Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 3 Julai 2014

BERBUKA ATAU PESTA MAKANAN




Seperti nak membalas dendam, dihidangkan sepanjang-panjangnya makanan di atas meja yang disusun serapat-rapatnya bagi menjamu orang yang berbuka puasa. Seolah-olah umpama seminggu tidak bertemu dengan makanan dan seperti hendak menerkam semua makanan yang siap sedia terhidang. Ini belum lagi berbuka puasa di hotel-hotel yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan sehingga tidak di ketahui yang mana satu perlu diambil dahulu untuk berbuka puasa.

Bagi kita yang menjual, apabila dijemput dan dijamu oleh prospek atau pelanggan, penuhilah hajat mereka sebaik yang mungkin. Berbukalah secara berhemah dan bersopan kerana sudah pasti kita turut sama di perhati akan tingkah laku dan perangai kita ketika berbuka puasa. Jangan gelojoh atau tamak sehingga selepas habis makan nak berjalan pun tak lalu dibuatnya. Banyakkan bersabar walaupun hanya mengunyah 3 biji kurma dan segelas air sejuk sahaja. Kita perlu mengujudkan hubungan yang baik dan intim dengan prospek dan pelanggan dan bukan setakat memenuhi pelawaan mereka sahaja. Bertindak bijak tapi jangan melampau kerana hati dan perasaan mereka juga perlu di jaga sama.

Bagi kita yang mempelawa prospek ataupun pelanggan untuk menghadiri majlis berbuka puasa janganlah terlalu bermewah-mewah sangat dengan makanan sehingga jam 10 malam pun tak habis makan lagi. Bersembang sehingga solat maghrib entah ke  mana nak bertarawih jauh sekali. Bila menghidangkan makanan jangan seperti hotel lima bintang pula. Habis semua makanan di bazar Ramadhan di borang dan dijamu kepada mereka. Tidak salah untuk menjamu mereka yang hebat-hebat tapi jangan sampai berlebih dan membazir begitu sahaja. Buatlah ala kadar asalkan sedap bila di makan dan kenyang memudahkan lagi melakukan ibadat.

Berbukalah apa yang patut dan bukannya berbuka untuk berpesta makanan. Makan kenyang bukan bermakna selepas makan langsung tak larat nak bergerak. Mengunyah makanan bukan bermakna mengunyah sampai nak bersolat pun tak mampu. Jangan bazirkan masa yang banyak di tempat makan tapi per banyakkan masa kita di ruang-ruang amal ibadat seperti di surau ataupun di masjid. Bukankah itu yang patut diamalkan? Bertindak mengikut apa yang dituntut dalam Agama dan bukannya memenuhi hawa nafsu atau malu kepada orang ramai.



Read more >>

Selasa, 1 Julai 2014

CABARAN DUGAAN DI BULAN RAMADHAN




Mentang-mentanglah berpuasa, timbul pelbagai dugaan dan cabaran yang hebat perlu untuk ditempuhi dengan cekal,tabah dan sabar. Kalau bulan-bulan biasa ni rasanya seolah-olah boleh ditahan dengan hati yang terbuka namun di bulan Ramadhan ini terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang perlu dilalui pula. Inilah cabaran dan dugaan yang perlu untuk ditempuhi. Jangan mengeluh dan mudah merasa sedih hati dengan apa yang dilalui. Anggaplah sebagai satu ujian Allah yang ingin menduga dan menguji diri kita sama ada mampu atau tidak kita tempuhi dan lalui sama sekali.

Apa yang di maksud dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi semasa bulan Ramadhan ini adalah

i.             Tekak mudah sangat merasa haus dan kering dibuatnya

ii.           Perut kerap sangat menyanyi-nyanyi meminta-meminta untuk menikmati makanan

iii.          Asyik memikirkan hendak ke bazar Ramadhan dari bertemu pelanggan walaupun waktu berbuka adalah lambat lagi

iv.          Perbualan dalam talian telefon terpaksa diberhentikan gara-gara tekak kita seperti tidak mengizinkan untuk kita berbicara

v.            Mata semakin kuyu mulut terkuap-kuap hendak tidur

vi.          Terasa hendak beriktikaf lama di rumah Allah walaupun menyedari terdapat temu janji untuk bertemu bakal pembeli atau pelanggan yang di temui

vii.        Cuaca yang panas benar-benar membantutkan usaha kita untuk keluar menemui dan mencari bakal pembeli atau pelanggan

Usaha kalau dilakukan untuk kejayaan dunia pasti kejayaan dunia sahaja yang mampu kita  peroleh. Berbeza dengan usaha yang disertai dengan niat bekerja dan bertugas demi Allah melakukan apa yang dituntut oleh syariah dan meninggalkan apa-apa yang di tegah sudah pasti ganjarannya kejayaan bukan setakat di dunia sahaja tapi di akhirat sama juga mampu untuk peroleh sama. Terdapat pelbagai ujian yang bakal kita tempuhi dan hadapi. Selagi kita sabar melakukan dengan dan tabah dengan apa juga yang berlaku dan terjadi sudah pasti kejayaan yang lebih hebat mampu untuk kita dapati walaupun kita dalam keadaan berpuasa. Bukankah itu dinamakan hebat? Berikan yang terbaik agar di kemudian hari kita sama sekali tidak menyesal dengan apa yang telah kita lakukan


Read more >>

Isnin, 30 Jun 2014

MENIMBA SEBANYAK YANG TERMAMPU




Bulan yang penuh dengan ganjaran. Inilah janji Allah yang perlu kita ambil kesempatan dan tunaikan. Sambil menyelam minum air, sambil lakukan jualan pastikan ia nya satu ibadah. Bukan nak memikat atau menyedapkan hati tapi satu kenyataan yang perlu untuk kita adalah menimba sebanyak yang mungkin dan termampu. Buat bekalan kumpulkan segala ganjaran yang Allah janji kan pada kita kalau kita lakukan dengan ikhlas, jujur dan betul.

Memang memenatkan. Dengan menahan perut lapar dan dahaga di tambah pula dengan cuaca yang panas pasti akan menjadikan kerja semakin sukar dan memayahkan kalau diikutkan logik akal dan fikiran. Elakkan berfikiran begitu kerana apa juga yang Allah minta kita lakukan sudah pasti ada hikmah dan cerita baik tersimpan tanpa kita ketahui dan sedari. Sememangnya Allah tidak akan membebankan seseorang itu dengan beban kerja dan tugas yang berat-berat sahaja. Semuanya Allah dah rancang kan pada kita cuma yang memisahkan itu semua adalah pada usaha, sama ada telah kita lakukan ataupun tidak.

Berpuasa bukanlah satu alasan untuk tidak bekerja dan berpuasa juga bukan satu alasan untuk duduk dalam masjid 24 jam sehari. Kena imbangkan kena perbetulkan kerana niat yang betul sudah pasti ganjaran pahala dan keredaan Allah sudah pasti kita temui. Jangan di tangguh lagi berusahalah sebaik mungkin dan termampu kerana Allah sudah pasti menolong dan membantu kita selagi nyawa masih diberikan. 

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ‘Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan di ampuni dosa-dosanya yang terdahulu’ (Hadis Riwayat Ahmad)
Read more >>

Ahad, 29 Jun 2014

30 TINDAKAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN




Buat perkongsian bersama. Bersama kita manfaatnya. Ganjaran Allah bukannya Allah nak pilih kasih. Selagi kita lakukan apa yang Allah mahukan kita melakukannya selagi itulah kita pasti akan di anugerahkan ganjaran yang tidak ketahui berapa banyak yang boleh kita peroleh. Dapatkan dan kautlah sebanyak yang termampu sempena kehadiran bulan Ramadhan ini. Bukankah kini kita telah berada di Madrasah Ramadhan? Berikan yang terbaik lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Mesej whatsapp yang diterima tidak di ketahui siapa penulis asalnya. Terbaik kalau dapat kita amalkan kerana mudah untuk di lakukan bagi tujuan menjaga dan memelihara rohani kita sempena kehadiran Ramadhan ini. Rohani yang sihat sudah pasti memberikan kesan yang positif dan sihat kepada jasmani dan tindakan kita sama.

Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini adalah

1.    Tilawah al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2.   Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam di tambah dengan Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

3.   Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.

4.   Solat fardu 5 waktu berjemaah setiap hari.

5.   Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6.   Sunat dhuha setiap pagi sebaik-baiknya 4 rakaat

7.   Sedekah setiap hari minima seringgit.

8.   Pastikan sahur setiap hari.

9.   Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10.         Tadarus al-Quran sambil memahami maksudnya.

11.  Ziarah orang yang kurang bernasib baik.

12.        Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan. 

13.        Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14.        Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasiq.

15.         Jauhkan aktiviti yang melalaikan

16.         Zikir harian, banyakan berdoa.

17.        Lazimkan bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.

18.         Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah

19.        Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20.       Menjaga dan menghubung silaturahim.

21.        Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.

22.       Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati daripada perkara-perkara yang dilarang.

23.       Tidak berlebih-lebihan mahu pun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

24.       Per banyakkan amalan-amalan sunat - solat sunat rawatib.

25.       Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga. (suami dan anak2 lelaki)

26.       Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

27.       Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahu pun susah.

28.       Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29.       Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

30.       Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Semoga Allah memberkati penulis ini dan per mudahkan lagi tindakan amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya di bulan-bulan yang lain sama. Berusaha untuk dapatkan tindakan terbaik dan sepatutnya sepanjang waktu sepanjang hari mendekatkan lagi diri kita terhadap pencipta kita di bulan Ramadhan ini sebagai bekalan hidup kita di akhirat kelak. Menjual, menjual juga ibadah jangan diabaikan sama. Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.



Read more >>