Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 24 Disember 2014

HUJAN PENYEBABNYA


Sumber foto www.smashingmagazine.com

Hujan, banjir, kesesakan jalan raya di sebabkan hujan dan pelbagai lagi rintangan dan dugaan yang perlu ditempuh di musim hujan begini. Bagaimana nak melakukan jualan? Bagi penjual air di tepi jalan, amat memeritkan hanya disebabkan mungkin tiada pelanggan yang akan hilang dahaganya seperti keadaan di musim panas. Nak pergi ke premis bakal pelanggan di masa ini lah cukup memayahkan keadaan menjadikan seolah-olah satu bebanan yang amat sangat. Akhir tahun pula tu, sasaran perlu di capai pendapatan perlu diperoleh semuanya perlu dilakukan dengan segera.

Entah berapa banyak pula yang bersungut dan mengeluh mengatakan perkara seperti berikut

-         Alahai hujan lagi
-         Bila nak berhenti ni?
-         Asyik hujan sahaja, berjalan pun payah macam ni!
-         Bila nak kering baju kalau asyik hujan sahaja
-         Hujan je jalan jem macam mana nak pergi ni?
-         Asyik hujan nak buka booth macam mana mesti basah kuyup nanti
-         Seganlah nak buat temu janji, nanti baju basah pula

Pelbagai alasan dan ulasan diberikan hanya disebabkan hujan yang turun tidak henti-henti. Terasa menyukarkan dan memayahkan pula nak lakukan kerja dan tugasan. Semuanya dilihat dan dipandang berdasarkan kepada logik akal sahaja. Susah diri sendiri mementingkan diri sendiri sahaja. Cukup menyusuk kalbu mendengar bebelan-bebelan yang dinyatakan.

Firman Allah bermaksud "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Surah Al-A'raf Ayat 57).

Inilah peringatan yang telah Allah perkatakan dalam Al-Quran yang mungkin kita terlupa atau terlalai. Sibuk merasakan hujan adalah satu bebanan untuk melakukan kerja tapi sebenarnya terlalu banyak hikmah nya Allah jadikan hujan yang turun kepada kita yang mungkin tidak sama sekali kita sedari. Kenapa perlu mencari sebab hujan dijadikan alasan begitu sukar dan susah pula dalam melakukan tugasan untuk menjual?

Sepatutnya di waktu hujan ini, ambillah kesempatan dan tindakan untuk per banyakkan ingatan dan doa kita kepada Allah.  Betapa mustajab dan diperkenankan Allah pada doa yang kita minta dan pohon kepada Nya. Segala bebelan dan tidak puas hati kita pada hujan perlu di ganti dengan doa seperti ‘Ya Allah, Ya Tuhan ku! Jadikan hujan ini bermanfaat buat diri ku. Jangan di sukarkan setiap pergerakan ku tapi sentiasa dipermudahkan apa juga yang aku lakukan’. 

Berdoalah kerana Allah berfirman maksudnya "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar Ayat 11). Pintu langit telah dibuka semasa hujan turun, inilah masa yang terbaik untuk kita melakukan doa. Betapa rahmatnya kehadiran hujan ini Allah berikan untuk kita pergunakan dan ambil peluang sewajarnya. Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia, seperti ustaz-ustaz sarankan bila hujan turun jangan lupa berdoa sungguh-sungguh kerana doa ketika ini cukup mustajab dan diperkenankan.

Pergunakan sebaik mungkin. Ganti setiap keluhan dan ketidakpuasan hati kita kepada sesuatu yang boleh kita manfaatkan buat diri kita semula. Firman Allah bermaksud "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepada Nya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada Nya. Dan (ingatlah), Tuhan mu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud Ayat 123).

Bersangka baik dan berfikiran positif bilamana hujan turun. Mungkin kita rasa amat menyusahkan dan membebankan diri kita tapi hadapilah dengan hati yang terbuka berlapang dada dengan ketentuan yang dihadapi. Setiap yang berlaku ada hikmah nya buat cabaran bukan masalah untuk kita tempuhi. Pasti setiap kesabaran dan kesukaran yang ditempuh pasti Allah akan berikan pula kesenangan dan kenikmatan untuk kita peroleh pula. Bukankah Allah itu Maha Adil Maha Mengetahui setiap apa juga yang berlaku dan terjadi.

Semoga menjadi satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat saya dan pembaca semuanya.



Read more >>

Selasa, 23 Disember 2014

MERENGEK-RENGEK



Sumber fotot id.theasianparent.com

Seperti kanak-kanak yang berkehendakkan sesuatu pada barang yang dimahukan pasti merengek-rengek dan kalau boleh berdiri tegak berteriak menyebut mahukan barang yang dihajati. Inilah ragam kanak-kanak tidak kira apa bangsa sekalipun mengharapkan sesuatu barangan yang dimahukan diambil dan dibeli juga oleh kedua orang tua atau penjaganya yang menjaga. Bolehkah kita dalam jualan turut merengek-rengek meminta kepada pelanggan supaya apa juga produk yang ditawarkan mesti diterima juga oleh mereka?

Jika inilah yang telah kita amalkan tolong berhenti segera! Jangan diamalkan dan dibiarkan sama sekali menjadi cara dan kaedah kita dalam melakukan jualan. Tidak betul dan salah sama sekali. Mungkin boleh menimbulkan simpati dan empati orang pada kita yang merengek-rengek namun walaupun penawaran diterima juga tapi sejauh mana boleh bertahan. Sudah pasti di masa hadapan jika bertemu dengan mereka sama ada mahu melakukan jualan berulang atau terserempak dengan mereka pasti mereka akan melarikan diri, menjauhkan diri dari kita dan seterusnya sudah pasti tidak mahu lagi bersua muka dah dengan kita.

Ini yang dikhuatiri kerana jualan memerlukan kefahaman akan apa masalah mereka, apa yang mereka mahukan dan carikan selama ini. Bukan suka-suka lakukan jualan hanya memikirkan janji habis stok sudah memadai. Memanglah kita mahu untung yang besar dan banyak tapi kepuasan mereka sepatutnya menjadi keutamaan kita. Jurujual yang hebat pasti menjadi seorang konsultan tahu mencari jalan selesaikan apa masalah yang dihadapinya. Bukan menurut kehendak kepentingan diri sendiri. Tak guna pun kalau merengek-rengeknya ini dilakukan dalam jualan. Berubah demi kebaikan dan masa depan karier kita dalam melakukan jualan. Orang akan lebih respect dan hormat lagi pada kita.



Read more >>

Isnin, 22 Disember 2014

23 SUMBER KATAKAN TIDAK


Sumber foto hiddenskills.wordpress.com

Katakan tidak pada perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang sebenarnya tidak berbaloi untuk kita dalam melakukan jualan. Kena ambil berat dan tahu agar setiap yang tidak itu tidak membebankan dan menyukarkan tindakan seharian kita. Nak lakukan secara senang dan mudah ketahui apa yang membebankan dan menyukarkan kita untuk melakukannya.

Kenal pasti dan ketahui apa yang boleh dan apa pula yang tak boleh. Jangan menyeksa diri lakukan yang tidak boleh sahaja tapi nak mendapatkan kejayaan dan kehebatan dalam lakukan sahaja yang memberi impak dan kesan yang positif untuk karier kita dalam bidang jualan. Bila dah tahu sudah pasti kita tidak akan mengulangi dan melakukannya di masa hadapan. Perbaiki segera agar keputusan yang kita mahukan menjadi genggaman kita jua pada akhirnya.

Semestinya tidak PADA

1.    Bukan sasaran produk

2.   Tidak mendatangkan hasil

3.   Peluang yang sedikit

4.   Pengaruh-pengaruh yang negatif

5.   Bersikap malas dan mengharapkan ihsan orang

6.   Menjual secara menipu dan mengenakan orang setiap masa

7.   Mudah melakukan tanggapan dan andaian

8.   Memandang rendah keupayaan pesaing

9.   Tiada perancangan main hentam sahaja

10.        Perancangan yang ada tidak selari dengan tindakan yang dilakukan

11. Paksaan atau gertakan agar tawaran diterima

12.        Bau mulut atau badan yang tidak menyenangkan

13.        Janji yang tidak dikotakan

14.        Mudah melenting marah dan kecewa

15.        Unsur-unsur penipuan dan mengambil kesempatan yang kelemahan orang

16.        Presentasi yang membosankan dan tidak difahami

17.        Kelakuan yang mendatangkan kejelikan, kemarahan dan kebencian orang

18.        Perasaan yang membenci dan berdendam

19.        Tidak dapat menerima kejayaan orang lain

20.       Ketidakpuasan hati apabila tidak mahu menerima tawaran yang ditawarkan

21.        Sudah tersalah masih tidak mahu mengakuinya

22.       Ketamakan pentingkan diri sendiri menjadi agenda utama

23.       Ilmu yang ada untuk dikongsi bersama bukan untuk disimpan sendiri sahaja

Tunggu apa lagi, perbaiki segera kalau ada kita melakukannya dan tinggalkan sahaja kalau ia nya benar-benar tidak mendatangkan hasil seperti yang dimahukan. Buat apa lakukan perkara yang merugikan kalau ternyata memberi kesan yang negatif buat kita. Berubah ke jalan yang baik pasti akan memberikan keputusan yang terbaik buat diri dan karier kita sendiri.


Read more >>

Ahad, 21 Disember 2014

BERHENTI MENGHARAP


Sumber foto www.success.com

Besarnya harapan setelah segala usaha yang telah dilakukan. Sehebat mana pun kita melakukan jualan pasti kita akan berharap agar tawaran yang dilakukan pasti diterima juga akhirnya. Semuanya mengharap dan berharap seperti menunggu buah kelapa yang tidak jatuh-jatuh lagi ke tanah. Besarnya harapan kita hanya Allah sahaja yang mengetahui. Biarlah semuanya berpihak kepada kita sahaja.

Mengharap akan apa yang telah kita usahakan sememangnya perlu kena pada tempatnya. Segala curahan tenaga, masa dan wang ringgit pastinya cukup berbaloi andai kata apa yang kita lakukan sudah mampu mendatangkan hasil seperti mana yang dimahukan. Cumanya kalau nak mengharap sekalipun pastikan jangan berharap seperti berikut

i.             Semuanya telah dilakukan dan dah mula mendapat sambutan. Masalahnya bila dah mula mendapat sambutan segala aktiviti yang telah dilakukan dibiarkan begitu sahaja tanpa melakukannya secara berulang. Sudah pasti sambutan yang pada awalnya mendapat sambutan semakin lama semakin berkurangan pula. Maka bermulalah episod mengharap agar orang ramai masih boleh datang lagi dan lagi seramai seperti di masa yang lalu.

ii.           Usahanya tiada cuma asyik mengharap sahaja. Boleh rasa yakin kah dengan harapan sahaja untuk orang ramai datang dan mempercayai akan apa yang ditawarkan

iii.         Berharap tapi sebenarnya diri kita masih tidak pasti produk yang dijual mampu untuk dijual ataupun tidak.

iv.         Lebih yakin dengan apa yang orang lain perkatakan dari melakukannya secara bersendiri. Selagi tidak yakin mengharap sahaja sudah pasti tidak ke mana juga penyudahnya.

Berharap bila diusahakan dahulu. Bertindak mengikut apa yang dirancang. Biar tersusun tugasan kita dari main hentam begitu sahaja. Lebih baik kita berharap bantuan dari Allah dari kita berharap mengharap kehadiran bakal pembeli menyerah diri kepada kita. Serah diri kita bertawakal dengan usaha yang telah dilakukan agar harapan besar kita akan tertunai juga hasil dari pertolongan Allah SWT. Yakin pergantungan kita kepada Allah insyaAllah pasti apa yang dimahukan akan di makbul dan dibantu oleh Allah jua.

Read more >>