Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 13 Oktober 2009

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BAKAL PEMBELI


Bagi mendapatkan bakal pembeli, terdapat banyak saluran yang boleh di kenalpasti dahulu untuk merancang pelanggan yang mana harus di pergi dahulu, bukan setakat menjual produk tetapi juga mungkin sebagai satu bahan mencari pengalaman terutama sekali mendapatkan maklumbalas (feed back) mereka tentang produk yang di tawarkan.
Pelanggan- pelanggan yang boleh dikenal pasti adalah
i. Ahli keluarga dan Sanak saudara
ii. Kenalan rapat kita sendiri
iii. Sahabat handai
iv. Jiran-jiran kawasan perumahan
v. Kenalan ahli keluarga dan sahabat handai
Sebagai permulaan biarlah ambil yang terdekat dahulu sebelum kita pergi lebih jauh lagi supaya kita lebih mudah lagi untuk berinteraksi apabila kita melakukan Jualan
Read more >>

Isnin, 12 Oktober 2009

PERSIAPAN DIRI

Apa jua yang harus dilakukan, persiapan diri mestilah diambil berat sentiasa supaya penampilan, sikap dan ketrampilan dapat disesuaikan dahulu sebelum dapat bertindak dan membuat keputusan terlebih dahulu. Antara perkara-perkara utama yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :




i. Impian
ii. Mental
iii. Sikap
iv. Rupadiri
v. Penetapan Matlamat dan sasaran
vi. Pengetahuan Produk

Kegagalan pasti ada jika kita tidak membuat persiapan terlebih dahulu yang mana boleh membawa kepada kekecewaan untuk tidak mahu melakukan Jualan lagi. Tanpa persiapan yang betul dan teliti kejayaan semakin jauh untuk di capai. Umpama pejuang-pejuang yang ingin berperang, sudah pasti perancangan di buat terlebih dahulu sebelum melakukan serangan demi memastikan kejayaan boleh di perolehi
Read more >>

Ahad, 11 Oktober 2009

MEMULAKAN JUALAN

Jualan adalah satu bidang yang pasti ramai pernah melakukannya. Untuk melakukan Jualan bagi mencapai sesuatu kejayaan yang di ingini pastikan

  1. Nawaitu - Tetapkan matlamat untuk apa kita ceburi
  2. Kesungguhan - Tiada istilah putus asa dan kecewa. Bersemangat untuk melakukannya
  3. Menimba ilmu - Sentiasa dahagakan ilmu untuk membaiki dan pertingkatkan lagi prestasi yang ada
  4. Ceria - Buang jauh-jauh masalah yang ada apabila bertemu dengan pelanggan dan sentiasa senyum dan mesra apabila berhadapan dengan pelanggan
  5. Bergaul dengan mereka yang melakukan Jualan - Pengalaman dan pengetahuan yang tidak boleh di jual beli di mana-mana dan hanya boleh di dapati apabila bersama dengan mereka yang telah lama menceburi bidang ini

Jadikan bidang JUALAN sesuatu yang menyeronokan bukannya sesuatu yang membebankan.

Bertemu lagi

Read more >>