Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 12 Mac 2015

5 TINDAKAN SEGERA TINGKATKAN SKIL MENJUAL


Sesuatu perkara kalau difikirkan sukar dan susah sudah pasti akan menjadi payah dan memayahkan untuk dilakukan sama sekali. Seolah-olah satu bebanan pula untuk melakukannya walaupun minat itu sudah tertanam dan tersedia sama sekali. Inilah halangan yang perlu kita lakukan agar minat yang bersemadi dan tersemat dalam dada sudah pasti dapat dilakukan dengan hati yang senang untuk melakukannya.

Terdapat cara mudah bagaimana untuk per tingkatkan skil jualan yang kita mahukan. Diamalkan sudah pasti sedikit sebanyak akan nampak perubahan pada diri kita bagaimana untuk melakukannya. Jangan rasa leceh pula kerana ilmu Allah ini Maha Luas. Kalau kita rajin mencarinya sudah tentu akan ada jawapannya yang akan kita peroleh.  Nak lakukan jualan bukan seperti membuang buah dadu atau melontar sekeping syiling untuk mengetahui nasib pula. Semuanya bergantung kuat pada kita sama ada untuk melakukannya ataupun tidak.

5 tindakan segera yang perlu kita lakukan adalah

1.    Jangan berasa malu untuk bertanya kepada mereka yang berjaya telah melakukannya. Rendahkan diri mohon bantuan dan pertolongan mereka bertanyakan bagaimana mereka telah melakukannya sehingga berjaya. Segala ilmu yang diperoleh manfaatkan sebaik mungkin agar boleh kita pergunakan sama sekali.

2.   Belajar dari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sudah pasti kita sedaya upaya perbetulkan sebaik mungkin agar tidak sama sekali diulangi sekali lagi. Sejauh mana diperbetulkan sedalam itulah pengalaman kita menjual boleh kita peroleh. Jangan berputus asa dan kecewa kerana setiap pengalaman yang ditempuh adalah guru sejati buat kita.

3.   Rajin-rajinkan menyediakan masa dan waktu yang bersesuaian untuk terus-terusan membaca buku, artikel, rencana yang berkaitan dengan apa yang kita mahukan tanpa ada rasa titik noktah sama sekali. Terus-terusan lakukan menjadikan satu tabiat yang kekal abadi sampai bila-bila sekalipun menimba ilmu walaupun di mana jua kita berada.

4.   Jangan berhenti berlatih secara persendirian, bersama rakan sekerja mahupun secara realiti di hadapan bakal pembeli. Lakukan sebaik mungkin setiap latihan yang dilalui dan mengkaji semula mana-mana kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan semula dengan segera. Bila telah diperbetulkan pastikan jangan diulangi lagi kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan pula.

5.   Bersedia dengan hati yang terbuka berlapang dada apabila ditegur baik secara lembut mahupun secara kasar. Adat orang yang mahu belajar walaupun rakan sekeliling mengatakan kita telah pakar eloklah menjadi seperti resam padi, semakin berisi semakin tunduk dibuatnya. Kita manusia bukannya sempurna sudah pasti ada sahaja kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita untuk diperbetulkan dari masa ke semasa.


Bersungguhlah dalam kita melakukannya apabila kita menceburi bidang jualan yang kita lakukan ini. Bersangka baik berfikiran positif agar karier yang kita ceburi ini tidak tersangkut di tengah jalan atau hangat-hangat tahi ayam sahaja. Per tingkatkan skil dan kemahiran yang ada agar apabila kita melakukannya keyakinan diri tetap ada untuk melakukannya.
Read more >>

Rabu, 11 Mac 2015

BILA KEMEWAHAN YANG DI MAHUKAN


Nak kaya cepat, nak hidup senang dan mewah adakah ini pilihan mutlak kehidupan kita? Berhati-hatilah dalam memenuhi hawa nafsu kita. Bak kata pepatah biar sedikit lama-lama menjadi bukit mungkin boleh dijadikan sebagai satu pegangan dalam kehidupan. Jangan mudah terpedaya dan terpengaruh. Semuanya bergantung pada kerajinan kita melakukan usaha. Usaha segala-galanya. Baik nawaitu dan niat kita akan jadi baiklah hasilnya. Begitu jugalah niat yang tidak elok sudah pasti hasilnya tidak elok juga. Maka berhati-hatilah agar usaha kita bukan yang meranapkan impian kita mengejar kemewahan dan kesenangan hidup.

Berfikir dahulu fikirkan baik buruknya pada kita. Kita hidup bukan nak mati esok. Buat tindakan sewajar dan sepatutnya agar segala tindakan kita diberkati dan dirahmati Allah dan bukannya menyusahkan orang lain. Mungkin artikel di bawah ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran yang berguna buat kita.

Padah mahu hidup dalam kemewahan
Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2015

Rohana menceritakan masalah dihadapi kepada wartawan.

KULIM - Akibat perbuatan suami yang mahu hidup mewah, seorang ibu dua anak di sini, hidup dalam ketakutan selepas suaminya gagal melunaskan hutang ah long.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rohana berkata, dia takut untuk keluar rumah kerana sering diganggu ah long.

“Suami saya pinjam dengan ah long dengan alasan mahu kembangkan perniagaan ikannya di pasar, namun setelah mendapat wang itu, suami tidak gunakan untuk perniagaan sebaliknya membeli kenderaan mahal yang memerlukan bayaran balik setiap bulan dengan harga yang tinggi.

"Pada mulanya saya tak setuju, namun dengan pujuk rayu dan alasan yang diberikan suami bahawa kenderaan itu penting untuk mengembangkan perniagaan, akhirnya saya akur,” katanya.

Katanya, hasil pendapatan menjual ikan yang tidak seberapa terpaksa digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta dan ah long sehingga menyebabkan modal untuk membeli barang perniagaan tidak mencukupi.

“Disebabkan tiada modal, perniagaan ikan ini tidak mampu lagi diteruskan.

“Kini saya dan suami terpaksa bersembunyi di kawasan pedalaman kerana tiada duit untuk bayar ah long dan saya minta jasa baik rakan bantu saya lunaskan hutang ah long,” katanya.


Read more >>

Selasa, 10 Mac 2015

FAKTA ATAU AUTA


Sentiasa tahu apa yang nak dimaklumkan dalam menjual. Semuanya adalah benar dan sebenar-benarnya mengikut fakta, logik akal dan berteraskan apa kehebatan produk yang dijualkan. Jangan sama sekali menjadikan satu tabiat bila menjual ikut suka hati kita memaklumkan dan memberitahukan yang bukan-bukan terpesong perkara yang tiada diada-adakan sama sekali. Demi mengaut keuntungan tinggi semuanya menjadi auta semata-mata asalkan boleh laris dan mempengaruhi kotak pemikiran mereka yang membeli dan mahukan produk yang ditawarkan.

Sekali kita bercakap benar sudah semestinya sampai bila-bila orang akan mempercayainya. Mereka sudah pasti memegang apa yang kita perkatakan sebagai bukti keyakinan dan janji kita kepada mereka. Namun kalau kita asyik auta sahaja sudah pasti kredibiliti dan kemampuan kita bila telah diketahui tembelang sampai kita mati orang tidak akan percaya pada kita.

Alangkah bahayanya dan alangkah malangnya diri kita jika berlaku sebegini. Apa nak jadi dengan karier dan periuk nasi kita. Hebahan mulut tentang keburukan kita sudah pasti tersebar luas. Macam mana nak menjual? Adakah ini yang kita mahukan? Nama tercalar, complaint yang banyak bertimbun-timbun diterima termasuk mungkin ada yang marah-marah memaki hamun pula.


Ambillah tindakan selamat. Berhati-hati dalam melakukan jualan memberikan penerangan kepada mereka. Menjual bukan sekadar sehari dua sahaja untuk dilakukan. Kesannya seumur hidup. Baik dan ikhlas bertanggungjawab sepenuhnya kita lakukan sudah pasti membuahkan hasil yang lumayan kepada kita. Berfikirlah secara positif fikirkan kesannya untuk jangka masa yang panjang sama ada fakta atau auta yang perlu untuk kita lakukan. Tepuk dada tanyalah iman mana satu pilihan sebenar kita.


Read more >>

Jumaat, 6 Mac 2015

JANGAN BIARKAN PENYAKIT LUPA


Amat merisaukan bila menjual dengan semangat yang tinggi tiba-tiba ada sahaja yang dilupakan untuk dimaklumkan pada mereka. Penyakit lupa dan mula dah tak ingat semakin menular sehingga setiap penerangan yang mahu diberikan sememangnya tidak lengkap dan cukup segala informasi yang diberikan.

Asyik  lupa sahaja, itu tak ingat ini tak ingat macam mana nak menjual? Ini yang perlu dielakkan sama sekali. Malu rasanya jika ini benar-benar berlaku dan terjadi. Takkan nak bagi penerangan pada bakal pembeli atau pelanggan segala-galanya serba tak lengkap jadinya. Mahu kah kita memegang skrip atau buku panduan ketika melakukan jualan? Macam mana nak dapatkan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kita?

Atasilah segera. Mungkin artikel di bawah ini boleh membantu kita dalam mengatasi penyakit lupa kita. Selagi tidak berusaha selagi itulah kita akan menjadi seorang pelupa dan mungkin menjadi nyanyuk pula buat selama-lamanya. Bertindaklah segera.

Atasi penyakit lupa, baca al-Quran

FARUSH KHAN
4 Mac 2015 Berita Harian online

SEJAK telefon bimbit dicipta, ramai betul manusia, termasuk dalam kalangan kita, memilih untuk lupa nombor telefon.

Kalau nombor telefon sendiri pun sudah lupa, nombor telefon orang lain apa lagi.
Sebab itu apabila telefon bimbit hilang atau tersalah letak, kebanyakan kita jadi tenggelam punca, seperti kucing hilang anak.

Dunia tiba-tiba jadi gelap; tiada siapa dapat hubungi kita, tiada siapa yang kita dapat hubungi. Kosong dan sepi.

Lagilah dalam era WhatsApp ini, macam-macam maklumat dan video tentang perkara terbaharu yang berlaku di seluruh pelosok dunia berpindah dari satu telefon pintar ke telefon pintar dengan laju dan meluas.

Cerita pasal lupa, saya ada seorang kawan, orangnya berpendidikan tinggi, tetapi tentang letak barang-barang, memang dia kaki lupa.

Setiap tahun, menurut cerita kawan-kawan yang rapat dengannya, dia kehilangan lima atau enam telefon bimbit.

Sudah kira-kira 10 tahun saya tidak jumpa dengannya. Bayangkan, sudah berapa banyak telefon bimbit agaknya yang dia hilangkan dalam tempoh itu.

Pernah dia dihantar ke lapangan terbang oleh isterinya. Apabila keluar dari kereta, dia pakai kot dan terus naik kapal terbang, tanpa menyedari dia lupa tukar selipar jepun dengan kasut. Bayangkan betapa malunya dia sebaik sahaja berada di dalam kapal terbang dalam keadaan yang sangat pelik itu.

Sampai destinasi, dia beli kasut dan berjalan dengan yakin dan gembira. Tapi dia tidak sedar, sekejap lagi bala lain pula datang. Apabila dia singgah kedai untuk makan roti canai dan teh tarik, dia tertinggal pula kot yang disangkutnya di kerusi kedai.

Memanglah lupa itu penyakit manusia. Bukan manusia kalau tak lupa, Buktinya? Apa yang kita makan dan apa yang kita pakai tiga hari lalu pun payah kita nak ingat. Apa yang kita cakap dua tiga minit tadi pun kita sudah lupa. Ada yang sanggup bertegang urat menafikan apa yang baharu diucapkan.

Kalau ada yang mahu mendakwa dia tidak pernah lupa, itu adalah suatu keajaiban.
Semalam, saya bertemu dengan seorang yang sudah berusia lebih 90 tahun.

Penglihatannya sudah kabur, pendengarannya juga hampir pupus. Anda jerit di telinganya pun sudah tidak berguna lagi.

Tetapi yang menarik, ingatannya masih kuat dan dia sihat. Dia masih kenal dan ingat nama orang di kelilingnya dan boleh ingat kisah-kisah lampau. Alhamdulillah.
Kata kawan-kawan, dia banyak kayuh basikal. Sejak remaja hingga tua dia naik basikal sahaja ke hulu ke hilir.

Dia tiada pilihan kerana dia tidak tahu tunggang motosikal dan pandu kereta, tetapi syukurlah itu membantunya menjadi sihat, dengan izin ALLAH.

Tentang ingatannya yang tajam itu tidak pula saya banyak periksa, tetapi saya difahamkan, kalau anda banyak membaca al-Quran, ingatan anda menjadi tajam.
Sebab itu kata orang, mereka yang hafal al-Quran mudah sahaja lulus peperiksaan dalam mata pelajaran walaupun masa yang diberi untuk belajar suntuk. Wallahualam.
Tapi berdasarkan kekuatan dan hikmah al-Quran itu sendiri, ia bukanlah satu perkara yang mustahil pun.

Al-Quran diketahui sebagai sumber yang tenteramkan jiwa, sebagai penawar dan penyembuh penyakit, sebagai pembentuk kepada akhlak dan macam-macam lagi.

Jadi apalah yang mahu dihairankan jika dengan kekerapan membaca al-Quran ingatan seseorang itu boleh menjadi lebih tajam dan tidak mudah lupa atau nyanyuk.

Saya terbaca tentang otak daripada sebuah buku Inggeris. Katanya apabila kita cerdaskan fikiran, ia akan mencergaskan benda lain dalam tubuh kita, daripada kulit hingga organ bergerak dengan baik untuk memberi tenaga dan keceriaan.

Jadi, bagaimana anda boleh cerdaskan otak? Katanya, itu sangat mudah. Anda hanya perlu kreatif dan melakukan pelbagai senaman dan kegiatan setiap hari.

Pergerakan yang berbeza-beza, katanya, akan bantu membina kekuatan fikiran anda.
Dalam buku mengenai ketajaman fikiran itu, ia juga mencadangkan anda tidak menggunakan GPS dan cuba hafal nombor telefon dan alamat e-mel untuk menguatkan ingatan. Atau anda boleh sahaja belajar bertutur apa-apa bahasa asing.
Dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat untuk meningkat dan mencerdaskan daya ingatan.
Antaranya, konsisten membaca al-Quran,  menggosok gigi, berpuasa sunat dan meminum madu.

Juga disebut, perkara-perkara yang boleh membawa kepada lupa ialah maksiat, kegelisahan, keterlaluan dalam kesedihan kerana memikirkan urusan dunia dan sibuk bekerja untuk urusan duniawi. Wallahualam.

Read more >>

Khamis, 5 Mac 2015

MENJAGA REFERRAL



Cukup menggembirakan andai kata kita memohon kepada pelanggan untuk mendapatkan referral telah diterima dengan hati terbuka oleh mereka. Memberikannya kepada kita amat bermakna sama sekali. Tidak perlu bersusah payah memikirkan mana hendak mendapatkan bakal pelanggan lagi. Semuanya telah tersedia dan memudahkan lagi tugasan kita untuk menjual kepada pelanggan yang baru pula.

Cuma bezanya dengan referral yang diterima pasti memudahkan lagi tugasan dalam menjual kerana pelanggan yang perkenalkan referral tersebut kebiasaannya akan menceritakan kepada mereka terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya cerita awal mengenai diri dan produk kita telah pun mereka ketahui.

Pastikan apabila memperoleh referral kita melakukan perkara-perkara seperti berikut

1.    Bersikap tanggungjawab
Bertanggungjawab dengan nama-nama referral yang diperkenalkan. Simpan rahsianya dari diketahui orang lain. Bertanggung jawab dalam menghubunginya bukan baru dah sebulan ada masa hendak menghubunginya pula. jaga nama baik dan tahap perkhidmatan kita bukan setakat pada pandangan referral yang diperoleh tetapi juga pada pemberi referral tersebut.

2.   Lakukan susulan
Bertindak segera. Lagi cepat lagi bagus. Sekali kita bertangguh selagi itu akan berat untuk melakukannya. Setiap oportuniti jangan dibiarkan terlepas begitu sahaja. Genggam betul-betul agar hasilnya boleh kita nikmati segera.

3.   Berikan penghargaan
Jangan lupa diri ucapkan terima kasih pada orang yang memberikan nama-nama referral yang diterima. Orang dah tolong, belajar bersyukur pada Allah dan yang memberi bantuan. Berhemah dan merendah diri agar di masa hadapan masih ada lagi orang yang sudi untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan.

4.   Tunaikan janji
Tepati janji kepada pemberi referral. Hubungi dan bantu referral yang diberikan. Tunjukkan kesungguhan kita dan bukan meminta kosong memenuhi syarat sahaja.

5.   Hulurkan bantuan
Selesaikan masalah mereka dengan produk yang ditawarkan. Buktikan dan tunjukkan bahawa segala apa yang kita perkatakan benar-benar layak untuk mereka pertimbangkan betapa perlunya produk kita terhadap mereka.

Jangan syok sendiri dapat referral tapi tidak pergunakan sebaik mungkin. Berikan perhatian sewajarnya sebagaimana sasaran pelanggan yang lain. Buktikan dan tunjukkan yang kita benar-benar mahukan referral yang diberikan. Jangan menyombong tapi rendahkan diri mohon pertolongan lagi dan lagi dari pelanggan kita untuk memberikan kepada kita sebanyak yang boleh referral yang ada di tangan mereka.


Read more >>