Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 9 Ogos 2014

BINA KEMAHUAN UNTUK MEMBELI



Bukan semuanya bila kita menjual, bakal pembeli atau pelanggan tiba-tiba sahaja berminat untuk menerimanya. Seperti ada tarikan magnet untuk kita melakukannya. Pasti akan menyebabkan bakal pembeli atau pelanggan dengan lebih mudah untuk menerima apa yang kita tawarkan kepada mereka. Tidak mustahil dan tidak juga sukar andai kata apa yang kita lakukan sememangnya mereka amat menyukai dan yakin dengan apa yang telah kita berikan kepada mereka.

Semuanya pasti bermula dari tindakan permulaan dan awal dari kita. Merasakan peluang yang tipis sahaja untuk mendapatkannya tetapi  pada akhirnya menyatakan bahawa bakal pelanggan atau pembeli tiba-tiba menyuarakan minat mereka membeli produk yang ditawarkan. Mesti ada penyebabnya dan mesti ada tarikannya bagaimana mereka benar-benar boleh berminat dengan apa yang kita tawarkan.

Ini tugasan mereka yang melakukan tugasan jualan. Nak dapatkan keyakinan dan kepercayaan membina kehendak pembeli menerimanya adalah dengan cara memastikan tindakan yang betul dan tepat yang boleh kita lakukan seperti berikut

i.             Cipta soalan-soalan yang boleh dan mampu menarik perhatian mereka. Bila orang dah berminat dengan apa yang kita tanyakan sudah pasti tanyalah apa juga soalan yang dikemukakan sudah pasti dengan hati yang terbuka akan mendapati pelbagai jawapan yang boleh membantu kita selesaikan segala masalah yang mereka hadapi.

ii.           Fahami kemahuan dan keinginan mereka dengan memudahkan lagi produk apa yang paling bersesuaian untuk kita tawarkan. Jangan per mainkan mereka kerana kuasa membeli hak mereka tapi layanlah dan beri perkhidmatan yang sebaiknya agar mereka tahu yang mereka benar-benar kita ambil berat dan tahu akan apa yang mereka cari selama ini.

iii.          Sentiasa berterusan kempen dan promosikan. Jangan bila ada produk baru atau kedai baru terhegeh-hegeh lakukan promosi sahaja. Lepas tu main biar begitu sahaja. Sepatutnya promosi kena berterusan dan kena di teruskan sampai bila-bila. Biar mereka tahu produk kita sentiasa ada dan bersama mereka di dalam pasaran.

iv.          Bagi pelanggan-pelanggan sedia ada sentiasa berhubung dengan mereka walaupun hanya makluman melalui SMS sahaja. Penting jangan putus hubungan tapi cipta dan kekalkan hubungan tersebut sampai bila-bila. Hubungan yang kuat sudah pasti kesetiaan dan tumpuan mereka terhadap produk kita tidak akan lari dan luntur. Per kemaskan dan jangan di abaikan sama sekali.

Kita ambil berat apa yang mereka mahukan sudah pasti mereka akan sentiasa mencari kita. Bagi mereka selagi ia nya memudahkan tanggungjawab mereka ke atas apa yang mereka cari dan mahukan kenapa perlu beralih produk dan perkhidmatan yang sedia ada mereka pergunakan. Selagi kita memberi tawaran dan perkhidmatan yang terbaik selagi itulah kita akan sentiasa di cari orang. Pastikan apa yang kita katakan dan tawarkan adalah benar mengikut apa yang di perkatakan. Jangan kelentong dan menipu kerana perbuatan tersebut boleh memusnahkan karier kita dalam menjual. Sentiasa ikhlas dan tunjukkan kebenaran dengan apa yang telah kita beri dan tawarkan. Tanpa pembeli siapakah kita yang melakukan jualan.



Read more >>

Khamis, 7 Ogos 2014

Menghidupkan suasana menggembirakan





Menggembirakan seseorang amat dituntut dalam Islam. Kalau kita ingin merasakan gembira tindakan pertama yang perlu di ambil adalah memastikan orang lain perlu bergembira dahulu disebabkan oleh tindakan kita. Sememangnya dalam jualan bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap diri kita kegembiraan yang kita berikan perlu ditonjolkan kepada mereka. Secara logik akal, mana ada orang yang hendak percaya dan yakin pada seseorang jika kehadirannya boleh memberikan satu tekanan pula kepada dirinya pula. Semuanya bergantung bagaimana kita boleh menggembirakan seseorang terlebih dahulu.

Ambillah tindakan yang positif dan memudah orang yang kita temui untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengannya. Mendapatkan kepercayaan mereka terhadap kita perlu bagi kita menimbulkan kegembiraan mereka terlebih dahulu. Mungkin tindakan-tindakan sebegini mampu untuk kita lakukan terhadap mereka iaitu dengan cara

i.             Mengujudkan suasana yang harmoni, ceria dan tenang
Jangan serabutkan kepala mereka. Lakukan secara berhemah dan bersopan. Mata kena liar sedikit mencari apa yang ada di sekelilingnya untuk dijadikan topik perbincangan awal dengannya. Jangan mulakan dengan jualan dahulu tapi ketahui apa hobinya, minatnya atau kegemarannya. Relak kan dahulu fikiran kita dan mereka agar bila tiba waktu yang dirasakan sesuai terus-terusan sahaja boleh melakukan jualan

ii.           Bergurau senda kena pada tempat dan waktunya
Berikan serba sedikit humor dan jenaka yang berpatutan yang berkaitan tentang apa juga peristiwa yang berlaku dan terjadi tentang kita atau keadaan sekeliling. Menghidupkan suasana yang ceria dan menggembirakan pasti akan lebih mudah untuk kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang lebih sihat dan harmoni lagi. Jangan menimbulkan kemarahan atau mencari fasal yang bukan-bukan.

iii.          Beri peluang meluahkan perasaannya kepada kita
Banyakkan bertanya kurangkan bercakap dan biarkan sahaja mereka yang bercakap lebih banyak dari kita. Cipta soalan-soalan yang mampu menarik minat mereka untuk menjawab segala pertanyaan kita dengan panjang lebar pun tidak mengapa. Selagi mereka mahu bercakap mengikut skrip soalan kita semakin mudah untuk kita ketahui apa yang dimahukan dan diperlukan oleh mereka.

Penting sesangat ambil tindakan jangan mudah menimbulkan kemarahan dan kebencian orang terhadap kita bila melakukan pertemuan dan memulakan interaksi. Tindakan pertama perlu betul agar boleh berakhir dengan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak di hujungnya. Bersama dengan penuh keyakinan boleh melakukannya agar segala perasaan panik, gusar dan bimbang boleh diatasi dengan sebaik yang mungkin. Sasarkan untuk menggembirakan seseorang terlebih dahulu sebelum kita boleh bergembira dengan penerimaan mereka terhadap penawaran kita. Berusaha lebih agar hasilnya boleh lebih juga di hujung pertemuan nanti.
Read more >>

Rabu, 6 Ogos 2014

MELENGAH-LENGAHKAN TINDAKAN




Bakal pembeli atau pelanggan pasti meluat dan merasa kecewa andai kata mereka dapati yang kita sering kali suka melengah-lengahkan tindakan sepatutnya. Sepatutnya boleh dihabiskan dengan awal menjadi tergendala yang kerana sikap kita yang tidak bersungguh untuk menyelesaikannya segera. Semuanya hanya disebabkan hasil tindakan bodoh kita yang suka sangat mencari helah untuk tidak segerakan apa yang mereka mahukan.

Tidakkah ini satu hari nanti akan membusukkan nama kita juga hanya kerana sikap kita yang suka melengah-lengah tugasan. Dengan mudah dan senang sudah pasti suatu hari nanti kita akan kehilangan bakal pembeli atau pelanggan. Satu kerugian yang pastinya memberi impak yang cukup besar kepada diri dan karier kita sendiri. 

Kenapa sikap sebegini berlaku dan terjadi hanyalah kerana

i.             Masih tidak mengerti di mana keutamaan tugasan kita
Memang pepatah mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Namun apabila ada jalan yang diperoleh langsung tidak pula kita ketahui bagaimana nak melakukannya. Inilah padahnya jika sesuatu tindakan yang mahu kita lakukan langsung tiada perancangannya. Semua dilakukan mengikut gerak hati main lakukan jualan ikut mana yang sempat sahaja. Traffic Light pun ada ketikanya warna merah, kuning dan seterusnya hijau tapi kerja kita langsung tiada sistematik sehingga keutamaan tugasan dirasakan sama penting dengan tugasan yang lain.

ii.           Semuanya nak dilakukan serentak
Tangan dua sahaja tapi semuanya nak dilakukan tanpa memikirkan keupayaan dan kemampuan diri sendiri. Tamak adalah punca segala-galanya sehingga terlupa akan di mana keupayaan dan kemampuan sebenar kita. Terlalu asyik rasa boleh melakukannya sehingga apabila menjadi banyak pening kepala pula untuk melakukannya. Mulalah migrain dan berdenyut-denyut kepala pula yang muncul tiba-tiba.

iii.          Terlalu sibuk dengan orang lain
Sikap terlalu sibuk dengan kejayaan orang lain terutama rakan setugas kita menjadikan jiwa kita tidak tenteram sehingga kita sebenarnya telah abaikan tugasan sebenar kita. Hanya kerana berdengki dan berdendam kita sibuk sangat nak tengok mereka jatuh dan biarkan mereka tersungkur di hadapan mata kita. Kita sibukkan perkara sebegini dari memikirkan tentang tugasan utama kita.

iv.          Sikap tidak mengapa
Semuanya nak ambil mudah sahaja tanpa fikirkan apa kah tugasan yang perlu kita lakukan telah diselesaikan ataupun tidak. Asyik tak mengapa sahaja sehinggakan setiap yang penting itu pun dianggap satu tindakan yang sama sahaja. Tak ambil berat, main mudah dan malas menjadi mainan dalam hidup kita jika ini yang diamalkan.

Perbaikilah segera jangan diabaikan apa yang sepatutnya kita lakukan. Komitmen diri perlu dijaga bukan untuk di jaja oleh orang lain mengatakan kita adalah seorang yang teruk tidak mengambil berat dalam tugasan kita dalam melakukan jualan. Tahap perkhidmatan terbaik kepada mereka perlu kita jaga dan pelihara. Setiap janji yang diberikan perlu ditunaikan mengikut apa yang telah diperkatakan. Lakukan yang terbaik dan elakkan sama sekali  sikap suka melengah-lengahkan tindakan walaupun pada akhirnya kita lakukan juga. Masa amat penting pada mereka yang perlu kita lakukan untuk menjaganya sebagai satu amanah yang perlu ditunaikan.


Read more >>