita, adik beradik kita, jiran tetangga kita ataupun kenalan kita, pastikan kita sentiasa rajin untuk membuka mulut kita sendiri. Bukan paksaan tapi penuh kerelaan dan keseronokkan untuk menceritakan dan menyampaikan segala info dan maklumat prouduk/perkhidmatan yang inigin di tawarkan. Sebabnya

I. Mereka sentiasa tahu perkembangan semasa dan terkini

II. Mereka yang banyak akan membantu samada menerima tawaran atau melakukan hebahan mulut

III. Latihan buat diri anda sentiasa bercakap tentang produk/perkhidmatan

IV. Hilang perasaan malu dan rendah diri. Yakin apa yang anda lakukan

V. Orang akan sentiasa tahu apa yang anda lakukan

VI. Anda sentiasa tidak menganggap orang lain lebih tahu dari diri anda sendiri tentang produk/perkhidmatan yang di tawarkan

VII. Belajar dari melakukan kesilapan dan jangan di ulangi apabila bertemu dengan prospek atau sasaran pelanggan.

VIII. Belajar ambil kesempatan dan ambil peluang ke atas kenalan anda

Read more >>

Ahad, 19 Jun 2011

PEMBUKAAN KAUNTER


Memang tidak di nafikan bahawa terdapat banyak cara yang pelbagai bagi mendapatkan jualan. Antara salah satu caranya adalah melalui pembukaan kaunter. Pembukaan kaunter yang di buka boleh di lakukan di lokasi-lokasi seperti berikut :
i. Premis Jabatan-jabatan kerajaan
ii. Sekolah-sekolah
iii. Pasaraya-pasaraya terkemuka
iv. Tempat tumpuan orang ramai seperti pameran atau event

Kenapa kita perlu membuka kaunter di tempat-tempat yang di nyatakan? Sering menjadi satu persoalan yang perlu di jawab dengan baik bagi memudahkan kita melakukannya. Kebanyakan kita yang membuka kaunter akan merasakan seperti membuang masa dan merasa leceh dan tidak bersemangat kerana mempamerkan muka-muka cantik dan kacak di khalayak ramai di samping terpaksa menempuh cuaca dan suasana yang panas dan hangat.
Walaupun begitu, kita masih di perlukan juga untuk membuka kaunter bagi tujuan seperti berikut :
i. Sebagai satu cara yang memudahkan kita memperkenalkan kepada orang ramai dan sasaran pelanggan akan produk-produk yang di tawarkan dengan mudah dan senang
ii. Ia juga akan memudahkan kita untuk ‘creates awareness’ di kalangan orang ramai tentang kewujudan produk kita bukan sahaja kita perkenalkan kepada orang ramai yang di temui tetapi juga orang ramai yang lalu lang di situ.
iii. Satu usaha promosi di kalangan ‘Sales Team’ yang hadir di waktu tersebut dalam usaha memperkenalkan diri secara mudah kepada orang ramai sebagai kehadiran kita di dalam organisasi yang di tugaskan.
iv. Orang ramai dan pelanggan-pelanggan akan merasa mudah dan mesra pelanggan untuk membuat segala pertanyaan dan kemusykilan yang ada di fikiran mereka yang mana orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan tepat dan segera.
Dengan adanya pembukaan kaunter ini semua Sales Team akan mudah memberikan segala penerangan yang di perlukan oleh pelanggan dan akan lebih memudahkan lagi menarik minat pelanggan. Negotiation dan Close Deal boleh di lakukan dengan segera jika kita dapat melakukan jualan semasa pembukaan kaunter.

Berikut adalah panduan dan etika semasa pembukaan kaunter :
i. Pastikan kaunter di buka mengikut masa yang telah di tetapkan
ii. Pastikan kaunter adalah kemas dan bersih
iii. Kaunter bukanlah tempat berlonggok untuk semua Sales Team dan tempat bersembang sesama sendiri
iv. Berpakaian kemas dengan penampilan diri yang baik
v. Sentiasa senyum dan ceria
vi. Sentiasa menghulurkan flyers dan pamphlet kepada orang yang lalu lalang
vii. Memastikan keperluan asas seperti mesin photo state yang portable di sediakan
viii. Dalam satu-satu masa terdapat seseorang dalam keadaan menunggu dan sebaik-baiknya melakukan giliran mengikut Jadual Waktu. Pastikan jangan sampai ketiadaan orang di situ.

Perancangan yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik. Kenal pastikan dahulu lokasi yang ingin di buka kaunter dan dapatkan maklumat awal tentang kehadiran orang ramai, kesesuaian lokasi dan kemudahan asas bagi memudahkan kita membuka kaunter. Bagi lokasi yang di kenakan penyewaan, pastikan kadar sewaan yang di tawarkan adalah berpatutan dan murah. Lagi murah lagi bagus kerana kita perlu mengambil kira berapa banyak kos yang di tanggung berbanding dengan jualan yang boleh di hasilkan. Keupayaan mendapatkan tapak kaunter secara PERCUMA amat di galakkan. Apa yang penting, kebenaran dari pemunya lokasi di perolehi terlebih dahulu sebelum aktiviti di jalankan.

Sebaik-baiknya 2 atau 3 hari sebelum pembukaan kaunter di lakukan, edarkan dahulu flyer-flyer di sekeliling premis-premis pejabat atau jabatan-jabatan kerajaan jika ada yang berdekatan dengan lokasi pembukaan kaunter nanti. Maklumat yang di beri haruslah tepat dan benar dan tumpukan mereka semasa waktu mereka samada waktu rehat makan tengah ari ataupun semasa mereka akan balik dari pejabat. Tampalan flyer-flyer juga di galakkan terutamanya di notis board premis pelanggan ataupun di dinding-dinding pejabat mereka terutamanya sekali di ruangan bilik makan mereka.

Adalah menjadi harapan saya agar aktiviti pembukaan kaunter dapat di buka di serata tempat yang strategik dan tumpuan orang ramai menjadi salah satu agenda penting pada SALES TEAM anda. Susun jadual waktu aktiviti setiap hari agar pembukaan kaunter dapat di lakukan. Per tingkatkan Sales dengan memperhebatkan pembukaan kaunter walau di mana jua.
Read more >>