Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 24 Mac 2012

tanda-tanda dah tak berminat lagi melakukan jualan


Melakukan jualan memerlukan minat dan kesungguhan untuk melakukannya walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi dan ditempuhi. Untuk orang suka dan berminat memang tak ada masalah untuk ditempuhi tetapi bagaimana jika ada orang yang telah pun menceburi bidang jualan ini tetapi mungkin berasa bosan dan mula merasakan ingin melarikan diri dan meninggalkan kariernya dalam bidang jualan. Setelah puas menimba ilmu dan melakukan jualan untuk organisasi yang membayar gaji dan komisen yang didapatinya dalam setiap bulan tiba-tiba sahaja tiada angin yang bertiup tiada awan yang berarak terus meneruskan mengatakan akan melakukan persaraan dalam bidang jualan yang telah diceburi.

Fokusnya sudah tiada lagi tapi cuma lakonannya sahaja yang beliau tonjolkan bagi menutup ke tidak cenderung nya beliau dalam bidang ini. Hanya jasad beliau sahaja yang ada tapi pemikiran dan roh beliau sememangnya sudah tiada lagi di tempat beliau bekerja dan bertugas.
Mungkin petunjuk-petunjuk ini dapat menggambarkan beliau akan meninggalkan dunia jualan di organisasi tersebut iaitu dengan melakukan


i.                     Mengambil sesuatu perkara itu secara mudah sahaja

ii.                   Kerap melakukan penangguhan dalam melakukan tugasan

iii.                  Menunjukkan rasa ke tidak puasan hati yang terlalu ketara

iv.                 Kerap menerima aduan tentang mutu kerja atau dari rakan sekerja tentang beliau 

v.                   Mula memberi alasan untuk bercuti secara mengejut atau tiba-tiba sahaja dengan pelbagai alasan

vi.                 Kerap berlaku konflik dan pertelingkahan antara rakan sekerja

vii.                Arahan sudah mula diingkari dan diabaikan

viii.              Tugasan mula tidak teratur dan terlalu banyak dibiarkan begitu sahaja

ix.                 Produktiviti semakin berkurangan

x.                   Lebih banyak membisu dari bersembang dengan rakan sekerja dan tidak seperti kebiasaan dilakukannya

xi.                 Hilang semangat bertugas tidak seperti kebiasaannya

xii.                Semangat bantu-membantu dan saling tolong-menolong semakin diabaikan

xiii.              Semangat cintakan organisasi dan produk yang dijual semakin luntur

xiv.              Terlalu banyak memberikan alasan jika kegagalan jualan berlaku


Begitulah terjadinya tanda-tanda yang perlu dan patut ketahui jika petunjuk-petunjuk di atas berlaku di tempat kita. Bukan untuk mendabik dada tetapi perkara-perkara di atas berlaku adalah dari pengalaman yang ditimba dan didapati selama ini hasil dari pemerhatian sesama kita. Berhati-hatilah apabila kita melalui kakitangan jualan yang mula menunjukkan sikap negatif yang terlalu banyak dari kakitangan jualan yang berminat untuk melakukan jualan secara konsisten dan berterusan.


Jangan dipujuk pada orang yang sudah mula tidak berminat dengan organisasi kita melainkan kakitangan tersebut benar-benar orang yang sentiasa melaksanakan tugasan jualan dengan keputusan akhir sering mencapai sasaran barulah perlu dijaga dan dibelai. Jangan buang masa kita kerana sasaran yang diberikan kepada kita tidak mengambil tahu dan mengenal apa masalah yang kita tanggung. Berhati-hati dan ambil tindakan sepatutnya jika ada kakitangan yang sudah mula menunjukkan petunjuk-petunjuk seperti yang dinyatakan. InsyaAllah niat yang betul tindakan yang benar pasti Allah akan membantu kita sentiasa





Read more >>

Jumaat, 23 Mac 2012

MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN


Bagi memastikan penutupan jualan dapat dilakukan dengan baik dan teratur, hubungan antara kita dan prospek/pelanggan perlu ditentukan dahulu oleh prospek/pelanggan tersebut samada untuk menerima atau tidak kehadiran kita terlebih dahulu. Bukan satu tugas mudah untuk meyakinkan prospek/pelanggan kita tapi tidak mustahil juga untuk kita melakukannya. Apa yang diutamakan adalah usaha ke arah mendapatkan kepercayaan prospek/pelanggan adalah lebih utama dan dilakukan secara berterusan tanpa mengenal erti penat lelah dan putus asa. Umpama kerak nasi, sekeras-keras kerak nasi tersebut kalau terkena dengan air sudah pasti kerak tersebut menjadi lembut. Begitulah umpamanya apabila kita berurusan dengan orang, insyaAllah hati manusia ini akan cepat lembutnya dan mudah menerima kehadiran kita jika kita sentiasa melakukannya dengan cukup berhemah dan berbudi bahasa.


Faktor-faktor perhubungan tersebut adalah


i.                    Mula mengetahui kehadiran kita

ii.                  Mula menyukai kehadiran kita

iii.                Mula mempercayai kehadiran kita
.

Itulah sebabnya kenapa dalam melakukan jualan kita disarankan agar membuang perasaan malu dan takut-takut untuk bertemu dengan prospek/pelanggan kita. Bila kita malu dan berasa takut-takut kepada orang, jalinan perhubungan yang diharapkan akan menjadi satu kegagalan dan kesukaran dalam menjalankan tugasan menjual kepada prospek/pelanggan. Kena keras hati dan tabah sentiasa terutamanya dalam kita bertemu dengan orang. Ini belum termasuk lagi bab melakukan jualan, baru cerita tentang perhubungan sesama manusia. Tidak salah jika kita semakin ramai mengenali orang dan tidak salah juga orang semakin mengenali diri kita. Asalkan sahaja kita tidak melukakan hati sesiapa dan melakukan perkara-perkara yang di luar batasan agama dan kemanusiaan sudah dikira cukup memadai buat kita semua. Biarlah orang lebih mengenali kita sebagai seorang yang sentiasa melakukan jualan walaupun di mana juga mereka bertemu dan terserempak dengan kita. Bukan untuk mengejar glamor tapi untuk memudahkan lagi tindakan kita bagi melakukan jualan demi jualan kepada sasaran prospek yang dicari-cari selama ini.




Read more >>

Khamis, 22 Mac 2012

Menjual - Apa yang di fikirkan....


Apa yang di fikirkan tentang melakukan jualan melalui sudut 6 gambaran persepsi dari seorang yang melakukan jualan. Satu humor tapi mungkin ada kebenarannya.....

Sumber dari :
http://sellleadsucceed.com/2012/03/09/have-a-laugh-fridays-different-perceptions-of-sales-reps/





Read more >>

Rabu, 21 Mac 2012

TEKNIK F.O.R.M PEMULA BICARA


Dalam jualan, perkara ini perlu diatasi dan diperbetulkan demi menjaga kredibiliti kita sebagai seorang yang melakukan jualan dan yang menawarkan produk kepada prospek/pelanggan. Menurut Duke Brekhus yang mempelajari teknik bertanyakan soalan bagi menarik minat seseorang hanya untuk memulakan komunikasi dan perbualan daripada Ron Puryear terdapat empat tajuk atau modal untuk kita memulakan perbualan yang perlu diingati sebagai memulakan perbicaraan yang membentuk perkataan FORM yang membawa erti kepada


i.                    F – Family (Kekeluargaan)
Lagi banyak kita bertanya tentang keluarganya dengan bertanyakan tentang kedua orang tuanya, pasangannya atau bilangan anaknya mungkin kita lebih mengetahui tentang keluarganya terlebih dahulu tanpa menyentuh perkara-perkara yang lain. Yang penting pandai mengambil kesempatan dan tahu akan apa yang perlu diperkatakan kepada prospek yang berhadapan dengan kita.


ii.                  O – Occupation (Pekerjaan)
Mengetahui tentang pekerjaan dan jawatannya sekurang-kurangnya memberi satu tanda aras kepada kita sebagai satu petunjuk tentang anggaran berapa pendapatan dan perolehannya sebulan yang prospek  tersebut perolehi setiap bulan. Melalui pendidikan juga akan membuka peluang juga kepada kita mengetahui juga tentang apa pekerjaan beliau dan apa yang beliau lakukan untuk menjana pendapatan beliau.


iii.                R – Recreation (Rekreasi)
Bertanyakan apa yang beliau minat atau hobinya mungkin boleh memulakan bicara bersama prospek tersebut. Kalau kita berada di premis pejabat prospek, mata kita kena liar sedikit lihat apa yang ada diruang pejabatnya agar dapat dijadikan modal untuk memulakan perbualan bertanyakan berdasarkan apa yang kita lihat di sekelilingnya. Perlu pandai ambil kesempatan agar tahu untuk kemukakan apa yang hendak di tanyakan terlebih dahulu hanya semata-mata menarik minat prospek tersebut meneruskan perbualan.


iv.                 M – Message (Mesej)
Mungkin apa yang telah berlaku sebagai tajuk utama akhbar atau berita-berita sensasi boleh dijadikan bahan pembuka cerita seperti mala petaka banjir di Thailand, ekonomi semasa. Pembentangan belanjawan, keputusan bola sepak dan sebagai mananya yang boleh menarik minat prospek tersebut untuk bersembang dengan kita. Jangan malu dan panik kerana kebiasaannya petunjuk-petunjuk kebiasaannya hanya berada di sekeliling prospek dan kita sahaja


Menurut Duke, kalau kita menggunakan pendekatan dan teknik ini kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka, kita pasti teruja dan mengagumi betapa hebat dan banyaknya perkara-perkara yang membolehkan kita mengetahui dan mengenali akan seseorang terutama kepada prospek yang kita temui dan berhadapan dengan kita. Lebih banyak yang kita ketahui bermakna lebih banyak kita boleh mengenali berkenaan dengan mereka.


Ingat teknik berdasarkan perkataan F.O.R.M ini sebagai satu modal dan pembuka mulut mencari idea perbualan permulaan bagi kita semua memudahkan lagi interaksi kita bersama prospek. Gunakan keadaan sekeliling yang ada bagi memudahkan lagi mendapatkan petunjuk-petunjuk segera memberi gambaran kita membentuk soalan-soalan yang perlu dikemukakan untuk prospek tersebut memberikan maklum balas dan seterusnya memudahkan lagi bagi diri kita meneruskan perbualan





Read more >>

Selasa, 20 Mac 2012

Kaedah Melakukan 'Direct Approach'


Di dalam memastikan tindakan ‘Direct Approach’ ini berjaya dilakukan adalah disarankan seperti berikut untuk cuba dipraktikkan iaitu dengan cara


I.                    Mulakan dengan senyuman, muka yang ceria dan perkenalkan diri dengan cara yang bersungguh. Sebutan nama biarlah dipastikan prospek/pelanggan tersebut mendengar dengan jelas dan terang supaya prospek/pelanggan tersebut begitu mudah untuk mengingati nama kita. Paling baik disertakan sekali dengan kad perniagaan yang sedia ada.


II.                  Dalam meneruskan perbualan teruskan berkata “PERNAH TAK DENGAR TENTANG SYARIKAT KAMI?” Ada dua kemungkinan jawapan balas dari prospek/pelanggan yang akan diberikan iaitu


·         Andai kata maklum balasnya ‘Ada’ teruskan pertanyaan dengan produk apa yang telah ia ketahui supaya jarum seterusnya berkenaan dengan produk apa yang ingin ditawarkan dapat dimaklumkan kepada prospek/pelanggan tersebut


·         Andai kata maklum balasnya ‘Tidak’ pula teruskan tindakan kita pula untuk menceritakan segala kelebihan yang ada pada produk yang disasarkan untuk dijual secara ringkas bagi menarik minat prospek/pelanggan memberikan maklum balas seperti mana yang dikehendaki.


III.                Di waktu inilah prospek/pelanggan tersebut akan menunjukkan tindak balas sama ada berminat ataupun tidak. Inilah peluang anda untuk mendapatkan kedudukan prospek/pelanggan tersebut melalui jika


·         Mereka berminat, teruskan presentasi dan ceritakan kepada mereka tentang produk-produk untuk ditawarkan


·         Mereka langsung tidak berminat, maka lakukanlah perkara seperti berikut


ü  Ucapkan terima kasih atas luangan masa mereka kepada kita


ü  Memohon kemaafan di gangguan kehadiran kita kepada mereka


ü  Cuba dapatkan lagi info prospek tersebut dengan cara berhemah


ü  Ingatkan mereka untuk menghubungi mereka semula jika tiada keberatan


IV.                Kita perlu kenal pasti prospek/pelanggan tersebut akan masa dan tempat melakukan kaedah ini supaya di masa hadapan jika bertemu dengan prospek/pelanggan yang sama kita sama sekali tidak mengulanginya semula pada prospek/pelanggan yang sama pula


Kaedah yang diberikan ini adalah satu cadangan sahaja dan boleh juga dipraktikkan jika ada kesesuaiannya. Jangan malu untuk melakukan sesuatu yang baru dan boleh mendatangkan faedah kepada diri kita sendiri kerana selagi kita tidak mencubanya selagi itulah kita tidak mengetahuinya sama ada ia nya efektif ataupun tidak dalam melakukan jualan seperti mana yang diperlukan.





Read more >>