Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 26 Ogos 2014

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN




Pelanggan datang dan pergi. Sesenang datang untuk hadir melihat sendiri produk yang dicarikan dengan apa yang kita tawarkan semudah itulah mereka akan lenyap begitu sahaja. Di masa kini mencari maklumat dan informasi yang dimahukan semudah melayari laman sesawang sahaja atau mencari komen dari orang ramai tentang produk yang diminatinya. Betapa senang dan mudahnya mereka mendapatkan apa sahaja yang dimahukan dengan menaip apa bentuk produk sekalipun hanya meminta bantuan dari Google atau Yahoo sahaja. Semuanya dengan pantas dan cepat segala maklumat yang di mahukan pasti menjelma di hadapan komputer atau telefon bimbit mereka begitu sahaja.

Pilihlah sewenang-wenangnya hanya melayari Internet sebelum membuat keputusan sama ada mahu atau tidak untuk membelinya.  Betapa mudahnya mendapatkan pengetahuan produk tanpa perlu bantuan dari mana-mana jurujual dan penerang produk yang boleh memberikan kefahaman yang jitu. Segala spesifikasi, jenis, jenama, bentuk dan sebagainya bagai berada di hujung jari sahaja untuk mendapatkannya.

Inilah peranan kita yang melakukan jualan secara konvensional yang masih memerlukan bertemu bakal pelanggan secara bersemuka atau berinteraksi dengan mereka. Tak perlu berikan mereka pandai dan faham tentang apa produk yang ditawarkan cukuplah dengan mencipta hubungan yang baik dan akrab terlebih dahulu. Hubungan yang baik pasti akan menanamkan kepercayaan mereka terhadap kita memudahkan lagi mereka menerima produk yang ditawarkan dengan cara

i.             Per banyakkan soalan yang membolehkan kita tahu apa sebenarnya mereka cari selama ini untuk kita sesuaikan dengan produk yang ditawarkan.

ii.           Bina kredibiliti kita di hadapan mereka untuk hulurkan sebarang bantuan yang diperlukan bagi memudahkan lagi proses menerima akan apa yang ditawarkan

iii.          Pastikan setiap janji mesti dipenuhi walaupun berjanji untuk bertemu di masa hadapan. Setiap janji yang diberikan perlu dikotakan kerana sekali kita memungkiri janji sampai bila-bila mereka tidak akan percayai lagi tindakan kita

iv.          Tunjukkan kesungguhan dan komitmen kita pada mereka agar komitmen mereka boleh pula kita peroleh

Jangan buang masa dan mendabik dada mengatakan kita tahu segala-galanya tentang produk yang ditawarkan andai kata jalinan hubungan dengan mereka tidak dapat kita genggam. Sia-sia sahaja kehebatan kita dalam mengetahui produk sebagai seorang pakar andai kata nak menjual pun masih gagal dan mendapatkan kepercayaan mereka. Belajar membina hubungan dan silaturahim secara akrab dan intim agar kepercayaan dan keyakinan mudah untuk diperoleh. Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah “Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya (kebaikannya) maka jalinkanlah silaturahim” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Terlalu banyak hikmahnya.

Read more >>

Isnin, 25 Ogos 2014

Situasi Dialog : Baju Prak






Jurujual            :       Pakcik cari baju?

Pak Hamid          :       ha’ah

Jurujual            :       Ya!! Tengah sale... kempen harga runtuh menyambut raya!!

Pak Hamid :       Murah le, yek?!

Jurujual    :       Ha’ah.... murah-murah pak cik! Ada baju yang diskaun sampai tujuh puluh persen.

Pak Hamid :       Elok sangatlah tu, pakcik ni memang tengah cari baju, tapi tak jumpa-jumpa lagi

Jurujual    :       Tengok-tengok pakcik, nanti ada yang berkenan bagi kat saya, biar saya buka bil.

Pak Hamid :       ‘Aaaah

Jurujual            :       Kat belah sini banyak baju kameja...cantik-cantik pakcik, fesyen terkini!

Pak Hamid :       Cantik-cantik, tapi.....

Jurujual            :       Kenapa? Nak cari warna apa? Biar saya tolong carikan.

Pak Hamid :       Bukan warna, tapi potongannya!

Jurujual            :       Potongan??

Pak Hamid :       Ha’ah... ce tengok yang ni, saiz XL tapi kecil je. Betul ke ni?

Jurujual    :       Eh! Betul pakcik, potongan sekarang memang macam tu, ptotongan slim... Orang sekarang suka pakai ketat-ketat macam artis Korea tu.

Pak Hamid :       pakcik tak boleh pakai baju macam ni... boroi! Hahahaha

Jurujual            :       kat belah sana ada yang potongan lama.

Pak Hamid :       Dah tengok tadi, tak ada juga

Jurujual            :       ‘Eeee... kat situ ada pakcik, ada potongan baju macam dulu-dulu.

Pak Hamid :       Tak ada baju yang pakcik cari... dah jenuh pak cik cari tadi. Tak ada.... kedai bukan main besar, tapi baju prak pun tak ada jual.

Jurujual    :       Tak apa.... mari saya tolong carikan. Pak cik nak baju macam mana? Lengan panjang? Lengan pendek?

Pak hamid :       Pakcik nak cari baju prak.

Jurujual            :       Baju apa tadi??

Pak Hamid :       Baju prak!!

Jurujual    :       Oooo.... baju Perak. Yang itu tak adalah. Yang jersi pasukan bola sepak Perak pakai tu tak ada. Rasanya kena pergi kedai barangan sukan atau Kelab Bola Sepak Negeri Perak, situ rasanya ada jual. Tapi kalau pakcik nak baju-T yang potongan dan warna macam pasukan Perak pakai,ada.

Pak Hamid :       pakcik tak nak t-shirt, pakcik nak baju prak

Jurujual            :       Oooo...bukan baju-T, kemeja ke?

Pak Hamid :       Laa....labang ke, apa kamu ni? Banyak kali dah aku kata tadi, baju prak

Jurujual            :       Baju prak? Bukan baju Perak, eh?! Baju macam mana tu?

Pak Hamid :       Baju prak pun tak tau?! Baju yang pakai kat dalam ni.

Jurujual            :       pakai kat dalam?

Pak Hamid :       Ha’a!! Pakai kat dalam baju.

Jurujual            :       Yang tak ada lengan tu yek?!

Pak Hamid :       Ha’ah!!

Jurujual            :       Oooo....singlet yea?!

Pak Hamid :       ‘Aaaa... orang putih kata singlet. Baju prak lah tu

Jurujual    :       Heheheee... kalau yang tu, ada-ada! Jom kat sana, bahagian pakaian dalam... ingatkan baju apa lah tadi

Pak Hamid :       Kalau kat kampung, sebut baju prak, semua orang kedai tau. Pakcik ni datang rumah anak kat sini, terlupa bawa baju prak, bawa selai yang pakai kat badan je.

Jurujual    :       Hehehee.... tak apalah pakcik. Kat sini pun ada jual, tapi bukan baju prak tapi singlet!!! Hehehehee.

Pak Hamid :       Hahahaha


Info : Gloasari – (Dialek Perak)  Baju prak – singlet; labang- kurang pendengaran agak pekak; jenuh – puas
Di tulis oleh Dr Nor Hisham Osman; Ruangan Mewah Bahasa, Berita Harian, ms 5, Saster BH2 9 Julai2014

Penting seorang yang menjual melakukan pertanyaan demi pertanyaan dengan cara bertanya dan mengesahkan betul ataupun tidak. Mungkin mengambil masa sedikit tapi hasilnya pasti memuaskan hati di pembeli ini. Sememangnya ada masalah bahasa, namun pertanyaan yang betul pasti pada akhirnya boleh untuk difahami. Ketenangan dan kesabaran amat diperlukan agar bakal pembeli tidak mudah merasa kecewa dan tergugat dengan apa dimahukan dari awal. Sesuatu yang baik untuk dipelajari.



Read more >>