Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 26 September 2014

PENTINGNYA SILATURAHIM




Jalinkan silaturahim dan jaga ukhuwah sesama kita. Jangan mudah fikirkan perihal tentang kita seorang sahaja. Lebih baik menjaga hubungan dengan orang dari menjaga kepentingan peribadi yang tidak ke mana penyudahnya. Terdapat banyak bukti kenapa silaturahim menjaga hubungan sesama manusia amat diperlukan. Antara dalil-dalilnya adalah

Pertama
Dari Jubair bin Muth’im ra, Ia mendengar Nabi SAW bersabda :” Tidak akan masuk syurga orang yang memutus silaturahim “  ( Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim ).

Kedua
Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra berkata, bersabda Rasulullah SAW  Tidak akan masuk syurga pemilik lima hal berikut :  Peminum arak, orang yang percaya kepada sihir, pemutus silaturahim, dukun dan yang suka mengungkit-ungkit kebaikan.”  ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Ketiga
Dari Al-Barra  berkata, bersabda Rasulullah SAW “ Tidak bertemu dua orang Muslim lalu bersalaman, maka pasti diampunkan dosa keduanya, sebelum keduanya berpisah.”( HR Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmidzi ).

Keempat
Firman Allah yang bermaksud “Tidak akan ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.” (Surah An-Nisa : 114)

Kelima
Dari Abdillah bin Salam ra berkata ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, orang berebut mendekat kepadanya, aku termasuk yang berebut. Tatkala nampak jelas kepada ku wajahnya, saya tahu bahawa wajahnya bukan wajah pendusta. Dan yang pertama saya dengar darinya, beliau bersabda “Sebar luaskan salam, bersedekahlah dengan makanan, bersilaturahimlah,  dan solat lah di malam hari saat orang lain lelap tidur, kamu akan masuk syurga dengan selamat.”  ( Hadis Riwayat. Ahmad dan Ad-Darimi ).

Semoga dengan dalil-dali yang diberikan ini akan menguatkan lagi tindakan kita mencari, dan mengekalkan lagi silaturahim dengan siapa juga. Bukan sahaja nak menjual tapi kerana ia nya menjadi satu tuntutan Agama untuk kita lakukan dengan sebaik yang mungkin. Kalau kita tidak memulakannya siapa lagi? Tepuk dada tanyalah iman.




Read more >>

Khamis, 25 September 2014

10 MANFAAT MENJAGA SILATURAHIM




Jangan mudah buruk sangka pada seseorang. Bersangka baik terlebih dahulu padanya yang pasti ada hikmah nya tidak kita ketahui. Pandangan pertama pasti melihat pada penampilannya yang sepatutnya kita lihat pada akhlak dan hatinya. Jalinkan silaturahim dengan siapa pun yang ditemui. Adat orang nak menjual jangan sama sekali dikira siapa pun juga yang ditemui. Mungkin orang tersebut adalah bakal pelanggan kita di masa hadapan. Tak ada siapa pun yang tahu. Pergunakan dengan sebaik yang mungkin.

Dari pengarang kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan dan Nasihat bagi orang-orang yang lalai) Abu Laits Samarqandi telah memberikan 10 manfaat kenapa menjaga dan menjalin silaturahim ini amat penting dam Islam. 10 manfaat ini adalah

I.                   Mendapat redha Allah

II.                 Membuat orang yang kita dikunjungi berbahagia. Hal ini amat sesuai dengan sabda Rasulullah    SAW, iaitu "Amal yang paling utama adalah membuat seseorang berbahagia."

III.              Menyenangkan malaikat, kerana malaikat juga sangat senang bersilaturahim

IV.              Disenangi oleh manusia

V.                Membuat iblis dan syaitan marah

VI.              Memanjangkan usia

VII.           Menambah banyak dan berkat rezekinya

VIII.         Membuat senang bagi orang yang telah wafat. Sebenarnya mereka itu tahu keadaan kita yang masih hidup, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka merasa bahagia dan senang hati jika keluarga yang ditinggalkannya tetap menjalin hubungan baik

IX.              Memupuk rasa cinta kasih terhadap sesama, meningkatkan rasa kebersamaan dan rasa kekeluargaan, mempererat dan memperkuat tali persaudaraan dan persahabatan.

X.                 Menambah pahala setelah kematiannya, karena kebaikannya (dalam hal ini, suka bersilaturahim) akan selalu dikenang sehingga membuat orang lain selalu mendoakannya

Banyak kelebihannya kalau kita melakukannya. Tidak mendatangkan sebarang kerugian tapi menambahkan lagi ganjaran terhadap diri kita di dunia mahupun di akhirat. Lakukan sebaik mungkin sebagai ikhtiar kita menjadi sebagai seorang Muslim. Ikhlas dan jujur adalah segala-galanya dan bukannya kerana mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang dan demi kepentingan diri kita sahaja. Amal yang baik sudah semesti ada ganjarannya dari Allah. Yakinilah dan lakukan dengan sebaik yang termampu.
Read more >>

Rabu, 24 September 2014

APABILA BERSAHABAT




Satu perkara yang mampu memberikan inspirasi dan ikutan yang baik berada di sekeliling kita adalah kawan dan sahabat handai. Tanpa mereka pasti sunyi kita untuk menghadapi kehidupan di dunia ini. Penting untuk memastikan dalam menjalinkan persahabatan dan keakraban perhubungan, pilihlah sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan impak yang positif kepada kita. Tersalah pilih maka tersasar jauh pula kehidupan kita dari apa yang di mahukan oleh Allah SWT. Salah pilih kawan juga bermakna karier kita dalam jualan juga akan mudah musnah dan hancur begitu sahaja.

Firman Allah yang bermaksud "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama Nya agar kamu saling meminta antara satu sama yang lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisaa' Ayat 1). Kuatnya betapa hubungan silaturahim amat diperlukan kepada diri kita. Memelihara hubungan amat di perlukan sehingga ke akhir hayat kita.

Menurut Rasulullah SAW mereka yang menjaga dan memelihara hubungan sesama manusia maka Allah SWT akan melapangkan rezeki orang yang suka menyambung tali silaturahmi. Ini janji Allah dan Allah juga akan memanjangkan umur kepada orang yang menjaga hubungan dengan siapa sahaja. Bukan mencari musuh dan lawan malah dijauhkan sama sekali apatah lagi mahu menyimpan dendam kesumat pada siapa pun juga. Dalam sabda Rasulullah SAW Barang siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari). 

Bukan kerana kepentingan melakukan jualan sahaja baru kita nak mencari kawan tetapi ini adalah tuntutan Agama. Pergunakan sebaik mungkin kerana melalui persahabatan yang baik seseorang itu boleh menjadikan diri kita sebagai

i.             Seorang penasihat peribadi

ii.           Pendorong dan pemberi semangat kepada apa yang kita lakukan

iii.          Memberi pandangan dan idea yang bernas

iv.          Tempat kita melepaskan apa yang terbuku dan tersimpan dalam hati kita

v.            Ada orang yang sudi menegur setiap kesilapan dan kesalahan diri

vi.          Mendoakan agar sama-sama peroleh kejayaan

vii.        Cubit paha kiri paha kanan turut terasa

Dan pelbagai lagi yang boleh kita peroleh andai kata kita sanggup menjaga hubungan, perasaan dan emosi seseorang untuk berkawan dan bersahabat dengan kita. Tiada satu pun yang rugi kalau kita tidak mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang. Akhlak yang mulia sudah pasti berkawan dengan mereka yang mempunyai akhlak yang mulia juga. Jaga hati dan perasaan seseorang sudah pasti mereka juga akan turut sama menjaga dan memelihara hati dan perasaan kita juga.

Kalau ini dapat kita lakukan sudah pasti jualan kita boleh dan mampu dipermudahkan hanya kerana hubungan silaturahim yang dijaga rapi. Mereka pasti akan segan dan malu alah atas kebaikan kita kepada mereka. Peluang mendapatkan jualan berulang dan referral dari mereka juga amat mudah boleh kita peroleh. Bila kesetiaan pelanggan dapat dibina dan dilakukan maka sudah pasti jualan yang kita mahukan sudah mampu memberikan pulangan kepada kita secara konsisten setiap masa dan ketika. Jagailah setiap hubungan yang ada agar setiap oportuniti yang ada sudah pasti tidak dilepaskan begitu sahaja.

Read more >>