Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 10 Ogos 2014

PENCETUS KEJAYAAN DALAM MENJUAL




Sebut sahaja nak menjual pasti apa yang difikirkan adalah keuntungan yang boleh dan mampu untuk diperoleh. Semuanya nak untung tak kira sama ada senang ataupun sukar, halal atau haram, menyakitkan hati orang lain ataupun tidak. Matlamat utama adalah keuntungan dan ganjaran se maksimum yang termampu. Bila berjaya dirasakan rezeki Allah telah hadir tapi bila gagal pelbagai pihak pula dikecam dan dimarahi hanya kerana kegagalan telah diperoleh.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam melakukan jualan iaitu

i.             Bersedia untuk membantu

Tidak kira siapa pun yang ditemui,niat utama melakukan jualan adalah untuk membantu dan menolong seramai yang boleh dan termampu. Jangan dikira dahulu untuk mendapatkan penambahan pendapatan ataupun komisen tetapi bantu-membantu dahulu adalah lebih utama untuk dipraktikkan terlebih dahulu memandangkan kita menjual bagi memenuhi setiap keperluan yang dimahukan oleh mereka di luar sana. Bila bakal pembeli merasakan barang yang ditawarkan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya bermakna kita telah membantu bakal pembeli tersebut memenuhi impiannya.

ii.           Memenuhi keperluan seseorang

Lakukan jualan kena pastikan apa yang diperlukan oleh bakal pembeli mahukan supaya bakal pembeli tersebut akan merasa puas, tidak tertipu dan sememangnya produk tersebut diperlukan oleh beliau. Jangan sama sekali difikirkan tentang keperluan kita dahulu yang melakukan jualan produk atau perkhidmatan tetapi kena fikirkan terlebih dahulu apa yang diperlukan terlebih dahulu oleh bakal pembeli. Fahami keperluan bakal pembeli untuk disesuaikan dengan produk yang ingin ditawarkan

iii.          Memudahkan keinginan seseorang

Setiap tugasan jualan perlu dipermudahkan bakal pembeli untuk menerima tawaran yang ditawarkan. Jangan sama sekali disukarkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan bakal pembeli akan merasa tawar hati dan sekali beliau merasa sukar sampai bila-bila pun beliau pasti dan tidak mahu lagi berurusan dengan kita. Jangan terlalu banyak birokrasinya tetapi tunjukkan jalan mudah baginya untuk berurusan agar segala detik masa dan peristiwa ketika bersama semasa penawaran produk dilakukan terasa amat mudah dan senang untuknya berurusan.

iv.          Menambahkan pendapatan

Melakukan sesuatu pekerjaan tiada imbuhan percuma bagi sesiapa yang melakukannya. Tidak kira karier apa yang diceburi pasti memohon dan memerlukan sama sekali pendapatan hasil segala usaha dan daya tugas yang telah diberikan selama ini. Inilah tugasan seorang yang melakukan jualan, imbuhan dan penambahan pendapatan amat bermakna sekali bagi mereka yang menceburi bidang ini setalah kesemua faktor di atas telah dipenuhi terlebih dahulu. Jangan diambil kira sama sekali keperluan pendapatan sebagai matlamat utama tetapi menjadikan ia nya sebagai satu tanda penghargaan dari pelanggan ke atas usaha kita membantu dan menolong pelanggan tersebut untuk menerima produk yang ditawarkan.

Begitulah faktor-faktor yang diperlukan di dalam melakukan jualan kepada bakal pelanggan sebelum mereka semua bertukar menjadi pelanggan kita. Usaha yang berterusan dan konsisten pasti akan membuahkan hasil yang menarik dan cukup memuaskan hati jika ia dilakukan dengan sepenuh hati, fokus dan bersungguh. Tidak ada keraguan dan kesangsian dalam melakukan jualan sememangnya membuahkan hasil yang terbaik sebaik mereka-mereka yang menceburi bidang-bidang lain yang mampu memperoleh pendapatan yang besar dan memuaskan hati kita.


Read more >>

Sabtu, 9 Ogos 2014

BINA KEMAHUAN UNTUK MEMBELI



Bukan semuanya bila kita menjual, bakal pembeli atau pelanggan tiba-tiba sahaja berminat untuk menerimanya. Seperti ada tarikan magnet untuk kita melakukannya. Pasti akan menyebabkan bakal pembeli atau pelanggan dengan lebih mudah untuk menerima apa yang kita tawarkan kepada mereka. Tidak mustahil dan tidak juga sukar andai kata apa yang kita lakukan sememangnya mereka amat menyukai dan yakin dengan apa yang telah kita berikan kepada mereka.

Semuanya pasti bermula dari tindakan permulaan dan awal dari kita. Merasakan peluang yang tipis sahaja untuk mendapatkannya tetapi  pada akhirnya menyatakan bahawa bakal pelanggan atau pembeli tiba-tiba menyuarakan minat mereka membeli produk yang ditawarkan. Mesti ada penyebabnya dan mesti ada tarikannya bagaimana mereka benar-benar boleh berminat dengan apa yang kita tawarkan.

Ini tugasan mereka yang melakukan tugasan jualan. Nak dapatkan keyakinan dan kepercayaan membina kehendak pembeli menerimanya adalah dengan cara memastikan tindakan yang betul dan tepat yang boleh kita lakukan seperti berikut

i.             Cipta soalan-soalan yang boleh dan mampu menarik perhatian mereka. Bila orang dah berminat dengan apa yang kita tanyakan sudah pasti tanyalah apa juga soalan yang dikemukakan sudah pasti dengan hati yang terbuka akan mendapati pelbagai jawapan yang boleh membantu kita selesaikan segala masalah yang mereka hadapi.

ii.           Fahami kemahuan dan keinginan mereka dengan memudahkan lagi produk apa yang paling bersesuaian untuk kita tawarkan. Jangan per mainkan mereka kerana kuasa membeli hak mereka tapi layanlah dan beri perkhidmatan yang sebaiknya agar mereka tahu yang mereka benar-benar kita ambil berat dan tahu akan apa yang mereka cari selama ini.

iii.          Sentiasa berterusan kempen dan promosikan. Jangan bila ada produk baru atau kedai baru terhegeh-hegeh lakukan promosi sahaja. Lepas tu main biar begitu sahaja. Sepatutnya promosi kena berterusan dan kena di teruskan sampai bila-bila. Biar mereka tahu produk kita sentiasa ada dan bersama mereka di dalam pasaran.

iv.          Bagi pelanggan-pelanggan sedia ada sentiasa berhubung dengan mereka walaupun hanya makluman melalui SMS sahaja. Penting jangan putus hubungan tapi cipta dan kekalkan hubungan tersebut sampai bila-bila. Hubungan yang kuat sudah pasti kesetiaan dan tumpuan mereka terhadap produk kita tidak akan lari dan luntur. Per kemaskan dan jangan di abaikan sama sekali.

Kita ambil berat apa yang mereka mahukan sudah pasti mereka akan sentiasa mencari kita. Bagi mereka selagi ia nya memudahkan tanggungjawab mereka ke atas apa yang mereka cari dan mahukan kenapa perlu beralih produk dan perkhidmatan yang sedia ada mereka pergunakan. Selagi kita memberi tawaran dan perkhidmatan yang terbaik selagi itulah kita akan sentiasa di cari orang. Pastikan apa yang kita katakan dan tawarkan adalah benar mengikut apa yang di perkatakan. Jangan kelentong dan menipu kerana perbuatan tersebut boleh memusnahkan karier kita dalam menjual. Sentiasa ikhlas dan tunjukkan kebenaran dengan apa yang telah kita beri dan tawarkan. Tanpa pembeli siapakah kita yang melakukan jualan.



Read more >>

Khamis, 7 Ogos 2014

Menghidupkan suasana menggembirakan





Menggembirakan seseorang amat dituntut dalam Islam. Kalau kita ingin merasakan gembira tindakan pertama yang perlu di ambil adalah memastikan orang lain perlu bergembira dahulu disebabkan oleh tindakan kita. Sememangnya dalam jualan bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap diri kita kegembiraan yang kita berikan perlu ditonjolkan kepada mereka. Secara logik akal, mana ada orang yang hendak percaya dan yakin pada seseorang jika kehadirannya boleh memberikan satu tekanan pula kepada dirinya pula. Semuanya bergantung bagaimana kita boleh menggembirakan seseorang terlebih dahulu.

Ambillah tindakan yang positif dan memudah orang yang kita temui untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengannya. Mendapatkan kepercayaan mereka terhadap kita perlu bagi kita menimbulkan kegembiraan mereka terlebih dahulu. Mungkin tindakan-tindakan sebegini mampu untuk kita lakukan terhadap mereka iaitu dengan cara

i.             Mengujudkan suasana yang harmoni, ceria dan tenang
Jangan serabutkan kepala mereka. Lakukan secara berhemah dan bersopan. Mata kena liar sedikit mencari apa yang ada di sekelilingnya untuk dijadikan topik perbincangan awal dengannya. Jangan mulakan dengan jualan dahulu tapi ketahui apa hobinya, minatnya atau kegemarannya. Relak kan dahulu fikiran kita dan mereka agar bila tiba waktu yang dirasakan sesuai terus-terusan sahaja boleh melakukan jualan

ii.           Bergurau senda kena pada tempat dan waktunya
Berikan serba sedikit humor dan jenaka yang berpatutan yang berkaitan tentang apa juga peristiwa yang berlaku dan terjadi tentang kita atau keadaan sekeliling. Menghidupkan suasana yang ceria dan menggembirakan pasti akan lebih mudah untuk kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang lebih sihat dan harmoni lagi. Jangan menimbulkan kemarahan atau mencari fasal yang bukan-bukan.

iii.          Beri peluang meluahkan perasaannya kepada kita
Banyakkan bertanya kurangkan bercakap dan biarkan sahaja mereka yang bercakap lebih banyak dari kita. Cipta soalan-soalan yang mampu menarik minat mereka untuk menjawab segala pertanyaan kita dengan panjang lebar pun tidak mengapa. Selagi mereka mahu bercakap mengikut skrip soalan kita semakin mudah untuk kita ketahui apa yang dimahukan dan diperlukan oleh mereka.

Penting sesangat ambil tindakan jangan mudah menimbulkan kemarahan dan kebencian orang terhadap kita bila melakukan pertemuan dan memulakan interaksi. Tindakan pertama perlu betul agar boleh berakhir dengan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak di hujungnya. Bersama dengan penuh keyakinan boleh melakukannya agar segala perasaan panik, gusar dan bimbang boleh diatasi dengan sebaik yang mungkin. Sasarkan untuk menggembirakan seseorang terlebih dahulu sebelum kita boleh bergembira dengan penerimaan mereka terhadap penawaran kita. Berusaha lebih agar hasilnya boleh lebih juga di hujung pertemuan nanti.
Read more >>