Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 17 Januari 2015

AMALKAN 9 KALIMAT


Sumber foto - bobo.kidnesia.com

Sememangnya kita di saran dalam setiap perbuatan kita mengingati Allah amat di tuntut. Bukan sekadar solat sahaja baru nak ingat pada Allah tetapi dalam apa juga keadaan dan situasi penyebutan Allah kena ada tersemat bukan sahaja pada mainan pergerakan mulut tetapi juga dalam hati tersemat sama. Tidak kiralah semasa melakukan apa juga tugasan yang dilakukan walaupun sedang melakukan jualan.

Nak Allah sentiasa menolong dan membantu kita, acap kalilah kita perlukan ingatan kepada Allah. Biasakan diri sentiasa ingat kepada Allah. Semakin hampir kita kepada Allah semakin dekatnya Allah pada kita pula.

9 kalimat yang maksudkan ini supaya menjadi amalan dan tabiat dalam diri kita jika berlaku apa juga keadaan dan situasi adalah

1.     Bismillahirrahmannirrahim -Setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan

2.    Alhamdulilah -Setiap apabila selesai atau habis melakukan sesuatu apa juga yang dilakukan termasuk makan minum

3.    Astagafirullah - Jika melakukan, menemui atau terjumpa sesuatu yang buruk berlaku dihadapan mata atau terdengar berita yang disampaikan.

4.    InsyaAllah - Jika ingin melakukan sesuatu yang pasti pada masa yang akan datang dan bukannya memberi harapan yang palsu kepada seseorang

5.    MasyaAllah – sesuatu yang diluar dugaan berlaku

6.    Laa hawla walaaquwwata illaah billaah - Bila tidak dpt melakukan sesuatu yang agak berat atau menerima sesuatu perkara yang sukar, dan buruk.

7.    Innalillahi wainna ilaihi rojiun -Jika melihat dan menghadapi musibah atau menerima khabar kematian. Mencari sesuatu yang hilangpun digalakkan untuk mengucapkannya

8.    Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya

9.    Salawat atas nabi – ucapan apabila kita terlupa sesuatu semasa berbicara

Amalkan setiap masa dan ketika. Mengucap Allah setiap masa seperti kita berzikir terhadap Allah walaupun di masa yang sama sedang melakukan jualan dan berinteraksi dengan orang ramai. Mencari keredaan dan keberkatan semasa melakukan tugasan merupakan satu ibadah yang amat-amat dituntut. Di dunia kita amalkan sudah pasti di akhirat nanti ganjarannya akan kita peroleh tanpa kita sangka dan duga.

(Sumber : Dari mesej yang diterima. Semoga Allah memberi ganjaran dan kebaikan dunia dan akhirat sewajarnya kepada penulis ini)
Read more >>

Jumaat, 16 Januari 2015

HIKMAHNYA SAKIT



Sumber foto - sohoque.com

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hamba Nya, dan banyak hikmah nya, bukti:

1.    Sakit itu Zikrullah. Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2.   Sakit itu Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3.   Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4.   Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5.   Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6.   Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7.   Sakit itu Silaturahim. Keluarga yang jarang datang jenguk akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8.   Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

9.   Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10.                Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11. Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah s.a.w. dan makhluk di langit.

12.                Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahiyat juga jadi lebih lama.

13.                Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawaduk.

14.                Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

15.                Sakit itu menyedarkan tentang segala kesalahan dan dosa-dosa kita terhadap Allah, keluarga, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, rakan sekerja dan masyarakat

Semoga perkongsian ini ada bermanfaatnya. Ayuh Zikir, tafakur, syukur & sabar...

(Sumber : Dari mesej yang diterima. Semoga Allah memberi ganjaran dan kebaikan dunia dan akhirat sewajarnya kepada penulis ini)






Read more >>

Selasa, 13 Januari 2015

15 KEGAGALAN DALAM KARIER MENJUAL


Sumber foto - indoweb.tv

Habit kegagalan yang kita sendiri cipta. Bila dah berlaku barulah menyesal tak sudah-sudah seperti kegagalan tersebut berpunca dari orang lain pula. Dituntut melakukan muhasabah dan bedah siasat semula jauh sekali seolah-olah kita terlalu sempurna dalam melakukan jualan. Adakah kita tergolong dalam 15 perkara di bawah ini?

i.             Bersyukur kerap diabaikan apabila menemui sentuhan kejayaan

ii.           Melakukan sahaja tanpa memikirkan sasaran prospek yang sebenarnya

iii.          Suka sangat menjadi Pemberi Harapan Palsu baik kepada majikan atau pelanggan

iv.          Sukar untuk berubah terutamanya apabila prestasi jualan semakin merudum

v.            Setiap masalah yang timbul gagal untuk di cari jalan penyelesaiannya

vi.          Lebih mengharapkan tuah atau nasib apabila melakukan jualan bukan atas usaha

vii.        Lebih sibuk kepada kerja pejabat dan pentadbiran dari tugasan sebenar untuk menjual

viii.       Bila dah berjaya, masih ditakuk lama melakukannya tanpa ada perubahan besar seiring dengan kejayaan yang dinikmati

ix.         Mudah beranggapan apa yang kita lakukan mudah diterima oleh bakal pembeli atau pelanggan

x.           Terlalu ambil mudah setiap tindakan kita melakukan jualan

xi.         Mudah lupa diri sehingga menjadi seorang yang takbur dan bongkak apabila kejayaan demi kejayaan berjaya dinikmati

xii.        Terlalu mudah merasa sedih dan kecewa apabila kegagalan diterima sehingga menjejaskan tindakan menjual kepada orang lain pula

xiii.      Terlalu mengikut orang lain tanpa menggunakan kreativiti dalam menjual walaupun diketahui kaedah dan cara yang dilakukan bukannya mampu memberikan hasil yang maksimum

xiv.      Terlalu cerewet memilih prospek atau bakal pelanggan kerana hendakkan yang senang sahaja

xv.        Menurut hati kita mudah merasakan kita sahaja yang terbaik melakukan jualan

Berhati-hatilah. Jangan mengikut perkara-perkara yang negatif ini yang boleh mengakibatkan karier kita dalam menjual boleh rosak dan binasa. Bila dah jatuh sudah pasti tiada siapa yang boleh dan mampu untuk menolong dan membantu kita perbetulkan semula. Nak bagi naik pertahankan apa yang kita lakukan bukannya mudah. Kena ambil masa balik dan ketika. Ambillah jalan selamat dengan perbetulkan semula segala kelemahan kita per tingkatkan prestasi jualan kita setiap masa dan ketika secara konsisten dan berterusan. Kita yang melakukannya maka kita lebih tahu di mana terdapat kekurangan, kelemahan dan kekuatan dalam diri kita ini.


Read more >>